KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130727

Kaya tak semestinya senang, miskin tak semestinya susah


Orang yang bijak ialah mereka yang banyak mengingati mati. Orang yang kaya ialah mereka yang bertaqwa dan dijanjikan syurga. Syarikat kawalan keselamatan dan pengawal peribadi juga yang untung bila kes jenayah semakin meningkat di Malaysia

Usahawan kosmetik diugut bunuh melalui SMS
26 Julai 2013

Pengasas produk kosmetik D'Herbs Healthy Sdn. Bhd. (D'Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzaman tidak boleh tidur lena kerana dihantui kebimbangan ekoran diugut bunuh oleh seorang individu yang tidak dikenali sejak lapan bulan lalu. Usahawan kosmetik termuda di Malaysia itu mula menerima ugutan bunuh yang dihantar suspek melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sejak awal tahun ini dan terbaharu diterimanya pada 21 Julai lalu.

Aliff Syukri berkata, ugutan tersebut cukup membimbangkan kerana beliau mempunyai isteri dan anak- anak yang masih kecil, selain kes tembak oleh pembunuh upahan yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini.

Selain menghantar SMS ugutan bunuh, beliau berkata, rumah lamanya di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh pernah dua kali disamun dalam tempoh dua tahun lalu dan rumah yang baharu sahaja didiami selama lapan bulan di Kota Damansara turut nyaris dipecah masuk penjenayah baru-baru ini.

"Disebabkan insiden samun itu, saya telah menggaji pengawal untuk menjaga rumah dan pengawal peribadi untuk melindungi kami sekeluarga.



Tiada ulasan: