KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130202

Pemimpin yang perlu dicontohi


Dato Abdullah bin Hj Dahan telah dilantik sebagai Undang Rembau ke 18 dari 1922 hinga 1938. Beliau belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Pada tahun 1922 Dato Abdullah telah dilantik sebagai Undang Rembau menggantikan Dato Haji Sulong bin Ambia.

Dato Undang Rembau adalah orang yang berani, lantang dalam tahun 1920an dan 1930an, ketika tiada siapa yang berani bersuara terhadap orang Inggeris.

Penulisan British ada menyatakan beliau dilantik sebagai Undang Rembau pada usia 17 tahun dengan kebolehan yang luar biasa, bercita-cita tinggi, pintar dan mempunyai kesungguhan tinggi.

Perjuangan Dato Abdullah adalah melalui memorandum, petisyen rasmi dan dalam majlis persidangan.

Dato Abdullah adalah orang yang paling kuat melobi untuk ditubuhkan beberapa sekolah perdagangan dan institusi berbahasa Inggeris supaya lebih ramai anak Melayu dapat menjadi pentadbir yang baik serta menjawat jawatan professional.

Perubahan yang dilakukan oleh Dato Abdullah bukan sahaja di bidang pendidikan. Bahkan dia banyak membantu menubuhkan beberapa koperasi dan persatuan di Negeri Sembilan untuk membangunkan masyarakat Melayu ketika itu.

Dato Abdullah juga sentiasa menasihatkan orang-orang kampung agar meninggalkan amalan khurafat dan syirik yang dikaitkan dengan roh-roh setempat.

Dato Abdullah juga adalah antara orang yang menyuarakan penubuhan pasukan Askar Melayu. Usaha ini bermula semenjak tahun 1902 lagi.

Dalam tahun 1933 Almarhum DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Muhamad ibni Yam Tunku Antah, Almarhum DYMM Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar Shah, Almarhum Raja Di Hilir Perak, Raja Sir Chulan dan Almarhum Undang Rembau, Dato Abdullah bin Haji Dahan telah menyuarakan hasrat menubuhkan pasukan Askar Melayu.

Apabila Zaman Kemelesetan berlaku pada tahun 1929, pihak British memberhentikan ramai pekerja, Dato Abdullah memberi amaran kepada British, jangan sentuh pekerja Melayu. Dari cadangan tersebut pendatang asing harus dibuang kerja terlebih dahulu.

KEPERIBADIAN DAN JASA-JASA DATO ABDULLAH

Beliau adakalanya berjalan kaki ke balai Undang dari rumah beliau di Chembong sejauh 2 km, beliau sampai awal pagi ke pejabat sebelum pekerja lain sampai.

Beliau suka melihat susunan pejabat yang kemas, rapi dan teratur.

Beliau menyuarakan supaya Adat Perpatih dibukukan dan demi kepentingan rakyat Rembau pemilihan Dato Lembaga itu hendaklah dari kalangan yang terbaik, berilmu dan bertanggungjawab.

Beliau menyarankan agar kehadiran kanak-kanak perempuan ke sekolah diwajibkan, sebuah sekolah perempuan Melayu dibina di Kg Tanjung pada tahun 1923.

Kemudioan Sekolah Perempuan Kg Chembong ditubuhkan pada tahun 1933.

Sekolah pertukangan (trade school) didirikan berhampiran pekan Rembau pada tahun 1933 atas inisiatif beliau.

Pada tahun 1920 beliau menubuhkan tabung untuk perbelanjaan melanjutkan pelajaran untuk anak Rembau ke institut pengajian tinggi yang dikenalil sebagai Waris Fund.

Pada tahun 1932 beliau menulis panjang lebar mengenai Syarikat Kerjasama, Tujuan dan Kewajipan Syarikat, Cara Mentadbir dan membangunkannya serta Harta-harta Syarikat dan Hak-hak Ahli.

Beliau mencari peruntukan membina masjid Kg Chembong 1928

Beliau mendesak mutu pelajaran Inggeris di sekolah seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Sekolah King George V harus ditingkatkan

Beliau menyuarakan ketidakseimbangan antara bilangan anak-anak atau saudara mara pembesar, raja dan waris negeri yang diberi peluang belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar

Beliau mencadangkan agar seorang guru Melayu fasih berbahasa Melayu dan Inggeris mengajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar supaya murid-murid di Kolej itu dapat pengajaran bahasa Melayu yang bermutu tinggi.

Dato Abdullah mahukan agar murid-murid Melayu di Sekolah King George V Seremban diberi peluang memasuki kelas Junior Cambridge dan seterusnya mengambil peperiksaan Junior Cambridge.

Dato Abdullah menyarankan kerajaan perlu memberi bantuan dari segala segi kepada orang Melayu memandangkan kemunduran ekonomi pertanian orang-orang Melayu. Salah satu dari bantuan yang diberi harus berupa pembinaan taliair yang sesuai.

Syarikat kerjasama harus didirikan untuk menghindar kemasukan peminjam-peminjam wang yang dianggap membahayakan ekonomi orang-orang Melayu di kampung.

Mencadangkan mewujudkan Tanah Simpanan Melayu untuk melindungi tanah orang Melayu yang telah banyak jatuh ke tangan bangsa asing.

Dalam tahun 1927, merayu agar kerajaan menambah jumlah Tanah Simpanan Melayu hingga boleh menguruskan perjalanan estes-estet yang lebih luas (konsep tanah rancangan FELDA).

Mendesak lebih ramai pegawai Melayu dimasukkan ke semua Jabatan Kerajaan seperti Perbendaharaan, Perdagangan, Kastam dan Jabatan Kehutanan.

Cuba merubah kedudukan Dato-Dato Lembaga dengan menjadikan mereka yang berpendidikan dan berperibadi tinggi , penghulu mukim.

Menasihat Dato-Dato Lembaga supaya merubah sikap mementingkan diri serta rasuah. Kalau tidak juga mahu berubah, beliau mencadangkan Dato-Dato Lembaga itu meletakkan jawatan sahaja.

Mendapat persetujuan Dato-Dato Lembaga agar harta carian dibahagi mengikut Islam.

Semasa menasihati Dato-Dato Lembaga, bercadang menghapuskan sistem suku di Rembau seandainya Dato-Dato yang korup itu tidak mahu mengubah pendirian.

Tiada ulasan: