KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130428

Anak Rembau tawarkan RM10 juta di Kota, Chembong dan Rantau jika Pakatan menang


Saya dihubungi melalui e-mel oleh seseorang Melayu yang tidak saya kenali. Katanya dia adalah merupakan anak Rembau. Dia mempunyai sekumpulan kawan-kawan dan rakan-rakan yang tidak menyertai mana-mana parti politik. Katanya kumpulan mereka ini inginkan PAS dan PKR menang di Parlimen Rembau, DUN Kota, DUN Chembong dan DUN Rantau.

Kata penulis e-mel ini , kumpulan dia akan melabur sekurang-kurangnya sebanyak RM 10 juta dalam setiap DUN di Kota, Chembong dan Rantau dalam pelbagai projek yang boleh menjana peluang pekerjaan untuk anak tempatan sekiranya Pakatan Rakyat menang di sini.

Dan katanya ada ramai orang luar Rembau yang akan melabur di Rembau sekiranya Pakatan Rakyat memenangi DUN dan Parlimen di Rembau, kerana karenah birokrasi yang sedia ada menyulitkan mereka untuk membuat pelaburan.

Saya cubalah siasat siapa orang yang mengirim e-mel ini, mana tahu , dia hanya main-main atau sengaja memberi isu yang memerangkap saya sendiri.

Setelah disiasat rupanya dia ada menulis sebelum ini satu artikel yang mengkritik pemimpin Pakatan Rakyat. Saya tanya dia, adakah dia yang menulis artikel tersebut. Dan dia mengakuinya, kerana itu ialah pandangan beliau terhadap pemimpin berkenaan.

Dan dia masih memberikan komitmen untuk melabur di Rembau dan memanggil lagi rakan-rakannya untuk melabur di Rembau sekiranya Pakatan Rakyat menang di Parlimen dan DUN di Rembau.

Saya beritahu pada dia, saya tidak memusuhi orang-orang Umno di kampung-kampung. Saya sayang orang Umno di kampung saya, kerana mereka orang kampung saya, waris saya. Tapi saya kesian mereka tak senasib seperti saya. Apabila tanah mereka diambil, tanah adat, tanah rizab Melayu untuk tujuan pembangunan kerajaan seperti projek laluan paip gas, projek landasan keretapi berkembar, projek pelebaran jalan Chengkau-Astana Raja, projek empangan air dekat Lubok China dengan pampasan yang tidak masuk akal , saya amat simpati. Mereka adalah penyokong tegar Umno, tiada tempat untuk mengadu, hanya sekadar boleh meluahkan perasaan kepada kita.

Semoga DUN Kota, Chembong, Rantau dan Parlimen Rembau kali ini ada perubahan untuk kebaikan orang-orang kampung.

Saya tiada apa-apa kepentingan dalam apa-apa projek pelaburan atau politik. Kalau nak ikutkan saya rasa selesa dengan rezeki yang saya ada sekarang ini, buat apa saya nak susah-sudah dengar rintihan orang-orang kampung yang rata-ratanya menyokong Umno.

Yakinlah, rezeki kita, Allah yang beri, bukan Umno, bukan PAS, bukan PKR.

Jom rehat minda

Jom kita rehatkan minda sebentar yang telah tepu dengan isu politik dengan kita menghadiri majlis ilmu yang disertai para malaikat di rumah Allah di Masjid Kg Batu, Rembau.

20130426

Terima kasih Umno DUN Kota

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pimpinan dan para petugas Umno di DUN Kota , khususnya di Kg Bongek kerana menunjukkan sikap yang professional dalam berkempen.

Ini adalah kerana rumah emak saya di Rembau adalah merupakan salah satu tempat yang dijadikan Bilik Gerakan Pakatan Rakyat di DUN Kota.

Banyak bendera BN dipacak sepanjang kiri kanan jalan dari Rembau hinggalah ke Chengkau. Namun bendera BN tidak dipasang di tepi jalan di hadapan rumah saya, walaupun ianya adalah tempat umum.

Terima kasih dan syabas kepada Umno di DUN Kota kerana inilah contoh etika kempen yang perlu dicontohi oleh semua pihak bukan sahaja BN, malahan PAS, PKR dan DAP.

Berkempenlah secara professional dan berhemah.

Kalau ada apa-apa masalah, kita boleh berbincang.

Kitakan sekampung.

