KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20131216

Program Bantuan Jom Ke Sekolah




Dengan peningkatan kos sara hidup dan kenaikan harga barangan, sebuah perkumpulan yang diberi nama “Anak Muda Islam Rembau – AMIR” telah melancarkan Program Bantuan Jom Ke Sekolah untuk membantu meringankan sedikit beban para pelajar sekolah rendah dan menengah dari golongan miskin dan kurang berkemampuan yang akan masuk ke sesi persekolahan tahun 2014 nanti.

Kepada mereka yang ingin menyumbang, antara bentuk sumbangan yang boleh disalurkan ialah :
1. Pakaian sekolah terpakai yang masih elok, bersih dan digosok atau dilipat dengan kemas.
2. Pakaian sekolah yang baru.
3. Kasut sekolah terpakai yang masih elok serta bersih.
4. Beg sekolah terpakai yang masih elok serta bersih atau beg sekolah yang baru.

Untuk sumbangan atau sebarang pertanyaan sila hubungi :
- Farhan 013-6608271
- Aliff 013-9756083
- Ikhwan 013-6350756

Malaysia vs Iran vs China




China menjelajah bulan dengan teknologi mereka sendiri, Iran menghantar monyet ke angkasa dengan roket mereka sendiri. Malaysia akan menghantar angkasawan kedua dengan menumpang roket Rusia.

“Wahai sekalian jin dan manusia. Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi, maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan.” (Ar-Rahman 33)

Program angkasawan kedua akan diteruskan

12 Dis 2013 PUTRAJAYA: Program misi menghantar angkasawan kedua ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) untuk melakukan penyelidikan saintifik akan diteruskan dan tarikhnya akan diumumkan pada masa yang sesuai kelak. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Ewon Ebin berkata, misi angkasa lepas kedua itu mendapat kerjasama Rusia, Jepun dan beberapa negara lain.

Monyet sertai roket Iran ke angkasa selamat mendarat di bumi

15 Dis 2013 TEHERAN - Seekor monyet yang diberi nama Fargam selamat mendarat di bumi hari ini, selepas dihantar ke angkasa dalam pelancaran roket kedua tahun ini untuk program balistik kontroversi oleh kerajaan Iran. Presiden Iran, Hassan Rohani mengucapkan tahniah kepada para saintis menerusi mesej daripada agensi berita rasmi IRNA.

Robot Luar Angkasa China Jelajahi Bulan

15 Dis 2013 KENDARAAN robot milik China mulai menjelajahi permukaan bulan, beberapa jam setelah China menjadi negara ketiga yang berhasil mendaratkan pesawat ruang angkasanya di bulan. Robot penjelajah beroda enam itu diturunkan dari wahana tersebut di dataran vulkanik berdiameter 400 km yang sering disebut Teluk Pelangi.


Fenomena Astronomi


Sihir, ajaran sesat musuh No 1 orang Melayu


Berapa ramai pengamal sihir dan berapa ramai yang menjadi pelanggan sihir di Malaysia pada ketika ini? Adakah KDN dan JAKIM mempunyai statistik tersebut? Masih terlalu ramai orang Melayu yang mengamalkan sihir, buktinya beli saja akhbar Melayu, pasti ada cerita pasal sihir. Sihir dalam perniagaan, sihir dalam rumahtangga, sihir dalam politik, sihir dalam perjudian dan sebagainya.

Banteras ajaran sesat sama penting jenayah berat
15 Disember 2013

PETALING JAYA – Usaha membanteras penyebaran ajaran sesat dan fahaman Syiah di negara ini adalah sama penting dengan mencegah kegiatan jenayah berat serta terancang kerana ia bukan sahaja boleh menjejaskan keharmonian masyarakat bahkan mengancam keselamatan negara.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata cadangan untuk menubuhkan sebuah pasukan polis khas atau ‘polis syariah’ bagi membanteras ajaran sesat itu amat bertepatan pada masanya bagi memperkasa pasukan penguatkuasaan di jabatan-jabatan agama Islam.

'AHLI SIHIR KE TALI GANTUNG'

Pada 28 hingga 30 April 2013, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Pejabat Penasihat Undang-Undang dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang telah mengadakan Muzakarah bagi membincangkan Kajian Undang-Undang Sihir di Hotel Eastin, Petaling Jaya, Selangor.

