KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20131127

Ulama di N.Sembilan berusia 90 tahun


Siapa yang ada peluang untuk belajar dengan Tuan Hj Adam, pergilah belajar. Jangan lepaskan peluang ini. Tuan Hj Adam pernah mengajar di Senawang, seorang yang amat-amat sabar dan begitu lemah lembut. Rugi kalau pencinta ilmu terutamanya orang N.Sembilan tidak kenal siapa dia Tuan Hj Adam. Amat susah sekarang ini mencari orang seperti Tuan Hj Adam, apatah lagi di N.Sembilan. Antara pesanan yang sering beliau ulang-ulang dalam kuliah beliau ialah banyakkan istighfar.

52 tahun jadi imam
27 November 2013

JUASSEH – Setelah berkhidmat hampir 52 tahun sebagai imam, Ustaz Adam Omar, 90, dianugerahkan Tokoh Khas Imam sempena Sambutan Maal Hijrah Maal Hijrah 1432H, peringkat daerah Kuala Pilah, yang diadakan di sini, kelmarin.

Bekas imam Masjid Kampung Parit Ranjau Hantu berkata, anugerah itu merupakan satu penghargaan buat dirinya selepas berkhidmat sebagai imam bermula pada 1960 hingga 2012.

Menurut Ustaz Adam, beliau mendalami ilmu agama Islam sejak berumur 14 tahun lagi di Pondok Paya Rumput, Melaka dengan kerelaan hatinya.

Dalam pada itu, beliau turut memberi nasihat kepada masyarakat Islam agar menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai panduan utama kerana ia sahaja dapat menyatupadukan ummah.

“Sekiranya kita berpandukan Al-Quran, sudah pasti kehidupan kita akan berjaya di dunia dan akhirat,” katanya ketika ditemui selepas menerima Anugerah Tokoh Khas Imam di Masjid Kariah, Desa Anggerik, dekat sini, kelmarin.


DULU kutip sampah 3 kali seminggu, KINI 2 kali saja


Elok juga dibuat sistem macam ni. Kalau tidak orang kita sampai bila-bila tak tahu macamana nak amalkan konsep kitar semula untuk memelihara alam sekitar sepertimana yang dianjurkan Islam sejak sekian lama, cuma kita umat Islam yang tidak amalkan.

Orang Seremban tolong semak jadual kutip sampah di tempat masing-masing, jika tidak sampah tu akan busuk dan berulat kerana jadual kutip sampah ditukar hanya 2 kali seminggu.

Sampah makanan dan yang tidak boleh dikitar semula, masukkan dalam plastik dan masukkan dalam tong yang disediakan. Jika tidak ianya tidak akan dikutip.

1 hari yang untuk dikitar semula, sampah kitar semula tersebut hendaklah dimasukkan dalam plastik dan diletakkan ditepi jalan, bukan dalam tong sampah. Sampah kebun seperti rumput dan daun pun akan dikutip pada 1 hari ini, tapi perlu diasingkan plastiknya.

Faham ke tidak ni?

Kalau tak faham bolehlah bertanya talian HOTLINE SWM.

Topik ini sepatutnya boleh menjadi tajuk Teks Khutbah Jumaat di N.Sembilan terutamanya di Seremban

*********************

Kutip sisa: SWM laksana kaedah 2 + 1

SEREMBAN - SWM Environment Sdn. Bhd. telah memulakan pelaksanaan sistem kutipan baharu sisa pepejal menerusi kaedah 2 + 1 secara berperingkat-peringkat di Johor, Melaka dan negeri ini sejak 1 September lalu.

Pengurus Besar Kumpulannya, Adnan Ibrahim memberitahu, sistem yang diperkenalkan itu bertujuan bagi memudahkan pengguna mencari dan memperolehi maklumat mengenai kawasan perumahan malah laluan (jalan) yang terlibat dengan proses kutipan sampah.

Jelasnya, kaedah 2 + 1 bermaksud kutipan sisa isi rumah atau organik akan dilakukan mengikut kekerapan dua kali seminggu manakala bahan kitar semula, sampah pukal dan sisa kebun pula akan dikutip sebanyak sekali seminggu.

Bagi sebarang aduan atau pertanyaan, sila hubungi talian hotline 1-800-88-7472 atau layari www.swmenvironment.com/microsite untuk maklumat lanjut.



PENDAFTARAN PELAJAR KAFA TAMAN ALAMANDA , SENAWANG

PENDAFTARAN PELAJAR KAFA TAMAN ALAMANDA , SENAWANG

- Terbuka kepada pelajar Sekolah Rendah Tahun 1, 2, 3, 4 dan 5 (umur 7 ke 11 tahun)
- Terkini pengambilan pelajar PRA KAFA (Pra Sekolah) berumur 5 ke 6 tahun
- Pengajian al Quran, fardhu ain, tauhid, feqah, tajwid, akhlak, sirah
- Buku teks dan aktiviti percuma
- Kelas selesa (~30 orang satu kelas)
- Kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

KAFA TAMAN ALAMANDA
No 3 & 4, Tingkat 1, Jalan 1, Taman Alamanda, 70450 Senawang

Untuk pendaftaran sila hubungi :
Ustazah Maizatul 012-6417664
Ustazah Karimah 019-6054018
Ustazah Fatimah 019-8540300
Ustazah Hazuliza 012-2672603

Buah pisang ada dalam syurga?


Baru ku tahu buah pisang ada dalam syurga. Buah pisang disebut sekali dalam al Quran pada surah Al-Waaqi'ah (Kiamat). Mungkin kita tertanya-tanya sebelum ini kenapa orang dulu suka sedekah buah pisang di masjid. Rupa-rupanya buah pisang ini adalah untuk mengingatkan kita akan hari kiamat dan apa yang ada di dalam syurga.

Dari sudut saintifiknya pula, buah pisang adalah antara buah yang paling berkhasiat. Dikatakan buah pisang ini dapat mencegah angin ahmar atau “stroke” jika diamalkan memakannya.

Nampak pisang, bayangkan hari kiamat. Nampak pisang, bayangkan syurga Allah. Nampak pisang, bayangkan buah apa pula yang ada dalam neraka.

“ Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya” (Al-Waaqi'ah 56:29)

20131126

Kompleks Kraf N.Sembilan bukan lagi di ibu negeri N.Sembilan !



Ada sesiapa tahu kenapa Kompleks Kraf Negeri Sembilan yang tersergam indah di tengah-tengah bandar Seremban berpindah ke Kuala Pilah? Orang Kuala Pilah tahu ke di Kuala Pilah sekarang dah ada Kompleks Kraf Negeri Sembilan?

************
Kompleks Kraf Negeri Sembilan yang terletak di Jalan Dato’ Abdul Kadir, Seremban, Negeri Sembilan dengan rasminya ditutup mulai 01 September 2013. Semua operasi dan urusan berkaitan dengan kraftangan berpindah ke :

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Cawangan Negeri Sembilan,
K.M. 1.6, Jalan Seremban,
72000 Kuala Pilah Negeri Sembilan.
Tel : 06-481 1045
Faks : 06-481 5844




TAFAQQUH FIDDIN REMAJA


Program Cuti Sekolah - "Tafaqquh Fiddin Remaja"

Tarikh : 9 - 12 Dis 2013 (Isnin - Khamis)
Masa : 8 pg - 5 ptg (balik hari)
Tempat : Dewan Imtiyaz Tarbiyyah Centre, 19(A) Tmn Kayu Manis 2, Jalan Seremban-Jelebu, Seremban.
Yuran penyertaan : RM 100 (Bahan Program, Makan, sijil)

Penekanan :
1. Memfokuskan ilmu-ilmu Fardu ain
2. Membedah ilmu Fiqh Remaja
3. Penekanan Ibadah wajib dan sunat
4. Modul Remaja Suksess

Terhad kepada 50 org sahaja (lelaki & perempuan)
Hubungi : 013-3603285

Swasta tiada cuti haji

Kita ni manja sangat, banyak sangat cuti. Macamana tok nenek kita dulu pergi haji, berbulan-bulan naik kapal. Tok nenek kita bukan kakitangan kerajaan, cuma penoreh getah, pesawah padi, nelayan, mereka tiada cuti haji atau cuti tahunan atau cuti sakit berbayar. Mereka yakin rezeki ALLAH beri. Kita korban cuti, wang untuk pergi haji hanya mengharapkan redhaNya.