20130425

Jom tolong bantu cari kucing yang hilang di Senawang




Seorang penduduk di Taman D'Elise, Taman Bandar Senawang  merayu kepada sesiapa yang menjumpai 6 ekor kucing kesayangannya yang dipercayai telah diambil dan dibuang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab pada 19 April 2013 yang lalu agar dapat menghubunginya.

Kepada mereka yang mengetahui atau terjumpa kucing-kucing ini harap menghubungi pemiliknya Encik Sanusi , tel 017-624-1930 , e-mel sshassan.ns@gmail.com

20130423

Teks khutbah Jabatan Agama meleret, jemaah tidur


Artikel dari Blog Hanif Salleh,

PERHATIAN UTK. IMAM YG MEMIMPIN SOLAT JUMA'AT.

Acapkali Tuan Guru Syeikh Nuruddin menegur para Imam-Imam yang memimpin Solat di mana kebanyakan mereka hanyalah berijtihad sendiri sehinggakan terlalu banyak sunnnah-sunnah Nabi yang diabaikan.

Seperkara lagi ialah tentang pembacaan khutbah Juma'at yang disediakan oleh pihak Jabatan Agama di mana ianya dilihat meleret-leret dan inilah sebenarnya yang menjadi asbab kenapa begitu ramai jemaah tidur ketika khutbah disampaikan.

Khutbah sepatutnya disampaikan dengan ringkas dan padat, cukup segala rukun-rukunnya dan solat yang didirikan adalah dengan bacaan surah yang telah diajar oleh Baginda Nabi Shallalahu Alayhi Wassalam.

Maka dengan itu kita melihat, pembacaan khutbah tidak langsung memberi kesan kepada ramai jemaah kerana ia dibaca mengikut penyediaan yang telah disediakan.

Sebaiknya para-para Imam diberi tugas untuk menyediakan khutbah-khutbah dan disemak oleh pihak Jabatan Agama kerana cara ini akan memberikan daya kreatif untuk berfikir kepada setiap Imam yang bertugas.


20130422

Ceramah Dato Hasan Din 28 Apr 2013 di Rembau




CERAMAH PERDANA
Tarikh : 28 April 2013, Ahad
Masa : 7 mlm (solat Maghrib berjemaah)
Tempat : Masjid Kariah Kg Batu, Rembau
Penceramah : Ustaz Dato Abu Hasan Din Al-Hafiz 

Anjuran : Masjid Kariah Kg Batu

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Kempen pilihanraya, jangan lupa hantar borang cukai



Dalam kesibukan kempen pilihanraya, harap kita tidak terlupa untuk menghantar Borang Penyata Cukai , terutama Cukai Pendapatan ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (e.hasil.gov.my) kerana tarikh tutup penghantaran ialah pada 30 April 2013

20130413

Kisah Tok Uban Rembau dan sejarah N.Sembilan memutus tali di Johor


Sedikit kisah sejarah, untuk merehatkan otak yang tepu dengan isu politik. Bangsa yang berjaya ialah bangsa yang memulihara sejarah dan belajar dari sejarah.

Undang Rembau yang ke 5, Dato Lulinsoh atau lebih dikenali sebagai Tok Uban mempunyai anak perempuan yang jelita yang sudah bertunang dengan Si Amat. Sultan Johor pula ingin meminang anak Tok Uban. Si Amat telah mengadap Sultan Johor , tetapi telah dibunuh. Tok Uban telah mendapatkan bantuan Undang Jelebu yang ke 3, Dato Moyang Salleh.

Dato Moyang Salleh telah pergi ke istana Johor hanya dengan 4 hulubalang dari Jelebu. 4 orang hulubalang dari Jelebu ini dan Dato Moyang Salleh telah menunjukkan kegagahan mereka sehingga semua askar Sultan Johor ketakutan.

Bermula dari sinilah Johor telah melepaskan Negeri Sembilan, dan susulan dari itu Sultan dari Pagar Ruyung dipanggil menjadi Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Terdapat 2 orang Undang Rembau yang diberi gelaran Tok Uban, iaitu Undang Rembau yang ke 3 dan yang ke 5. Kedua-duanya dari Waris Jakun , suku Biduanda Lela Maharaja. Undang Rembau yang ke 5 ini atau Tok Uban telah berkahwin dengan seorang wanita Portugis dan mendapat anak yang diberi nama Dato Kusil.