Ahli Muzakarah bersetuju dengan resolusi untuk mewujud satu undang-undang khusus mengenai jenayah sihir. Sehubungan itu satu pasukan kajian yang diketuai oleh Dr. Mahyuddin bin Ismail, Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Pahang yang juga merupakan penulis buku “ Ahli Sihir ke Tali Gantung” dibentuk sebelum kertas kajian tersebut dibentang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak Dan Sivil.

20131215

Bala wabak denggi sudah tidak terkawal


Saya mendapat maklumat dari Jabatan Kesihatan ada taman perumahan di Seremban sekarang ini sudah menjadi kawasan wabak denggi tidak terkawal. Marilah kita bertaubat, banyakkan istighfar, penuhkan masjid dan surau di taman perumahan kita dengan solat jemaah dan majlis ilmu.

Jangan cabar ALLAH


Saya semakin takut dengan ALLAH apabila ada kenyataan-kenyataan para pemimpin yang begitu yakin akan keadaan di Malaysia tanpa berserah kepada ALLAH dan kalau pemimpin Islam keluar kenyataan jarang kita dengan ucapan InsyaALLAH. Tidak sampai sehari kenyataan tiada pekerja asing merusuh, dengan takdir ALLAH ianya berlaku. Marilah kita banyakkan bertaubat dan beristighfar, jom kita serbu masjid untuk solat jemaah dan mendengar majlis ilmu serta ceramah.

Tiada pekerja asing tiru tindakan merusuh

KUCHING 14 Dis. - Kerajaan yakin tiada pekerja asing di negara ini berani meniru tindakan merusuh seperti berlaku di Little India, Singapura baru-baru ini. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, pihaknya berpuas hati dengan peranan dan aktiviti pekerja asing di negara ini.


Pekerja ladang serang pasukan polis
15 Dis 2013

Betong: Sekumpulan pekerja warga asing menyerang sepasukan polis menggunakan parang dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit, kira-kira jam 4 petang tadi.

Menurut sumber, polis datang ke ladang itu untuk memberi bantuan selepas mendapat maklumat ada pekerja asing mengamuk, tetapi sebaik tiba mereka menyerang polis.

Bagaimanapun, dipercayai dalam kejadian itu, seorang polis dari balai berkenaan dipercayai tertembak mati seorang pekerja warga asing untuk mempertahankan diri.

Difahamkan, ketika ini pekerja asing terbabit dan beberapa rakannya merancang untuk menyerang Balai Polis Pusa bagi meminta penjelasan mengenai kejadian itu.

Difahamkan, sepasukan polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) digerakkan ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Law Hong Soon ketika dihubungi berkata, maklumat lengkap masih belum diperoleh dan masih menunggu gambaran sebenar kejadian sebelum membuat sebarang kenyataan.

80 peratus Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak solat !



Bagaimana kita hendak membanteras fahaman Syiah kalau 80 peratus Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia tidak sembahyang yang wajib, perkara paling asas dalam Islam? Bagaimana kita hendak membanteras fahaman Syiah dengan kahwin mutaahnya kalau hantaran untuk gadis Melayu Ahli Sunnah Wal Jamaah yang baru tamat IPT dan belum bekerja sampai RM 20,000.00 ?

SOLAT LIMA WAKTU - 80 PERATUS TIDAK MENGERJAKANNYA

SOLAT atau sembahyang merupakan ibadat yang amat penting bagi setiap Muslim yang mukalaf kerana ia adalah fardu ain.

Pun begitu, pakar motivasi dan penceramah bebas terkemuka, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, mendedahkan 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari.

20131214

Bala lagi, kes bunuh diri, sakit mental di kalangan orang Melayu meningkat


Ini lagi satu bala, sakit mental, amuk dan bunuh diri yang makin meningkat hinggakan ke pelajar sekolah. Sebelum kita buat kajian dan sebagainya, kembalilah pada Islam sepenuhnya, pastikan semua pelajar Islam solat fardu di sekolah. Pastikan semua pelajar Islam solat subuh, kerana ada pelajar Melayu tunggu bas sebelum masuk subuh, sampai sekolah selepas habis subuh. Ada juga pelajar Melayu lelaki tunggu bas sebelum waktu solat Jumaat dan sampai sekolah selepas habis solat Jumaat. Bila masa pelajar Melayu kita solat kalau habis masa dalam bas? Kita ni Ahli Sunnah Wal Jamaah, perlu ambil berat bab solat ni !