Ramai yang tak sedar dan terkejut bila diberitahu pihak swasta tiada cuti haji, pekerja swasta tak bising pun. Malahan gaji pekerja swasta tersebut tak setinggi gaji sesetengah pegawai kerajaan lain. Pekerja swasta yang pergi haji perlu ambil cuti tahunan, tak cukup cuti tahunan kenalah ambil cuti tanpa gaji.

Kalau 45 hari pergi haji, kenalah hampir sebulan ambil cuti tanpa gaji. Yakinlah, rezeki itu dari ALLAH, manusia dan kerajaan hanya menguruskannya.

Kerajaan tidak bercadang lanjut tempoh cuti haji
2013/11/26

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan tempoh cuti haji daripada 40 hari kepada maksimum 50 hari kerana jumlah peruntukan cuti sedia ada sudah memadai buat penjawat awam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

"Cuti haji sedia ada untuk penjawat awam adalah memadai dan dasar sekarang dikekalkan," katanya ketika menjawab soalan asal Mohd Rafizi Ramli (PKR-Pandan) pada sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Mohd Rafizi bertanyakan mengapa cuti ibadah haji untuk penjawat awam dihadkan kepada 40 hari sedangkan tempoh masa menunaikan haji di bawah kelolaan Lembaga Tabung Haji mencecah 45 hari.

Kepada soalan tambahan Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang), Shahidan menjelaskan kerajaan menyokong dan menggalakkan swasta memberi cuti haji kepada pekerja swasta tapi mereka perlu faham bahawa cuti haji tidak perlu sehingga 40 hari.

Siapa nak beri sumbangan kabin untuk Maahad Tahfiz?


Maahad Tahfiz Al-Quran An Najihah di Nilai, Negeri Sembilan memberi peluang kepada muslimin dan muslimat untuk membuat pelaburan dalam pembelian kabin-kabin yang akan digunakan sebagai kelas pengajian.

Pertambahan pelajar sebanyak 90 orang menjelang tahun 2014 nanti menyebabkan Maahad Tahfiz ini amat memerlukan sekurang-kurangnya 3 unit kabin untuk dijadikan kelas pengajian al Quran dan akademik untuk para pelajarnya.

Anggaran kos sebuah kabin yang berukuran 20 kaki ialah sekitar RM 14,000 sebuah.

Kepada mereka yang ingin menyumbang keseluruhan, sebahagian atau sekadar kemampuan masing-masing sila hubungi ;

Ustaz Mohd Zawawi bin Haji Aman
Pengerusi Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah
Lot 13504, Jalan Salak, Kg Jijan, 71800 Nilai, N.Sembilan
No. Pejabat : 06-7915070
No. Hp : 013-3331120/016-2633649

Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah, Maybank 555108301296.

Maklumat lanjut di Facebook Maahad Tahfiz Al-Quran An Najihah

Adil ke, isteri tak tutup lengan, suami masuk neraka?



Sebelum kita jawab soalan di atas, kenapa tidak ada yang bertanya, terutamanya orang Melayu, adil ke PDRM saman ibu bapa jika anak mereka menunggang motosikal tanpa lesen?

ALLAH itu Maha Adil, Dia beri kita mata, mulut, otak dan tak terkira lagi nikmatnya. Dengan nikmat yang terlalu banyak Dia berikan, takkan kita tak boleh ikut arahanNya untuk menutup aurat demi kebaikan kita suami isteri?

Takkan semua suami-suami yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak boleh menggesa atau menasihati isteri masing-masing menutup aurat dengan sempurna.

Tak kesian ke para-para isteri yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, jika lengan didedahkan pun boleh sebabkan suami-suami masuk neraka, apatah lagi mendedahkan rambut?

ANAK TIADA LESEN, IBU BAPA KENA SAMAN

KUALA TERENGGANU: Polis mengeluarkan saman terhadap 68 ibu bapa dan penjaga kerana membiarkan anak mereka yang tidak mempunyai lesen menunggang motosikal.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin, berkata saman berkenaan dikeluarkan sepanjang Ops Lumba Haram dan Motosikal yang dilaksanakan polis trafik daerah Kuala Terengganu yang diketuai Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik daerah, Asisten Superintendan Mohd Faudzi Muhammad, selama dua hari mulai Jumaat lalu.

Sumber: Berita Harian, 11 Februari 2009

“Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad SAW) melihatnya, iaitu; kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian tiada menutup aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).” (Hadits riwayat Muslim)

20131125

PROGRAM GUNTING RAMBUT PERCUMA UNTUK PELAJAR


Adalah dimaklumkan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan (YAMN9) http://yam-ns.blogspot.com akan mengadakan Program Gunting Percuma pada bulan Disember 2013 untuk membantu para pelajar sekolah rendah dan menengah melangkah ke sesi persekolahan 2014 yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk mereka yang kurang berkemampuan.

YAMN9 mensasarkan untuk membiayai seramai sekurang-kurangnya 30 orang pelajar dengan kos hanya RM5 seorang.

Sehubungan dengan itu mereka yang ingin turut serta membiayai program ini dengan pembiayaan sekurang-kurangnya RM5 boleh disalurkan ke akaun berikut ;
Nama Akaun : Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan
Bank Islam 05012010047905 (Seremban)

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun Maybank, No akaun : 155126945930

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Rozmal bin Malakan, Timbalan Pengerusi YAMN9 ( tel 012-2267406 , e-mel rozmal@yahoo.com , https://www.facebook.com/Rozmal )

20131124

Guna kaedah suratkhabar lama untuk kempen ke masjid


Sebelum maghrib tadi dalam perjalanan ke Masjid Bandar Baru Senawang, saya dan isteri memerhatikan gelagat betapa ramainya orang Melayu yang berumur lepak di warung-warung tepi jalan di Taman Satria dan Taman Desa Melor sedangkan waktu maghrib makin hampir dan di masjid selepas maghrib ada ceramah sambutan Maal Hijrah.

Alangkah baiknya semangat kempen pilihanraya menggunakan kereta dengan pembesar suara digunakan untuk berkempen kepada orang Melayu yang ramai lepak di kedai kopi sebelum maghrib agar mereka segera bersiap untuk solat Maghrib di masjid atau surau berhampiran.

Lebih cantik kalau van-van jenazah dilengkapkan dengan pembesar suara pergi ke pasar-pasar malam dan warung-warung 30 minit sebelum maghrib beri peringatan kepada orang Islam untuk siap solat maghrib.

Kalau orang beli suratkhabar lama lalu setiap rumah dengan pembesar suara kita tak marah, takkan kita kempen dengan pembesar suara di warung-warung dan pasar-pasar malam, orang Melayu kita nak marah.

Mufti Palestin yang menyokong Nazi dan Hitler


Elok juga Kementerian Pendidikan mewajibkan pelajar lulus subjek Sejarah dalam SPM. Bangsa yang maju, ialah bangsa yang belajar dari sejarah.

Banyak sejarah Tanah Melayu, Islam yang generasi kini tak tahu. Sedangkan dalam al Quran begitu banyak cerita sejarah, sejarah penciptaan langit, bumi. Sejarah penciptaan jin dan manusia. Sejarah tamadun manusia yang terdahulu yang lebih hebat dari tamadun kita pada ketika ini.