Cerita di bawah ini dipetik dari Blog Persatuan Sejarah Jelebu :

Pada suatu ketika dahulu, daerah di Negeri Sembilan berada di bawah pemerintahan Sultan Johor. Datok Uban iaitu Penghulu Rembau atau Undang Rembau yang ke 5 (1750-1790) mempunyai seorang anak gadis yang cantik bernama Seri Banun. Bila Sultan Johor mendapat tahu kecantikan gadis itu maka baginda menghantar utusan tapi pinangan baginda ditolak sebab Seri Banun sudah bertunang dengan seorang pemuda bernama Si Amat.

Sultan Johor murka lalu memerintahkan Datok Penghulu Rembau datang mengadap tetapi beliau enggan sebaliknya menyuruh Si Amat iaitu tunang Seri Banun ke Johor sebagai pengganti. Baginda Sultan merasa terhina lalu bertanya kepada Si Amat kenapa hasrat baginda hendak mengahwini Seri Banun di tolak.

" Tuanku," kata Si Amat." Patik ini anak pembesar. Mengikut adat anak pembesar tidak boleh dibunuh. Tetapi kalau tuanku nak bunuh juga maka gunakan keris patik dan tikamkan ke rusuk sebelah kiri patik."

Mendengar itu lalu Sultan mencabut keris Si Amat lalu menikam rusuknya dan dengan sekali tikaman saja maka Si Amat pun mati.

Datok Penghulu Rembau merasa amat sedih dengan kematian Si Amat akibat di bunuh oleh Sultan Johor. Maka beliau pun mengadukan hal tersebut kepada Moyang Salleh Datok Penghulu Jelebu (Undang Jelebu yang ke 3).

Moyang Salleh turut merasa simpati dengan kematian Si Amat dan beliau bersetuju mengadap Sultan Johor untuk bertanya kenapa pembunuhan itu dilakukan oleh baginda.

Maka Moyang Salleh pun bertolak ke Johor dengan membawa empat orang pengiringnya iaitu Tok Gagah Lela Perkasa, Tok Laut Api, Tok Beruang Hitam, dan Tok Bauk. Dan mereka mempunyai kegagahan masing-masing.

Kemudian pengiring-pengiring Datok Moyang Salleh pula menunjukkan kehebatan masing-masing.

Sultan Johor merasa hairan melihat kejadian itu sekaligus merasa tercabar seolah Moyang Salleh dan para pengiringnya sengaja hendak menunjuk kehandalan di depan baginda.

Oleh kerana terlalu marah dan merasa terhina dengan sikap Sultan maka Moyang Salleh lupa tujuan asalnya datang ke Johor. Apa yang terlintas dalam fikirannya ialah tidak mahu bertuankan Sultan yang tidak betimbang rasa.

"Patik datang untuk memutuskan tali dengan Johor. Mulai hari ini Jelebu merdeka dari pemerintahan tuanku," kata Moyang Salleh.

Kerana bimbang dengan tindak balas Moyang Salleh dan para pengiringnya akhirnya Sultan Johor bersetuju walaupun berat hati baginda melepaskan Jelebu keluar dari tanah jajahan baginda. Baginda menganugerahkan Moyang Salleh cap mohor sebagai pemerintah "Bergajah Tunggal" dengan membawa gelaran Datuk Mendalika Akhir Zaman Sultan Jelebu.

Kemudian baginda Sultan menyuruh Datok Moyang Salleh dan para pengiringnya meninggalkan Johor dengan segera. Semasa turun dari istana Datok Moyang Salleh mencabut pedangnya lalu dicantasnya tempayan yang terletak di tepi tangga balairong. Kerana tajamnya mata pedang Datok Moyang Salleh dan tetakannya yang kuat maka tempayan itu putus dua, tetapi masih tegak seperti biasa seolah tidak nampak bekas cantasan mata pedang pada tempayan itu.

"Selagi tempayan ini putus maka selagi itulah hubungan antara Jelebu dengan Johor akan putus," kata Datok Moyang Salleh lalu meninggalkan istana Sultan Johor.