Kajian mendapati 11.3 peratus rakyat atau 3.3 juta orang rakyat Malaysia sakit mental dengan 50,000 kes cuba bunuh diri setahun dengan hanya 233 pakar sakit jiwa seluruh Malaysia, ulasan lanjut di http://waghih.blogspot.com/2010/11/negara-amat-perlukan-lebih-banyak.html

SARINGAN SAKIT MENTAL
14 Dis 2013

Putrajaya: Kementerian Kesihatan akan melaksanakan saringan kesihatan mental terhadap semua pelajar tingkatan dua hingga empat bagi mengenal pasti mereka yang mempunyai risiko menghidap masalah mental.

Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, saringan berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan akan dilakukan di semua sekolah menengah bermula tahun depan.

“Melalui saringan ini, pelajar dikehendaki menjawab beberapa soalan yang diberikan di mana protokal saringan ini diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Langkah ini dapat memberi peluang kepada kita untuk mengenal pasti pelajar yang mempunyai risiko paling tinggi menghidap masalah mental sekali gus mengambil tindakan sepatutnya untuk membantu mereka,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental di sini, semalam.

Pada masa sama, Dr Subramaniam berkata, guru kaunselor akan diberi latihan lebih menyeluruh dalam usaha meningkatkan kemahiran dan kepakaran mereka menjalankan tugas dengan berkesan di sekolah.

Bala denggi makin parah, mari kita bertaubat dan beristighfar



Nampaknya pola demam denggi semakin parah dan meningkat. Marilah kita bertaubat, banyakkan beristighfar, penuhkan masjid dan surau di tempat kita dengan solat jemaah dan majlis ilmu. Kemudian baru kita pastikan rumah kita, longkang kita, kenderaan kita, tempat kerja kita sentiasa bersih.

Lima kematian akibat denggi minggu lalu
13 Disember 2013

Tiga kematian akibat denggi dilaporkan di Sabah dan dua di Selangor minggu lepas menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 79 orang tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, kematian itu melibatkan tiga wanita dan dua lelaki berusia antara 16 dan 61 tahun dalam tempoh 1 hingga 7 Disember lepas.

Selain itu, katanya sebanyak 1,677 kes demam denggi dilaporkan minggu lepas dengan lapan negeri menunjukkan peningkatan.

"Jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan dari 1 Jan hingga 7 Disember 2013 ialah sebanyak 37,698 kes berbanding hanya 20,387 kes yang dilaporkan bagi tempoh sama tahun lepas, yang meningkat 84.9 peratus atau 17,311 kes," katanya.

20131213

Apa hukum orang Islam sambut Hari Krismas?


Adakah orang Melayu yang mengagumi hari kebesaran agama Kristian dikira sebagai sebagai penganut agama Kristian? Harap JAKIM dan KDN dapat memberikan penjelasan, memandangkan isu Kristian dan penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian adalah isu yang amat sensitif di Malaysia pada ketika ini.

Tahukah kita ada sesetengah mazhab sendiri dalam Kristian tidak sambut Krismas pada 25 Disember sebagai hari kelahiran Nabi Isa as.? Ini saya ketahui apabila rakan sekerja saya yang beragama Kristian tidak sambut Krismas pada 25 Disember.

Teknologi logam aloi Iskandar Zulkarnain diwarisi orang Minangkabau?


Di dalam al Quran ada kisah Zulkarnain, seorang raja yang soleh yang amat mahir dalam ilmu peperangan dan pembuatan senjata yang telah mengurung kaum Yakjuj dan Makjuj dengan izin Allah. Zulkarnain telah mencipta aloi yang amat kuat yang hingga kini saintis belum dapat menjumpai formulanya. Aloi besi dan tembaga adalah aloi metastabil, iaitu dua logam ini tidak boleh bercampur pada keadaan biasa.

Aloi ini hanya boleh dihasilkan pada ketinggian aras laut yang tertentu pada suhu yang tertentu dan suhu panas besi yang tertentu dan suhu tembaga yang tertentu, kerana tahap lebur tembaga adalah jauh lebih rendah dari tahap lebur besi.

Aloi tembaga besi yang dihasilkan Zulkarnain ini jika dapat dijumpai formulanya pada waktu ini akan menjadi idaman pembuat kereta kebal. Ini adalah kerana pembuat kereta kebal pada ketika ini pening kepala kerana besi kereta kebal boleh dengan mudah ditembusi oleh peluru RPG atau bom IED.