Tengok saja sejarah Perang Dunia Kedua. Mungkin ramai umat Islam, aktivis Islam di Malaysia tidak tahu bahawa Mufti Besar Jerusalem atau Mufti Palestin, iaitu Sheikh Haji Mohammed Effendi Amin el-Husseini telah menjalinkan kerjasama dengan Hitler dan tentera Nazi pada ketika itu.

Malahan Mufti Palestin ini yang pernah menyertai Perang Dunia Pertama sebagai tentera kerajaan Uthmaniah telah melatih Divisyen Tentera Islam Nazi.

Tahukah kita topi askar Divisyen Tentera Islam Nazi hampir sama dengan topi tentera Rejimen Askar Melayu Diraja pada awal penubuhannya?

Terkejut?

Belajarlah sejarah dengan lebih mendalam. InsyaALLAH kita akan jadi umat yang berjaya. Bukannya belajar sejarah setakat untuk lulus SPM atau nak skor A.

Wabak denggi seluruh Malaysia dan bala ALLAH


Boleh dikatakan banyak tempat di Malaysia pada ketika ini sedang dilanda wabak denggi. Namun kurang kita tengok tindakan susulan menyeru rakyat untuk bertaubat, melakukan gotong royong, menjaga kebersihan di rumah sendiri.

Khutbah Jumaat pun saya rasa belum lagi sentuh isu wabak denggi.

Di Tampin katanya ada sebuah sekolah ditutup kerana ramai pelajarnya diserang demam denggi.

Hospital kerajaan katanya pun sudah penuh dengan pesakit demam denggi.

Tapi yang sedih malam tadi, rakyat kita terutama umat Islam di Malaysia masih leka, masih lalai.

Malam tadi nak tengoklah siaran TV bermanafaat. Tengok TV1 rancangan realiti hiburan untuk kanak-kanak. Tukar TV2, rancangan realiti hiburan untuk remaja pula. Tukar pula ke TV3, rancangan hiburan untuk veteranlah pula. Semua yang menyertai rancangan hiburan tersebut ialah orang Melayu.

Ketika media sibuk dengan isu Syiah, media yang sama pula melalaikan orang Melayu dengan pelbagai hiburan dari kanak-kanak hinggalah ke yang tua dah nak masuk kubur.

Saya kata pada isteri saya, kalau boleh TV kita nak buat siaran realiti bayi yang baru lahir agaknya. Bayi mana lawak paling kuat, ketawa paling kuat, sendawa paling kuat.

Lalu tukar ke TV Hijrah, Alhamdulillah ada siaran Reflection oleh Imam Suhaib Webb yang ramai orang Melayu tak minat kerana tak faham bahasa yang dituturkan oleh Imam Suhaib Webb.

Patutlah tak selesai masalah wabak demam denggi di Malaysia.

Oleh itu mulalah dengan diri kita sendiri. Ajar anak-anak kita bersih rumah, bersih halaman rumah.

Bila masuk rumah susun selipar elok-elok.

Malu, orang kita bila pergi masjid, susun selipar pun tak tahu.

Kekalahan adalah berpunca dari kelemahan kita


Dalam siri kuliah subuh oleh Al Fadhil Ustaz Abdul Rahim Yusof, Mantan TPJ BPPNS di Masjid Bandar Baru Senawang dalam membicarakan tafsir surah Ali Imraan, al fadhil ustaz memberitahu bahawa dalam perjuangan ini ada kalah menangnya.

Jika kita kalah, kekalahan itu adalah berpunca dari kelemahan yang ada pada diri kita dan organisasi kita.

Jika kita menang, kemenangan itu hanyalah daripada ALLAH semata-mata.

“Jika Allah menolong kamu, tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan) maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Karena itu, hendaklah kepada Allah saja orang-orang Mukmin bertawakkal.” (Ali Imran [3]:160)

Tunggu 50 tahun tunai haji, kenapa jadi macam ini?


Kalau umur 40 tahun baru nak daftar pergi haji, kalau umur panjang, umur 90 tahun baru dapat pergi haji. Logik ke? Kenapa jadi sampai begini? Di mana silapnya, Tabung Haji atau kita umat Islam di Malaysia yang tidak merancang, tidak mempunyai ikatan ukhuwwah yang kukuh, terutamanya di kalangan adik beradik, saudara mara.

Saya sebelum ini nak daftar anak-anak untuk tunai haji, tapi isteri tak galakkan, katanya kesian mereka yang dah berumur untuk pergi haji.

Tabung Haji perlu kaji semula proses daftar haji, supaya umat Islam tidak daftar haji atas spekulasi, tapi daftar haji semata-mata mengharapkan keredhaan dan keampunan ALLAH semata-mata.

Antara cadangan yang perlu dikaji oleh pihak Tabung Haji ialah :

1. Mereka yang telah pergi haji, tidak dibenarkan lagi untuk daftar tunai haji, walaupun mereka sanggup bayar beratus ribu ringgit dengan pakej haji yang paling mahal.

2. Pemimpin yang telah pergi haji pun, tidak boleh pergi haji buat kali kedua. Sedangkan Sultan Salahuddin Ayubi yang membebaskan Palestin dari tentera salib tidak berkesempatan menunaikan haji kerana memikirkan, merancang bagaimana untuk menawan semula kota Baitul Maqdis pada waktu itu.

3. Anak-anak di bawah umur 16 tahun tidak dibenarkan untuk daftar haji, walaupun emak ayah mereka kaya raya, ada simpanan dalam tabung haji berjuta-juta ringgit.

4. Hadkan umur mereka yang nak pergi haji ke 35 tahun sahaja. Mereka yang berumur lebih 35 tahun akan terlalu uzur untuk pergi haji pada usia lebih 85 tahun.

5. Kaji semula mereka yang dapat pergi haji secara percuma melalui pakej kerajaan dan 1MDB untuk imam-imam, ketua-ketua kampung, JKKK dan sebagainya kerana mereka ini pada asalnya ada yang tidak termasuk dalam kuota haji, malahan mungkin ada yang belum pun berdaftar untuk tunai haji.

TUNGGU SEPARUH ABAD TUNAI HAJI
24 Nov 2013

KUCHING – Umat Islam di negara yang mendaftar untuk menunaikan haji kini terpaksa menunggu selama 50 tahun sebelum dapat menunaikan Rukun Islam kelima itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Bagaimana pelajar kita solat Jumaat dalam bas sekolah?


Alhamdulillah , syukur Johor kembali cuti pada hari Jumaat. Saya amat cemburu mereka di Johor, Terengganu, Kelantan dan Kedah. Mereka tak perlu terkejar-kejar tunai solat Jumaat, mereka boleh datang awal masjid melakukan solat sunat, zikir dan baca al Quran. Juga boleh zikir lama-lama dan solat sunat dengan selesa selepas solat Jumaat.

Berbeza dengan kami di Negeri Sembilan dan beberapa negeri lain di Tanah Melayu ini. Tempat saya kerja di Senawang waktu rehat hari Jumaat dari 12.45 tgh ke 2.30 ptg. Masa 1 jam 45 minit inilah kami berkejar-kejar untuk mandi sunat kot sempat, pakai baju Melayu kot sempat, makan tengahari, dengar khutbah Jumaat dalam keadaan mengantuk mendengar teks khutbah yang seragam satu Malaysia.

Negeri yang tidak cuti hari Jumaat, harap kerajaan negeri beri panduan dan kemudahan para pelajar sekolah yang kita sedang nak pergi masjid solat Jumaat mereka sedang menunggu bas nak pergi sekolah agar diberi panduan macamana mereka nak solat Jumaat atas bas, atau apabila sampai di surau sekolah, agar ada ustaz yang bawa solat Jumaat di surau sekolah.

Begitu juga kilang-kilang yang tidak benarkan pekerja mereka solat Jumaat , agar pihak Jabatan Agama Islam Negeri beri panduan macamana pekerja kilang ini dapat tunaikan solat Jumaat di kilang mereka.