5. 1645 - 1660 Dato' Uban [Putih Kepala] (Waris Jakun), Dato' Lela Maharaja.
9. 1750 - 1790 Dato' Lulinsoh ['Uban] (Waris Jakun), Dato' Lela Maharaja and Undang Luak of Rembau. m. at Malacca, 1757, a Portuguese lady, and had issue: Y.A.M. Dato' Kusil bin Dato' Lela Maharaja Uban, Dato' Lela Maharaja and Undang Luak of Rembau.


ca. 1757 Dato’ Moyang Salleh, 3rd Dato’ Penghulu, and 1st Undang of Jelebu [Waris Jelebu]. Granted the title of Dato’ Manduleka Mentri Akhir ul-Zaman Sultan Jelebu (i.e. Dato’ Mendika Mentri Akhir ul-Zaman of the Sultan of Johor in Jelebu) by Sultan ‘Abdu’l Jalil V Mu’azzam Shah, of Johor, in 1757

20130407

Syiar Islam, FAM perlu contohi Liga Perdana Inggeris


Dari blog Ustaz Hambali : Ruang Solat Liga Premier Inggeris (Newcastle United)

Baru-baru ini akhbar Inggeris “Mirror” 4 April 2013 melaporkan bahawa gergasi bola sepak Inggeris, Newcastle United telah bersetuju menyediakan ruang solat bagi pemain Islamnya menunaikan solat sebelum perlawanan. Setakat ini ada sekurang-kurangnya tujoh orang pemain Islam di dalam pasukkan Liga Premier Inggeris. Hampir kesemua mereka menjaga solat fardhu. Namun mereka mengeluh kerana setiap kali perlawanan akan dijalankan dan dalam waktu yang sama masok waktu solat, maka sukar bagi mereka melaksanakan solat.

Namun begitu, pengurusan pasukkan Newcastle United bersetuju untuk menyediakan ruang solat kepada pemain Islamnya. Sebelum ini pemain-pemain yang beragama Islam terpaksa mencari ruang-ruang kosong untuk bersolat. Kata salah seorang pegawai pasukkan liga berkenaan,” Doa sebelum pertandingan juga sebahagian perkara yang penting di dalam sesuatu perlawanan.” Beliau memberi jawapan bila diajukan soalan oleh salah seorang wartawan. Mereka menganggap bersolat dan berdoa sebahagian dari “Team Work” di dalam pasukkan.

Pasukkan yang terbanyak pemain Islam setakat ini adalah Newcastle United. Setiap kali perlawanan, pasukkan ini akan berdoa dengan dipimpin oleh Demba Ba salah seorang pemain Islam yang paling soleh. Kini Demba Ba telah berpindah ke Kelab Chelsea.

Terbalik di tempat kita di Malaysia, paling kerap tinggalkan solat adalah pemain bola sepak kita. Lihatlah ketika perlawanan di Liga Perdana Malaysia. Bukan hanya pemain yang tidak solat malah ribuan penonton juga ikut tidak solat. Ruang solat yang disediakan di stadium kekadang kosong sewaktu perlawanan diadakan. Kalau ada yang solat pun boleh dikira dengan jari.

Tidak pernah terfikir dibenak pengurus pasukan yang ada di Liga Perdana Malaysia agar setiap pemain pasukkannya boleh memelihara solat dan berdoa beramai-ramai sesudah solat. Bila ini berlaku maka rebutan jawatan khususnya di dalam FAM menjadi perkara utama. Mutu permainan masih ditakuk lama. Sekitar tahu 70an kita sebaris dengan Korea dan lain-lain negara, namun kini di tempat tercorot. Permainan gagal ke tahap professional ditambah lagi dengan dosa tinggalkan solat setiap perlawanan. Namun begitu di Barat, mereka telah nampak nilai-nilai amalan keagamaan di setiap keadaan.

Wallahulam.


Newcastle United create prayer room for Muslim players to worship before games
4 Apr 2013 00:00

Seven first team stars are devout followers of Islam and had been using various rooms at the ground to worship before games

Bot terbang untuk kawalan pencerobohan



Adakah bot terbang yang berharga sekitar RM15 juta sebuah sesuai digunakan untuk kawalan maritim negara terutama di Sabah?

Perusahaan Korsel Tawarkan Pesawat Aron Flying Ship
5 April 2013

JAKARTA - Perusahaan asal Korea Selatan, Aron Flying Ship Ltd, menawarkan alat utama sistem senjata (alutsista) berupa kapal laut terbang (flying ship) kepada sejumlah pemangku kepentingan, seperti Kementerian Pertahanan serta Kementerian Kelautan dan Perikanan.

Hal itu terungkap ketika Aron Flying Ship dengan seri M-50 melakukan demonstrasi di Dermaga Pondok Dayung, kawasan TNI Angkatan Laut, Tanjung Priok, Jakarta Utara, Jumat.