Mitos mengatakan Zulkarnain mempunya 3 orang putera, seorang memerintah di Syria, seorang di Pagaruyung (Minangkabau) seorang lagi di Jepun. Ketiga-tiga tempat ini mempunyai ilmu pembuatan senjata yang tinggi yang menggunakan teknologi nano dalam menghasilkan pedang dan keris juga senjata api “matchlock” iaitu “Damascus Steel”.

Kedatangan penjajah barat ke Tanah Melayu dan Nusantara sebenarnya adalah untuk mencuri teknologi ini bukannya mencari rempah, menurut setengah pendapat.

Betapa kita lupa sejarah, sampaikan orang Rembau sendiri tak tahu keturunan mereka berkemungkinan mempunyai teknologi dari Zulkarnain.

Sesungguhnya Zulkarnain seorang raja yang soleh, pintar dan hebat. Tapi lebih hebat dan pintar ialah pencipta Zulkarnain, iaitu Allah Yang Maha Esa.

**************
Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya":
(Al-Kahfi 18:83)

Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.

Mereka berkata: "wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?"

Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.

Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat-alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya".

Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.
(Al-Kahfi 18: 93-97)

20131212

Rembau terkenal dengan senjata paling hebat di dunia satu ketika dulu




Rembau terkenal dengan Golok Rembau atau Keris Rembau sebelum zaman kesultanan Melaka lagi. Satu sejarah yang tidak pernah diketengahkan atau dikaji oleh mana-mana pihak. Keris Rembau yang hebat ini menggunakan teknologi nano seumpama pembuatan “Damascus steel” seperti pedang Sultan Salahuddin Al Ayubi , sejenis besi yang begitu kuat tetapi boleh dilentur seperti plastik, mampu memotong besi lain dan mampu membelah kain sutera dan bulu pelepah burung.

Sesiapa yang ada bahan berkaitan teknologi pembuatan Keris Rembau atau Pisau Rembau atau Golok Rembau yang tidak pernah dikaji ini harap maklumkan kepada saya.

(Anak-anak dan adik-adik yang di bangku sekolah dan di IPT, jangan bosan menuntut ilmu, terutama mengaji dan mentadabbur al Quran)

“I have seen some beautiful specimens of this weapon in Rumbowe (Rembau), worn by the chiefs of that state. The blades resembled that of a long, keen poniard of Damascus steel; the handles of ebony, covered with flowered gold, and sheaths richly ornamented with the same metal; they are used in the execution of criminals.
Source: Walter William Skeat. MALAY MAGIC: An Introduction To The Folklore and Popular Religion Of The Malay Peninsular. London: MacMillan & Co. Ltd. 1900.

Golok Rembau : sejenis senjata yg matanya diasah melengkung (penumbuk lada)

Basically there are five types of keris namely the keris :
1. from the Northern States of Peninsular Malaysia and Patani
2. from Rembau
3. the Javanese Keris
4. the Bugis Keris
5. the Sumatran Keris.

Pisau Rembau yang berkualiti tinggi mestilah mempunyai 4 syarat ketandaannya :
- Butir Padi dibelakangnya
- Ada Perut ditengahnya, Ada Besi Lipat
- Ada Tapak Gajah
- Ada 'Cobang'.

The arms manufactured by the Bugis are in great repute among the Malays ; also those made at Menangkabowe, particularly the matchlocks and swords ; and those of Rumbowe in the Peninsula. Rumbowe is celebrated for a particular sort of kris, called " Guloh Rumbowe." The Malays of Malacca ascribe the introduc tion of the kris to the celebrated Hong Tuah, who flourished in the reign of Mansur Shah, Sultan of  " At Menancabo excellent poniards made, called creeses ; best weapons of all the Orient." (Argensola, 1609.)

Damascus steel was a type of steel used in Middle Eastern swordmaking. Damascus steel was created from wootz steel, a steel developed in India around 300 BC.  These swords are characterized by distinctive patterns of banding and mottling reminiscent of flowing water. Such blades were reputed to be tough, resistant to shattering and capable of being honed to a sharp, resilient edge.



Dapatkah isteri bantu suami di akhirat nanti?


Dapatkah isteri kita yang tersayang menyelamatkan kita di akhirat nanti sekiranya isteri kita tidak menutup aurat dengan sempurna di dunia ini?

20131211

Bala demam denggi, jom kita banyakkan istighfar


Macam-macam musibah, macam-macam bala yang melanda negara ketika ini. Dari banjirnya, demam dengginya, Influenza Anya, kencing tikusnya, buang bayinya dan macam-macam lagi. Semakin dilaporkan di dada akhbar, semakin laku akhbar, namun bala dan musibah tersebut semakin bertambah.