Begitu jugalah kepada para peniaga warung Islam, restoran Islam agar diberi nasihat, bimbingan, betapa berdosanya mereka berniaga beri makan kepada orang lelaki Islam apabila masuk waktu solat Jumaat terutamanya apabila khatib sudah mula membaca teks khutbah.

Semoga umat Islam di Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah dapat pergi awal ke masjid pada hari Jumaat, terutama mereka yang baru atau sudah lama bertahun-tahun balik haji, di mana bila kita di Mekah, jam 9 pagi kita sudah berebut-rebut masuk Masjidil Haram menunggu solat Jumaat.

20131123

Nak ALLAH maafkan kita di akhirat, halalkan hutang


Orang yang tidak bayar hutang di dunia, dia akan terpaksa membayar hutangnya di akhirat dengan amalan baiknya jika ada. Jika tak ada , dia akan pikul dosa orang yang beri dia hutang di dunia. Jadi kalau kita beri orang hutang, orang tak bayar, jangan risau, kita boleh tuntut di akhirat.

Tapi ada lebih baik dari itu kalau orang tak bayar hutang kita di dunia.

Menurut Ustaz Dato Arshad Abd Samad dalam kuliah subuh di Masjid Bandar Baru Senawang, Dato mengatakan dari satu hadith lebih kurang bermaksud, kalau kita maafkan orang yang tidak dapat membayar hutang kita di dunia, ALLAH akan maafkan kesalahan kita.

Nah, nak mana satu, nak ALLAH maafkan kesalahan-kesalahan kita di akhirat, atau kita nak ambil pahala orang yang berhutang dengan kita, atau kita mahu pindahkan dosa kita pada orang yang berhutang dengan kita?

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Baginda s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah s.w.t. akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naunganNya." (Hadis riwayat Imam Tirmizi)

20131122

BENGKEL OH MY SOLAT - SOLAT ITU MUDAH


Tempat : Dewan Masjid Bandar Baru Senawang, Senawang
Masa : 8 pagi - 5 ptg
Tarikh : 7 Disember 2013 (Sabtu)
Yuran Penyertaan : RM 25 (makan, bahan program)
Peserta : Remaja 11 - 17 Tahun (Lelaki/ Perempuan)

Penekanan :
1. Kepentingan Solat dalam kehidupan Remaja
2. Bengkel Solat Itu Mudah (Teori/Amali)
3. Muhasabah Solat Suksess

Terhad kepada 100 org sahaja (lelaki & perempuan)

Hubungi : 013-3603285

SEMINAR FIQH PENGHAYATAN SOLAT


Tarikh : 21 Disember 2013 (Sabtu)
Masa : 8 pagi - 5 ptg
Tempat : Dewan Masjid Sikamat , Seremban
Yuran RM50 sahaja (Kertas Kerja/ makan)
Tempat Terhad 100 org sahaja

Panel Pembentang :
1. Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre - Falsafah Pensyariatan Solat
2. Ustaz Fauwaz Fadzil - Rukhas & Solat Pesakit
3. Ustaz Ustaz Zamri Zainal Abidin - Kesempurnaan Solat Rasul Saw

Anjuran : Mukmin Ethics Solution T & C

Slot 1. 9-10.30 pg : Ust Syed Kadir Al-Jufri - "Falsafah Penghayatan Solat"
Slot 2. 11-1 ptg : Ust Ahmad Fauwas Fadhil Noor - "Rukhsah & Solat Pesakit"
Slot. 3 2-4 ptg : Ust Zamri Zainal Abidin (bekas DJ Ikim) - "Kesempurnaan Solat Rasul saw"

Hubungi : 013-3603285



20131121

JKKK yang bertaqwa dan takutkan hanya ALLAH tidak akan kacau isteri orang


Alternatif sekolah Tahfiz di N.Sembilan


Saya terperanjat apabila saya baru tahu rakan sekerja saya menghantar anak lelakinya berusia 14 tahun belajar tahfiz sepenuh masa di Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim, Rembau. Terkejut sebab mana pula dia dapat maklumat mengenai madrasah tersebut sedangkan madrasah tersebut dekat dengan rumah emak saya dan belum ramai lagi yang tahu program tahfiz di madrasah tersebut.

Dia kata dia dapat maklumat dari internet, dalam blog. Saya tanya berapa yurannya sebulan, dia sebutkan. Saya kata murah sangat tu, sedangkan tempatnya memang amat selesa, lengkap serba serbi, makan minum pun setiap kali saya pergi madrasah tersebut memang berkat.

Anak rakan saya ini tidak berapa minat belajar akademik. Saya beritahu rakan saya, kita tak boleh paksa anak-anak kita belajar bidang apa, kita cuma boleh bimbing. Kita perlu selalu tanya anak-anak kita adakah dia selesa belajar di sekolah atau madrasah. Rakan saya kata memang anak dia kini seronok belajar di tempat tersebut.

Eloklah kata saya, kerana tempat tersebut memang elok, situasi kampung yang menenangkan, dengan ustaz-ustaz yang begitu komited.

Mereka yang ingin tahu lebih lanjut Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim terdapat di http://madrasahbongek.blogspot.com

Hadith Nabi diamalkan di Jerman tidak di negara Islam


Kuliah subuh minggu sudah di Masjid Bandar Baru Senawang oleh Ustaz Abdul Rahim Yusof, beliau menceritakan satu kisah dimana beliau diberitahu seorang warga Arab Saudi, bahawa orang Arab tadi terkejut apabila dia melawat negara Jerman. Warga Arab tadi kata dia melihat hadith Nabi saw diamalkan di Jerman tetapi tidak di negaranya.

Ustaz Rahim bandingkan antara sikap orang Jerman dan orang Arab dari sudut kebersihan contohnya kebersihan tandas awam. Bandingkan sikap orang Jerman dan sikap orang Arab ketika memandu di jalanraya.

Pada saya bukan orang Arab saja, malahan orang Malaysia. Jauh beza cara kerja orang Jerman dan orang Malaysia.

Tidak hairanlah orang Jerman begitu hebat dalam kejuruteraan.

Bila Ustaz Rahim cakap macam tu, baru saya sedar, saya sendiri yang sejak sekian lama bekerja dengan firma Jerman memang begitu jauh sekali bezanya bila saya bandingkan dengan isteri saya yang bekerja di sektor kerajaan dan sahabat-sahabat lain yang bekerja dengan syarikat swasta.

Memang orang Jerman amat teliti dalam kerja mereka. Mereka tidak kedekut ilmu. Mereka mengamalkan sikap hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini.

Bila ada masalah di tempat kerja, mereka tidak marah-marah, mereka bincang sama-sama dari pengarah, dari boss hinggalah ke pekerja biasa, kuli dan sebagainya.

Pada mereka pandangan orang bawah ini adalah amat penting, kerana yang melakukan tugasan harian ialah orang bawah.

Cuba kita bandingkan budaya kerja orang Jerman dengan orang Malaysia, di pejabat, di sekolah.

Agak-agak boss kita, boleh tak ikut sikap orang Jerman. Sebelum buat perubahan atau transformasi tanya dulu orang bawah?

Lagi satu saya tengok boss-boss Jerman ini , tidak pernah saya tengok mereka ini berfoya-foya, tidak pernah ada kayu golf dalam kereta mereka. Malah pengarah terbesar dari Jerman bila datang Malaysia , tidak pernah bincang pasal golf.

Saya baru selesai di audit dan mengikuti kursus yang dibimbing oleh orang Jerman yang begitu pakar dalam kejuruteraan. Sepanjang 3 hari tersebut orang Jerman ini tidak pernah marah bila ada pekerja yang buat silap, dia senyum dan minta pekerja fikirkan sendiri macamana nak cari penyelesaian.

Betullah apa yang dikatakan Ustaz Abdul Rahim Yusof, boleh juga diertikan hadith Nabi dilihat diamalkan orang orang Jerman di tempat kerja mereka, tetapi susah nak lihat hadith Nabi diamalkan di syarikat tempatan.