Presiden Direktur Aron Flying Ship Ltd, Hyunwook Cho, mengatakan bahwa pesawat itu merupakan produk pertama di dunia yang menawarkan kapal berkecepatan tinggi di laut dan bisa terbang.

Ketika berada di laut, kecepatan maksimalnya bisa mencapai 54 knots atau 100 kilometer per jam, sedangkan saat terbang menjadi berlipat dua pada kisaran 220 kilometer per jam. Kapal yang menggunakan bahan bakar sejenis pertamax ini pun diklaim hemat energi.

"Dengan 200 liter bensin bisa terbang sejauh 800 kilometer. Performa di laut pun bisa lima kali lebih cepat dari speedboat," katanya.

Untuk bisa take off, kapal terbang ini hanya membutuhkan landasan air sepanjang 200-400 meter. Kapal ini diklaim mampu landing di perairan laut dengan kedalaman 50 sentimeter. Bahkan, kata dia, flying ship ini bisa terbang walaupun ombak di laut mencapai 2 meter.

"Ini terjadi karena mesin yang digunakan berkekuatan 250 tenaga kuda. Dengan spesifikasi ini, flying ship sangat berguna untuk pengintaian, navigasi, bahkan penyelamatan. Apalagi di Indonesia yang lautnya melimpah," jelasnya.

Pesawat Aron juga dinilai sebagai solusi bagi permasalahan laut yang dihadapi Indonesia, terutama penyelamatan di laut (sea rescue) dan pertahanan laut (defence).

Hyunwook juga menjamin bahwa pesawat ini aman dan nyaman, bahkan nyaris tak ada getaran sewaktu terbang. Kelebihan lain, kapal ini juga tak terdeteksi radar karena hanya bisa terbang rendah maksimal 150 meter di atas permukaan laut.

"Kapal ini juga bisa dipergunakan malam hari untuk pengintaian karena dilengkapi inframerah," ujarnya.

Adapun bahan bodi yang digunakan kapal ini adalah kevlar komposit karbon atau bahan yang kerap digunakan untuk rompi antipeluru. Dengan demikian, bodinya kuat walaupun menumbuk benda keras yang mengapung di permukaan laut. Bobot kapal tipe M-50 ini mencapai 1,7 ton.

Keistimewaan lain, dalam keadaan mesin mati, kapal ini masih bisa bergerak maju-mundur dan berputar hingga 360 derajat. Kapal dengan sayap di bawah ini juga sudah dilengkapi radar dan senjata ringan.

Dengan harga yang ditawarkan sebesar lima juta dolar Amerika, Susaningtyas melihat angka itu relatif cukup murah dengan kemampuannya yang komplit.

20130402

Apa kata DBP mengenai nama tempat di Rembau?


PENAJIS, tempat penabalan Yang Dipertuan Besar Seri Menanti hingga tahun 1830. Penajis adalah sebuah kampung dalam daerah Rembau. Penajis juga nama sebatang sungai mengambil sempena nama kampung tersebut . Pada masa dahulu, Penajis dikenal dengan nama Kampung Penajuh. Sejarah Melayu ada menyebut Sungai Penajuh semasa menggambarkan keagungan kerajaan Melayu Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1488-1511). Nama ini selari dengan cerita lisan tempatan yang menyatakan bahawa kampung tersebut telah dibuka oleh Datuk Najuh. Makamnya terletak di tebing Sungai Penajis berhampiran dengan balai raya Kampung Bandar Penajis sekarang.


Laman Sesawang Usahawan Negeri Sembilan


Laman sesawang Usahawan Negeri Sembilan di http://usahawann9.blogspot.com adalah merupakan satu usaha sukarela secara kecil-kecilan untuk memudahkan orang ramai mencari perkhidmatan yang diperlukan di sekitar Negeri Sembilan.

Pengiklanan di laman sesawang ini adalah percuma untuk membantu usahawan Negeri Sembilan mempromosi produk serta perkhidmatan mereka.

Sesiapa yang ingin mengiklankan perkhidmatan/perniagaan di sini sila e-melkan ke rozmal@yahoo.com maklumat ringkas perkhidmatan/perniagaan yang disediakan seperti yang terdapat pada laman sesawang Usahawan Negeri Sembilan.

Bila perniagaan sudah maju , jangan lengah keluarkan zakat serta bersedekah kepada mereka yang memerlukan.

Semua rezeki kita datang dari Allah.