Dengan adanya pelbagai bala dan musibah ini marilah kita banyakkan istighfar dan bertaubat. Istighfar yang benar-benar istighfar dari lidah menusuk ke hati. Setelah kita beristighfar dan bertaubat marilah kita meriahkan, makmurkan masjid dengan solat jemaah dan menghadiri majlis ilmu, ceramah dan kuliah di masjid.

Setelah kita lakukan semua tadi, pastikan persekitaran kita sentiasa bersih. Sebelum kita buat gotong royong di tempat lain, buat gotong royong di rumah kita dulu, kenderaan kita, pejabat kita.

Kita ini hanyalah hamba ALLAH yang bangang, bodoh, lemah, jahil jika tidak kerana akal yang ALLAH berikan pada kita, janganlah kita meninggi diri sesama kita apatah lagi kepada ALLAH.

Hanya mereka yang bertaqwa yang ada nilai di sisi ALLAH.

20131210

Ceramah Umum 14 Dis 2013 di Surau Alamanda


CERAMAH UMUM
Tajuk : Adab Berjiran dan Bermasyarakat
Tarikh : 14 Dis 2013
Masa : 7.30 mlm , selepas solat Maghrib
Penceramah : Ustaz Mohammad bin Kasim - Unit Halal , Bahagian Penyelidikan , Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N.Sembilan
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang http://suraualamanda.blogspot.com
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Terimakasih kerana sudi membantu


20131209

Semua jenazah Islam di Malaysia diuruskan oleh bukan Islam


Dalam siri ceramah oleh Ustaz Mayat (Ustaz Amir Muttakin Hj Abd Ghani Al Hafiz di Seremban pada 7 Dis 2013 ) yang banyak menguruskan jenazah di Lembah Klang, beliau menceritakan kesedihan beliau bagaimana urusan jenazah orang Islam seluruh Malaysia ketika ini, sebahagiannya diuruskan oleh sebuah pertubuhan bukan Islam.

Menurut Ustaz Amir, kapur barus adalah antara bahan terpenting untuk memandikan jenazah. Tapi ramai yang tidak tahu, di Malaysia ini ada 2 pusat penjualan kapur barus ini yang dimiliki oleh orang bukan Islam iaitu di KL dan Klang.

Oleh itu Ustaz Amir berharap agar usahawan Islam, usahawan Melayu, GLC Melayu, Majlis Agama Islam , JAKIM dan sebagainya memikirkan bagaimana urusan jenazah orang Islam di Malaysia ini diuruskan sepenuhnya bahan-bahannya oleh orang Islam sendiri.

Memikirkan bagaimana untuk mengimpot terus kapur barus ini dari luar negara dan diproses dalam negara untuk diagihkan kepada para pengurus jenazah seluruh Malaysia.

Van jenazah perlu bayar tol rupanya


Antara yang diperjuangkan oleh Ustaz Mayat (Ustaz Amir Muttakin Hj Abd Ghani Al Hafiz) ialah agar van-van jenazah tidak perlu membayar tol apabila dalam perjalanan pergi atau balik menghantar jenazah. Ustaz Amir sebelum ini telah menulis surat kepada 3 orang menteri yang berkaitan meminta agar kerajaan mempertimbangkan agar van-van jenazah tidak dikenakan tol.

Antara jawapan menteri yang diterima ialah mantan menteri beragama Islam dari Negeri Sembilan yang mengatakan jika diberi pelepasan tol kepada van-van jenazah ini, dibimbangi van-van jenazah ini disalahgunakan.

Ustaz Amir amat kecewa dengan jawapan menteri tersebut kerana kenderaan dan kapalterbang kerajaan mungkin disalahgunakan, tapi siapa yang sanggup untuk salah gunakan van jenazah untuk bersiar-siar dengan keluarga atau keperluan lain?

Adalah diharapkan pemimpin Islam dan pemimpin Melayu pada ketika ini mempertimbangkan untuk memberi pelepasan tol kepada van-van jenazah termasuk van-van jenazah bukan Islam.

20131208

Program Bahasa Arab Mudah 13 ke 15 Dis 2013 di Rembau


PROGRAM BAHASA ARAB MUDAH
Tarikh : 13,14 dan 15 Dis 2013 (Jumaat ke Ahad)
Tempat : Dewan Kuliah Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim, Rembau
Bersama Ustaz Zulkarnain bin Itam, GPK Maahad Ahmadi Gemencheh, Pemenang Anugerah Guru Inovasi Pengajaran Bahasa Al-Quran N.Sembilan.