Antara prinsip yang paling tegas orang Jerman ialah mereka begitu pantang dengan rasuah dan memandang jijik akan rasuah, hinggakan mereka sanggup tidak melabur di sebuah negara apabila agensi kerajaan di negara berkenaan mengamalkan rasuah untuk meluluskan pelaburan mereka. Mereka kata biarlah mereka tunggu bertahun-tahun untuk diluluskan pelaburan mereka daripada membayar rasuah untuk segera diluluskan.

Muktamar PAS, sibuk pilih pemimpin bukan bantu pemimpin


Saya hairan kenapa orang dalam dan luar PAS begitu sibuk dan ghairah tertunggu-tunggu siapa yang akan membarisi kepimpinan PAS selepas ini. Saya tidak memikirkan itu semua, sekadar ambil tahu. Apa yang saya sedang fikirkan sekarang ialah bagaimana saya yang bodoh ini dapat membantu kepimpinan PAS yang baru dan lama, kerana terlalu banyak kerja yang hendak dilakukan sebelum dan selepas muktamar ini.

Bagaimana saya dapat membantu pemimpin untuk mempastikan semua ahli PAS menjaga solat mereka, terutama yang lelaki, solat jemaah di masjid.

Bagaimana saya dapat membantu pemimpin untuk mempastikan semua ahli PAS sentiasa membayar yuran bulanan cawangan, kawasan dan sebagainya, malahan menderma lebih lagi, tanpa perlu lagi selepas ini mengutip derma semasa ceramah.

Bagaimana saya dapat bantu pemimpin untuk mempastikan lebih banyak lagi PASTI akan ditubuhkan, lebih ramai lagi ahli PAS yang tua dan muda menyertai Unit Amal atau Jabatan Amal agar lebih banyak gotong royong bersih kubur, gotong royong baiki rumah keluarga miskin dapat dilakukan.

Banyak lagilah kerja nak dilakukan, sampaikan tak ada masa saya nak fikir siapa layak jadi pemimpin , siapa tidak layak, kerana yang nak jadi pemimpin PAS ialah orang PAS, bukan orang UMNO, bukan orang PKR atau bukan orang DAP, bahkan bukan orang atas pagar.

Fenomena sibuk siapa perlu jadi pemimpin dalam parti atau dalam organisasi bukan sahaja berlaku dalam parti malahan dalam apa-apa organisasi.

Ada orang tanya saya bila nak buat mesyuarat agung surau. Saya jawab mudah saja, sampai 50 peratus ahli taman kita solat jemaah di surau, itulah KPI kita untuk buat mesyuarat agung.

Kita patutnya bukannya sibuk siapa yang nak jadi pemimpin surau, kita patutnya sibuk mengajak orang ke surau setiap waktu, setiap hari, bukannya sibuk mengajak orang ke surau untuk mesyuarat agung setahun sekali.

Itu belum lagi dalam PIBG dan dalam beberapa persatuan lain.

Jadi kepada mereka yang sibuk nak tahu siapa yang layak jadi pemimpin, tanya diri kita dulu, adakah kita layak jadi pemimpin keluarga, jadi suami, jadi bapa?

20131120

Makluman untuk warga Taman Alamanda


Assalamualaikum, kepada warga taman ini dimaklumkan dapur surau kita memerlukan beberapa peralatan dapur tambahan untuk kegunaan semasa majlis jamuan di surau.

Antaranya ialah periuk, dulang, bekas nasi, besen, senduk, dapur memasak dan sebagainya. Kepada warga taman ini yang ingin menyumbang barangan bolehlah hubungi saya atau salurkan ke akaun atas nama : JAWATANKUASA SURAU TAMAN ALAMANDA atau bank in ke Akaun Bank Muamalat (Seremban), No Akaun : 05010001181713

Kos keseluruhan barangan tersebut dianggarkan sekitar RM400.

Terima kasih.

Kepada yang sudi menolong sahabat berniaga burger

Saya ada seorang sahabat yang ingin berniaga burger. Tetapi dia kekurangan peralatan dan modal. Dapur, meja dan peralatan kecil lain dia dah ada. Dia cuma perlukan khemah 10 kaki X 10 kaki dan modal RM300 ke RM500 untuk beli bahan mentah untuk berniaga.

Kepada mereka yang ada khemah yang dalam keadaan baik atau sudi pinjamkan duit untuk modal bolehlah hubungi saya.

Villa Nabila, ALLAH dedahkan realiti orang Melayu


Bila ALLAH izinkan seorang pengawal keselamatan menembak dengan kejam sampai mati seorang pegawai bank wanita, terdedahlah sindiket MyKad palsu yang terbesar serta mededahkan realiti betapa ramainya pendatang asing yang memiliki MyKad palsu.

Kini bila ALLAH izinkan seorang remaja 16 tahun tidur di rumah kawannya, ianya menunjukkan betapa bodohnya orang kita yang berlumba-lumba pergi tengok rumah yang mempunyai banyak jin dan syaitan tetapi tidak berlumba-lumba ke masjid dan surau yang mempunyai lebih banyak lagi bilangan malaikat.

Kepada mereka yang mempunyai twitter, Whatsapp, Facebook dan sebagainya, marilah kita seru rakan-rakan kita memenuhi masjid dan surau untuk solat jemaah dan mendengar majlis ilmu dengan pelbagai kisah-kisah ajaib para Nabi, para sahabat, para malaikat.

Jika tidak ALLAH akan izinkan lebih banyak lagi peristiwa-peristiwa yang membodohkan kita semua.

Remaja hilang di vila misteri dijumpai
19/11/2013 11:08am

JOHOR BAHRU - Remaja 16 tahun, Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, yang dilaporkan hilang selepas masuk ke sebuah vila terbiar dikenali sebagai Villa Nabila di Jalan Skudai di sini telah ditemui pagi ini. Remaja terbabit ditemui di rumah rakannya di Flat Desa Mutiara di sini pukul 2 pagi. Ibu remaja berkenaan, Norhayati Mohamad, 38, ketika dihubungi pemberita mengesahkan anaknya itu telah ditemui. - KOSMO!

20131119

Naik kereta tak baca doa mudah kemalangan?



Eloklah ada pihak yang buat kajian kejuruteraan yang mengatakan kenderaan lebih 12 tahun tidak selamat di jalan raya. Mungkin ada baiknya kenderaan lebih 12 tahun tidak dibenarkan di jalan raya, kurang sikit kesesakan di lebuhraya terutama musim cuti perayaan.

Apa kata lepas ni pula pihak tertentu buat kajian dalam keadaan macamana orang Melayu lebih mudah mendapat kemalangan, antaranya ;

1. Berapa peratus kemalangan mangsa tidak baca doa naik kenderaan
2. Berapa peratus kemalangan mangsa tidak solat
3. Berapa peratus kemalangan mangsa tidak tutup aurat
4. Berapa peratus kemalangan mangsa main judi nombor ekor
5. Berapa peratus kemalangan mangsa derhaka kepada ibu bapa
6. …..
7. …..
8. …..
9. …..
10. ….

Ramai remaja perempuan terlanjur tapi tiada rumah perlindungan


Forum, ceramah agama di Negeri Sembilan kurang menekankan isu ini dan cara menanganinya kerana ada isu lain yang lebih besar yang perlu ditangani oleh para pendakwah, para ulama, para pak sheikh. Sekarang musim cuti sekolah, ibu bapa pergi kerja, siapa yang perhatikan gelagat anak-anak kita terutama yang ada remaja perempuan? Luahan kekecewaan saya isu ini saya nukilkan di http://waghih.blogspot.com/2012/11/ramai-remaja-terlanjur-tapi-tiada-rumah.html

713 REMAJA MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH
19 Nov 2013

TELOK KEMANG 18 Nov. - Statistik remaja mengandung anak luar nikah yang dikeluarkan seorang panel penasihat klinik kesihatan di negeri ini amat menakutkan apabila menunjukkan sebanyak 713 kes berkaitan itu berlaku pada tahun lalu dan yang paling muda terbabit adalah berusia 10 tahun.

Angka pada statistik tahun lalu itu juga amat mengejutkan apabila daripada usia 10 hingga 19 tahun remaja yang terlibat itu, sebanyak 70 peratus adalah dalam kalangan orang Melayu.

Menurut Penyelaras Panel Penasihat Klinik Kesihatan negeri, Dr. Suriyati Abdul Aziz, pada tahun 2007 hanya 413 kes remaja mengandung anak luar nikah diperoleh melalui klinik dan hospital kerajaan dalam negeri ini.

''Jumlah yang diterima itu hanya yang berdaftar dan kita tidak tahu jumlah mereka yang terlibat tetapi tidak berdaftar, di mana angkanya mungkin meningkat," katanya di Port Dickson, dekat sini hari ini.

20131118

Dapatkah 3 tokoh agama ini duduk semeja?


Umat Islam di Malaysia, terutamanya bangsa Melayu sedang menghadapi serangan akidah yang amat serius. Terlalu ramai bilangan mereka yang tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah, lebih ramai lagi yang tidak solat, dah lah tak solat, gunakan sihir dalam perniagaan, gunakan sihir untuk memecah belahkan rumah tangga, menjadi pelanggan tetap kedai judi nombor berlesen.

Kes remaja hamil tak selesai-selesai. Saya seringkali dihubungi oleh mereka yang begitu mengharapkan untuk menghantar anak remaja perempuan mereka yang hamil ke rumah perlindungan. Tapi amat malang, kita di N.Sembilan boleh dikatakan tidak ada rumah perlindungan untuk remaja yang hamil luar nikah.

Dapatkah 3 tokoh agama ini duduk semeja dalam diskusi atau forum, atau setidak-tidaknya dalam munajat atau solat hajat untuk mencari jalan penyelesaian?

Jika tidak dapat, setidak-tidaknya pula Sheikh Fuad tumpu kepada umat Islam yang tidak berparti, Ustaz Fathul Bari tumpu kepada pemuda UMNO, Ustaz Nor Azman tumpu kepada pemuda PAS, agar semua pemuda yang tidak berparti, UMNO dan PAS memenuhi masjid dan surau di N.Sembilan setiap kali solat waktu dan majlis ilmu kerana terlalu amat banyak surau yang mati di N.Sembilan seperti mana yang saya nukilkan sebelum ini di http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html

KES REMAJA HAMIL LUAR NIKAH SERIUS

Bilangan kanak-kanak atau remaja perempuan bawah umur yang hamil luar nikah mencatat peningkatan mendadak apabila sebanyak 191 kes dilaporkan dalam tempoh lima bulan pertama tahun 2013.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, jika trend tersebut berterusan, bilangan kes berkenaan sepanjang tahun ini dijangka jauh lebih tinggi berbanding dua tahun sebelumnya.

"Sepanjang 2011, statistik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan sebanyak 204 kes kanak-kanak atau remaja bawah umur hamil dirujuk kepada pihak mereka manakala pada tahun lalu, sebanyak 172 kes.

Jika anak kita dapat 5A UPSR perlu banyak istighfar


Lanjutan isi ceramah Ustaz Khaidir bin Ngah di Surau Alamanda, Senawang ialah apabila kita mendapat nikmat atau kejayaan perlulah kita bertasbih, bertahmid dan beristighfar. Bila anak kita dapa 5A UPSR, 8A PMR dan seterusnya kita bukan hanya ucap Alhamdulillah kita juga kena banyak beristighfar.

Ini adalah kerana dalam usaha kita untuk membantu anak kita mendapat 5A UPSR mungkin anak kita tidak sempurna solat mereka, kita pula tidak sempat nak solat jemaah di masjid kerana sibuk menghantar anak kita ke tusyen terutamanya waktu maghrib dan isya.

Kalau umat Islam berjaya menakluki kota Mekah, ALLAH suruh Nabi saw dan para sahabat beristighfar banyak-banyak dan bertaubat, takkanlah setakat dapat 5A UPSR kita tak boleh nak suruh semua pelajar yang dapat 5A banyakkan beristighfar dan bertaubat?

Surah An-Nasr

1. Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), -
2. Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai,
3. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.


Quran mengatakan matahari itu ialah bintang


Malam tadi Ustaz Khaidir bin Ngah, Imam Masjid Kuarters KLIA berceramah di Surau Alamanda, Senawang. Antara fakta yang mengejutkan ialah satu kajian ke atas pelajar Islam di sebuah IPTA yang mendapati 5 peratus pelajar IPTA tersebut mengatakan al Quran tidak relevan lagi pada zaman sekarang.

Pada pandangan saya ianya berpunca apabila ayat al Quran hanya dijadikan perhiasan di dinding rumah, dipertandingkan saban tahun akan kelunakan suara qari dan qariah tanpa difahami setiap huruf, setiap ayat setiap perkataan dalam al Quran untuk kita amalkan.

Mudah sahaja kita mengatakan al Quran ini relevan sampai akhirat dalam setiap sudut kehidupan kita. Satu ayat sudah cukup untuk membingungkan para intelektual, professor dan graduan IPTA.

Baca saja surah An Najm (Bintang) ayat yang pertama , “Demi bintang ketika terbenam”.

Kalau ikut akal kita yang bodoh ini, bila pula bintang terbenam, bukankah bintang itu sentiasa di atas langit. Tak pernah pun kita lihat bintang terbenam ! Rupa-rupanya, matahari itu adalah sebahagian daripada bintang, dan setiap hari kita lihat bintang yang bernama matahari ini terbenam.

Itu baru satu ayat ALLAH cabar kita, belum lagi lebih 6,000 ayat yang lain.

Kembalilah kepada Islam sepenuhnya, solatlah jemaah di masjid, hadirlah selalu majlis ilmu untuk memberi makanan kepada roh kita yang kelaparan dan kebuluran pada ketika ini. Kita ini hamba ALLAH, kita ini bodoh, ALLAH Maha Bijaksana.

******************
MATAHARI, BINTANG TERBAIK YANG KITA MILIKI

Matahari kita adalah sebuah bintang, yaitu bola gas panas raksasa yang mengeluarkan energi dan cahaya. Namun sebenarnya, Matahari termasuk bintang yang ukurannya biasa saja. Masih banyak bintang lain yang berukuran jauh lebih besar ataupun jauh lebih kecil darinya.

Matahari adalah bintang deret utama dengan kelas G2.

20131117

Jadilah kita peniaga dan pengguna yang warak

Sungguh seronok mengikuti kuliah subuh setiap Sabtu di Masjid Bandar Baru Senawang yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Dato' Haji Arshad bin Abd Samad.

Sekarang ini membicarakan bab perniagaan dalam Islam.

Pada zaman Saidina Umar ra, mereka yang ingin berniaga di Madinah perlu terlebih dahulu faham masalah feqah dalam perniagaan barulah dibenarkan berniaga.

Teramatlah rugi mereka yang berniaga, untung yang mereka dapat hanyalah palsu sekiranya mengabaikan solat. Perhatikan peniaga Islam kita di pasar malam, di medan selera, di warung roti canai, warung burger, di kompleks perniagaan, berapa ramai yang solat apabila masuk waktu, tak kiralah samada di surau berhampiran atau di tepi warung mereka atau di tepi teksi?

Ustaz kata sebagai peniaga dan pengguna, kalau nak jadi peniaga dan pengguna yang warak perlulah kita berlebih kurang. Kalau peniaga yang warak dia akan dengan sukarela beri diskaun atau melebihkan timbangan.

Kita kalau nak jadi pengguna yang warak pula, kalau beli barang kurangkan timbangan, atau tidak mengambil duit lebih yang sedikit, 10 sen pun nak ambil, melainkan kita ini memang daif dan miskin.