Hari dan Masa :
13 Dis, Jumaat : 2.30 ptg - 6.30 petang
14 Dis, Sabtu : 8.30 pagi - 6.30 petang
15 Dis, Ahad : 8.30 pagi - 4.30 petang
(Modul Kursus selama 16 jam )

Yuran : RM 30
Jumlah Peserta : Terhad 70 orang peserta

Untuk pendaftaran sila hubungi Al Fadhil Ustaz Mohd Khairuddin bin Yusoff 012-3752240

Maklumat lanjut

20131205

Soalan yang sering tertanya-tanya bila ke masjid



Antara persoalan yang sering kita ragu-ragu apabila kita ke masjid ialah ;

1. Kalau kita ke masjid , waktu tu kuliah/ceramah sedang berlangsung dalam masjid. Adakah kita perlu terus duduk dengar kuliah/ceramah atau sembahyang tahiyatul masjid dulu?

2. Kalau kita ke masjid azan sedang berkumandang. Selepas azan adakah kita sembahyang tahiyatul masjid dulu atau terus sembahyang sunat qabliah?

20131204

Kuliah Ustaz Dato Arshad 6 Dis 2013


KULIAH HADITH 40
Bersama Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad
Tarikh : 6 Disember 2013, Jumaat
Masa : 7.20 mlm, selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir


20131202

Susahnya nak hidup sunnah Nabi di akhir zaman


Inilah antara sunnah-sunnah Nabi saw yang begitu sukar untuk diamalkan di akhir zaman ini. Apatah lagi bila kita diuji dengan sedikit kesakitan, keuzuran, demam, hujan dan sebagainya. Bersyukurlah kita banyak-banyak sementara badan kita masih sihat, tiada kecacatan, kereta yang elok untuk digunakan sepenuhnya solat berjemaah di masjid. Biarlah badan kita, kereta kita, motosikal kita menjadi saksi di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Tiada solat yang paling berat bagi orang munafik adalah Isyak dan Subuh. Seandainya mereka mengetahui pahala di sebalik solat Isyak dan Subuh dengan berjemaah, tentu mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

20131201

ALLAH cipta bakteria selamatkan tumpahan minyak


Dikala manusia bingung untuk memulihkan laut yang begitu teruk tercemar akibat tumpahan minyak di Teluk Mexico. Tiba-tiba wujud satu bakteria baru, yang memakan sisa-sisa tumpahan minyak ini sedikit demi sedikit. Para saintis kata bakteria ini wujud secara semulajadi. Kita orang Islam wajib percaya bakteria ini ALLAH yang cipta. Apakah lalat, semut, cacing juga wujud secara semulajadi?

Bakteria yang memakan minyak di Teluk Mexico ini membiak dengan begitu pantas serta memakan dengan begitu cepat dan banyak tumpahan minyak berbanding bakteria di tempat lain.

Sayang, kita masih tidak menjunjung tinggi al Quran, memandang ilmu lain, hukum lain, novel lain, lebih baik dari yang terdapat dalam al Quran.

Dan Ia menjadikan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Nahl 16:8)

Dan tidak akan hilang lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata. (Yunus 10:61)

STUDY: OIL-EATING BACTERIA MITIGATED DEEPWATER HORIZON OIL SPILL
April 8, 2013
Oil-eating bacteria that are abundant in the Gulf of Mexico may have prevented the 2010 Deepwater Horizon spill from being more catastrophic, according to new research discussed Monday.
According to some estimates, the spill pumped nearly 5 million barrels of oil into the Gulf of Mexico over the course of nearly three months, but within several weeks of being plugged, many areas of the Gulf were oil free. According to University of Tennessee researcher Terry Hazen, the Gulf has a "greater-than-believed" ability to clean itself up after an oil spill. He presented his research Monday at the American Chemical Society's national meeting in New Orleans.

The Gulf has a broad base of natural bacteria, and they respond to the presence of oil by multiplying quite rapidly."

The Gulf has such plentiful oil-eating bacteria because of natural seeps that occur—each year, as many as 1.4 million barrels of oil enter the gulf from the Earth's crust. Over the years, bacteria have evolved to consume certain oil components. After the spill, Hazen says there was a boom in the oil-eating bacteria population.

Though oil-eating bacteria have been found in other oceans, the Gulf's bacteria seem to degrade oil faster than other species.