Semalam beli barang di kedai bukan Islam di pekan Rembau, teringat kuliah subuh Ustaz Arshad, tak jadi saya nak ambil duit lebih dari peniaga bukan Islam berkenaan. Baru terfikir, kita secara tidak langsung boleh berdakwah kepada peniaga bukan Islam dalam perniagaan.

Kalau ramai pengguna Islam mengamalkan sikap ini, pasti akan ada peniaga bukan Islam tertarik dengan Islam dan dengan izin Allah akan dibuka pintu hidayah.

Saya nak cadangkan selepas ini agensi kerajaan yang ingin memberi pinjaman perniagaan kepada peniaga Islam baik melalui TEKUN, MARA, Majlis Agama dan sebagainya agar peniaga ini perlu lulus kursus etika perniagaan Islam yang antara modulnya ialah ;

1. Solat, kalau solat rezeki halal, kalau tak solat?
2. Jangan guna sihir untuk majukan perniagaan.
3. Jangan guna sihir untuk jatuhkan pesaing.
4. Lain-lain …..

Malaysia perlu penjawat awam soleh, bukan pintar


Untuk mensifarkan rasuah dan menyelamatkan negara, Malaysia perlukan kakitangan kerajaan Islam yang soleh bukannya pintar. Mereka yang soleh sudah pasti pintar, mereka yang pintar tidak semestinya soleh.

Mula tunding jari
17 Nov 2013

Isu pegawai imigresen di KLIA, LCCT disogok seludup warga asing

Kuala Lumpur: Pendedahan rasuah pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Tambang Murah (LCCT), bagi ‘melepaskan’ warga asing yang menggunakan dokumen palsu, semalam menyebabkan beberapa pihak mula menuding jari.

Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) mempersoalkan mengapa hanya imigresen dipersalahkan kerana tanggungjawab di pintu masuk turut membabitkan pihak berkuasa lain.

“Misalnya proses permohonan pekerja asing membabitkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Tenaga Kerja dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA),” kata Penolong Setiausaha KPISM, Mohd Fauzi Jamaluddin.

20131115

Buat parang adalah warisan para Nabi, syukur ada di N.Sembilan


3 tahun lalu pada 10 Nov 2010 satu-satunya pembuat parang di N.Sembilan pada skala sederhana, Encik Zamri Wahid telah saya jemput datang ke Surau Alamanda, Senawang agar penduduk setempat menghargai bukan saja seni pembuatan senjata Melayu yang semakin dilupakan tetapi ianya adalah warisan para Nabi, iaitu Nabi Daud as dan Nabi Zulkarnain as yang pakar besi yang hingga ke hari ini tiada siapa dapat menandinginya.

Alhamdulillah, gembira saya tengok apabila Zamri sering keluar iklan usahawan berjaya di televisyen, apatah lagi dia orang N.Sembilan.

Saya harapkan lebih banyak agensi kerajaan dapat membantu beliau mengembangkan industri ini baik Majlis Agama Islam, kerajaan negeri, MARA dan sebagainya.

Semoga ada pihak yang prihatin agar meluluskan permohonan beliau untuk mendapatkan mesin robotik. Dengan berkembangknya industri ini akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan, peluang perniagaan, peluang pelancongan di N.Sembilan dan yang paling penting ianya adalah warisan pekerjaan para Nabi iaitu Nabi Daud as dan Nabi Zulkarnain as, yang ilmu metalurgi mereka lebih canggih dari apa yang ada pada ketika ini.

********
Parang “Mentaus Crafts” ciptaan Zamri ke Amerika Syarikat
10 Nov 2013

The Malaysian Insider semalam mendekati seorang usahawan pembuatan parang, Zamri Wahid, 44, pewaris seni bakat turun-temurun daripada keluarganya.

Beliau mula memasarkan parang buatannya itu pada 2004 secara kecil-kecilan namun pada 2007 produknya mendapat perhatian global apabila pemasaran secara atas talian menjadi satu inisiatif baru.

Atas pendekatannya itu, seni pembuatan parang Melayu turut mendapat perhatian warga Amerika Syarikat, Poland, Australia dan Rusia.

“Namun pelanggan asing yang ramai membeli secara atas talian datangnya dari Brunei dan Singapura disebabkan latar budaya yang hampir sama.

“Atas kekangan masa yang banyak dihabiskan di bengkel pada siang hari, saya membuat promosi di internet pada sebelah malam melalui blog http://zamri-tukangparang.blogspot.com dan laman Facebook peribadi.
parang mentaus

Penerima Anugerah Tukang Ulung 2012 Kraftangan Malaysia tersebut turut berazam untuk meningkatkan kualiti produknya selain berharap pembuatan parang yang dilakukan secara tradisi hari ini mampu diambil alih oleh mesin sepenuhnya.

Katanya, dengan keupayaan mesin, harga jualan parang dapat dikurangkan selain kuantitinya juga dapat ditingkatkan.

“Saya pernah mengemukakan cadangan kepada agensi kerajaan bagi mendapatkan bantuan mesin robotik namun masih belum mendapat jawapan hingga ke hari ini.

“Ketelitian hasil kerja mesin terbukti apabila kita melihat sendiri parang buatan Amerika Syarikat yang ternyata lebih kemas dan berkualiti,” katanya yang mengakui pembuatan parang secara konvensional memerlukan ketelitian dan kesabaran.

Bilakah orang Melayu akan bebas dari amalan sihir?


Masih ada orang Melayu menggunakan sihir dalam kerjaya mereka, dalam perniagaan, dalam politik dan sebagainya. Apakah mereka tidak percaya ALLAH yang memberi rezeki? Kerja dakwah kita masih terlalu banyak untuk menyedarkan orang kita agar hanya bergantung harap pada ALLAH sepenuhnya, yakin rezeki itu dari ALLAH.

Sihir kedai pesaing
15 Nov 2013

Johor Bahru: Doa seorang peniaga agar Allah memberi petunjuk selepas mengesyaki ada pihak sabotaj perniagaannya termakbul apabila dia mencekup pesaingnya sedang mengenakan ilmu hitam di kedainya di pusat penjaja Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) berhampiran Pekan Rabu, di sini.

Abd Rahman Yusuf, 39, yang menjual makanan pada sebelah malam berkata, kejadian berlaku jam 1.30 tengah hari Isnin lalu ketika dia bersama isteri, Sopiah Mat Hussain, 40, lalu di depan gerai mereka dengan kereta.

“Ketika lalu di depan gerai kami, saya dan isteri terkejut apabila melihat seorang lelaki yang turut menjual makanan tidak jauh dari gerai kami memegang gayung berwarna biru dan menaburkan sesuatu di kawasan tapak gerai kami.

“Selepas memberhentikan kereta, saya melihat dengan jelas jiran niaga kami itu menaburkan garam dan beras kunyit di sekitar kawasan gerai kami,” katanya kepada Harian Metro, semalam.


API DALAM LAUT


“dan laut yang di dalam tanahnya ada api” , surah At Thuur – ayat ke 6.

Bagaimana seorang Nabi saw yang ummi tahu di dalam laut, di dasar laut ada api, ada magma, ada gunung berapi lebih 1400 tahun dahulu? Kembalilah kita kepada Islam sepenuhnya kalau kita hendak berjaya dunia dan akhirat. Takutlah ALLAH setakut-takutnya kalau kita hendakkan syurga dan tak nak sungguh-sungguh bukan setakat neraka malahan bahang api neraka. Banyakkan selawat ke atas junjungan Nabi saw. Makmurkan surau dan masjid di tempat kita dengan solat jemaah, nescaya banyak masalah sosial, masalah jenayah di kejiranan kita akan berkurangan.

Jangan pandang enteng al Quran. Ilmu dalam al Quran lebih hebat dari mana-mana ilmu di universiti dulu, kini dan selamanya.

20131114

Sukarnya kekal haji mabrur, bab wuduk pun dah gagal


Haji mabrur atau sekurang-kurangnya haji maqbul, itu apa yang kita semua harapkan, tapi hanya ALLAH yang menentukan. Untuk mengekalkan amalan baik kita di tanah suci sekembalinya dari Malaysia sampai kita menghembuskan nafas yang terakhir juga menentukan samada mabrur, maqbul atau sebaliknya haji kita.

Kalau kita solat jemaah 5 waktu di masjid di tanah suci, di Malaysia juga kita perlu kekalkan solat jemaah 5 waktu di masjid atau surau.

Tapi ada satu bab yang saya sendiri terlepas pandang, hinggalah diperingatkan oleh isteri. Iaitu bab jimat air semasa ambil wuduk.

Pili air wuduk di Masjid Nabi, kita pulas macamana kuat pun, airnya akan mengalir perlahan saja. Boleh pula ambil wuduk dengan air yang sedikit dan perlahan.

Sampai Malaysia, tengok orang keliling laju saja air ambil wuduk, kita pun terikut sama.

Kenalah beringat lepas ni, supaya buka pili air tu pada tahap yang paling sedikit ketika ambil wuduk, yang penting meratakan air ke anggota wuduk.

Tak kiralah dah pergi haji atau belum pergi haji, marilah kita ikut cara Nabi saw dengan berjimat ketika mengambil wuduk, tak kiralah kita ni kaya raya, gaji berpuluh ribu sebulan, jimat tetap jimat, bukan kedekut, bukan kerana bil air mahal, yang penting kita berjimat kerana ikut cara Nabi saw, kerana sayangkan Nabi saw.

Yang balik haji baru-baru ini atau dah bertahun-tahun balik haji, harap kita ambil wuduk seperti di Masjid Nabi dan Masjdil Haram agar kemabruran atau kemaqbulan haji kita berkekalan.

Itu baru bab wuduk, belum lagi bab aurat, bab baca Quran, solat sunat, menegakkan syariat Islam dan seterusnya.

Semoga ada pihak dapat mencipta pili air yang murah dari plastik yang pulas macamana pun airnya perlahan untuk di pasang di tempat wuduk masjid-masjid dan surau-surau seluruh Malaysia.

Jalan-jalan di langit


“Demi langit yang mempunyai jalan-jalan” ; (Adz Dzariyaat “Angin Yang Menerbangkan” - 7)

Striking kaleidoscopic images capture flight paths over America

Artist Aaron Koblin uses data from the US Federal Aviation Administration to illustrate the paths of aircraft as they soar over the continent during a 24-hour period.

Quran lebih 1400 tahun lalu menceritakan laluan kapalterbang dan roket?


Surah Adz Dzariyaat ayat yang ke 7 ; “Demi langit yang mempunyai jalan-jalan”, pada nota bawah al Quran menyebut yang dimaksud dengan jalan-jalan ialah garis edar bintang-bintang dan planet-planet.

Saya bukan ahli tafsir, saya bukan ahli falak, bukan ahli aeronotik. Saya harapkan ahli tafsir dan ahli sains Islam dapat meneliti lebih lanjut ayat ini.

Ini adalah kerana kapalterbang dan roket juga perlu mengikuti jalan-jalan tertentu di langit, laluan penerbangan tertentu, ketinggian tertentu, garislintang garisbujur tertentu untuk terbang atau pergi ke angkasa lepas.

Apakah binatang Buraq yang membawa kekasih kita Nabi Muhammad saw perlu juga melalui jalan-jalan tertentu di langit untuk terbang dari Mekah ke Palestin kemudian naik ke langit?

Itu sebabnya subjek Pendidikan Islam perlu dijadikan wajib lulus SPM, kerana fakta sejarah dalam al Quran lebih banyak dari subjek Sejarah itu sendiri. Fakta sains dalam al Quran mendahului mana-mana saintis di dunia ini.

Adz Dzaariyat bermaksud “Angin Yang Menerbangkan”.

ALLAH Maha Bijaksana, kita bodoh.

20131113

Rembau semakin maju, tapi orang Rembau tak nak duduk Rembau


Stesen keretapi Rembau telah dinaiktaraf. Servis komuter telah bermula di stesen Rembau. Mereka yang kerja di KL boleh berulang alik dari Rembau naik komuter. Tapi sayang, ramai orang Rembau tak nak duduk Rembau, sedangkan nilai hartanah di Rembau ini semakin meningkat.

Rumah teres 2 tingkat di Rembau ketika ini hampir mencecah setengah juta ringgit. Bukan di Rembau saja, malahan di sepanjang stesen laluan landasan keretapi berkembar harga rumah pun semakin mahal, di Gemas, di Gemenceh.

Tapi orang kita tak sedar, mereka lebih gemar tinggal di ibu kota, di rumah pangsa yang sempit, yang bertingkat-tingkat tingginya, yang kemudahan lifnya adakalanya rosak. Separuh mungkin tiada pilihan untuk tinggal di rumah pangsa ini.

Tapi separuh ada pilihan, ada tanah di kampung.

Akhirnya yang membeli rumah-rumah di Rembau yang mencecah setengah juta ringgit ini, tak lama lagi mungkin RM1 juta ialah orang luar, bukan orang Rembau, bukan orang N.Sembilan.

Orang luar Rembau ini kemudian akan beli pula tanah-tanah ladang, tanah kebun, tanah getah, tanah kampung di Rembau.

Silap haribulan orang luar Rembau ini akan beli pula tanah adat apabila status tanah adat ini akan ditukar status ke tanah perumahan.

Akhirnya anak cucu orang Rembau yang tinggal di ibukota akan beli pula rumah pangsa yang akan didirikan di Rembau pada masa akan datang mungkin pada harga setengah juta ringgit kerana nak beli apartment di ibukota pada ketika itu mungkin harganya sampai RM2 juta atau lebih.

Ini semua boleh berlaku kerana Rembau dah ada stesen komuter, tak lama lagi keretapi elektrik akan lalu Rembau, keretapi laju pun akan lalu Rembau.

Tapi kita orang Rembau , orang beradat , tidak dapat nak selesaikan masalah tanah adat yang terbiar. Tidak dapat membangunkan tanah adat untuk dijadikan projek perumahan khusus untuk anak cucu orang Rembau.

“Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat”

Subjek Sejarah lebih penting dari Pendidikan Islam?


Bilakah agaknya subjek Pendidikan Islam akan jadi subjek wajib lulus SPM untuk calon SPM yang beragama Islam ketika negara dilanda dengan pelbagai serangan akidah dan ajaran sesat? Walhal dalam al Quran ada lebih banyak cerita sejarah dari subjek Sejarah itu sendiri.

Subjek Sejarah wajib lulus SPM

Kerajaan mengambil keputusan menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai subjek wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013 bagi mengatasi masalah pelajar yang kurang berpengetahuan sehingga menyalah tafsir fakta sejarah negara.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan berkata, melalui penghayatan sejarah negara, para pelajar dapat memahami keadaan masyarakat dan negara ini bagi mewujudkan semangat perpaduan, perasaan cinta kepada negara, seterusnya menjunjung kedaulatan negara.

REHLAH REMAJA




PASTI AL AIN , REMBAU



20131112

Ceramah Maal Hijrah 17 Nov 2013 Surau Alamanda


CERAMAH MAAL HIJRAH
Penceramah : Ustaz Khaidir bin Ngah
Tarikh : 17 Nov 2013, AHAD
Masa : 7.30 mlm, selepas solat Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir


20131111

Kuliah Penawar Hati 12 Nov 2013


KULIAH MAGHRIB
Tajuk : Penawar Hati
Penyampai kuliah : Al Fadhil Ustaz Haji Mohd Haidir bin Haji Mohd Isa
Tarikh : 12 November 2013, Selasa
Masa : 7.15 mlm, Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir