KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130209

Rembau ada Perlembagaan sebelum wujudnya Malaysia



Mungkin ramai yang tidak tahu terutamanya orang Negeri Sembilan, lebih-lebih lagi orang Rembau, bahawa Rembau setelah kejatuhan Melaka adalah merupakan sebuah kerajaan dan mempunyai perlembagaannya yang tersendiri lebih dahulu dari adanya perlembagaan Malaysia. Buku bertajuk “Rembau, Sejarah dan Perlembagaan” ini telah diterbitkan pada tahun 1953 oleh Cikgu Abbas. Rupa-rupanya Cikgu Abbas ini ialah ayah kepada Dato Kamarul Baharin Abbas, Pengerusi PKR Negeri Sembilan.

Malam tadi saya berbual dengan “Indiana Jones” Malaysia di Umai Kopitiam Dataran Senawang 2, berkisarkan betapa banyaknya Negeri Sembilan ini terutamanya di Rembau mempunyai khazanah sejarah dan harta karun. Saya kata hasil bumi, emas, minyak, harta karun ni belum lagi keluar dari bumi N.Sembilan kerana belum sampai masanya, insyaAllah apabila negeri ini makmur, masjid-masjidnya hidup, umat Islamnya rata-rata menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, akan keluarlah segala hasil mahsul tersebut.

Seperkara lagi N.Sembilan jauh ketinggalan berbanding negeri lain dalam pemuliharaan tempat bersejarah ialah N.Sembilan tidak mempunyai Enakmen Warisan yang khusus untuk pemuliharaan tempat bersejarah. Mudah saja untuk mewujudkan enakmen ini, ianya haruslah di bawa ke mesyuarat Exco, kemudian perlu diluluskan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri.

Cubalah kita rakyat N.Sembilan tengok Sidang Dewan Undangan Negeri, adakah wakil rakyat kita serius membicarakan isu Adat, Sejarah dan Perlembagaan. Atau wakil rakyat kita pun hanya sekadar Menang Sorak , Kampung Tergadai.

REMBAU, SEJARAH DAN PERLEMBAGAAN: PERLUNYA EDISI RUMI
18 Okt 2012 

Buku ini, Rembau, Sejarah dan perlembagaan (terbitan 1953) ditulis dalam Jawi. Ia diterjemah, dipinda dan dpadankan oleh Abbas bin Haji Ali, Guru Kanan di Sekolah Menengah King George V, Seremban. Cikgu Abbas berasal dari Chengkau, Negeri Sembilan. Buku ini dipadankan daripada karangan C.W.C Parr dan W.H. Mackerry yang tersiar dalam jurnal "Straits Branch Roral Asiatic Society, Bilangan 56," Disember tahun 1910 dan dikeluarkan oleh Jabatan Undang Dan Perlembagaan Adat dan Istiadat Melayu Rembau.

Buku ini menggambarkan sejarah pentadbiran dan sistem Adat Perpatih di Rembau. Tujuan buku ini diterbitkan semula dalam versi Rumi adalah untuk melihat konsep, falsafah dan pelaksanaan adat ini dengan segala keunikan dan keistimewaannya.

Juga buku ini ingin menunjukkan kepada masyarakat umum, terutama golongan muda dari negeri beradat itu bahawa adat yang dibawa dari Tanah Minangkabau (Sumatera Barat) sejak 350 tahun dahulu begitu serasi dan berjaya meningkatkan tahak tamadun penduduk Rembau, khususnya dan Negeri Sembilan amnya. Sejarah yang dipaparkan dalam buku ini mengikat erat hbungan antara penduduk Rembau dengan masyarakat zaman lampau yang berpusat di Melaka dan kemudian berhijrah ke Johor.

Buku ini juga meninjau bagaimana negeri ini telah maju dan mempunyai peradaban dan kebudayaan , semenjak runtuhnya Kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511.

Menurut pengkaji adat perpatih, Norhalim Bin Haji Ibrahim Adat Perpatih yang berasal dari Minangkabau itu disesuaikan dengan adat dan peraturan tempatan.

Buku ini asalnya diterbitkan dalam rulisan Jawi. Tujuan penterjemah yang diwakili warisnya meminta buku ini diterbitkan semula dalam versi Rumi untuk mengelak daripada tuduhan bahawa adat itu kononnya tidak relevan dan bersalahan dengan hukum syarak zaman ini.

Dalam Kata Pengantarnya, Cikgu Abbas menulis, “Pada masa yang akhir ini, didapati selalu benar menjadi perbincangan di dalam surat-surat khabar tempatan dengan berbagai fikiran dan tuduhan didatangkan oleh penulis-penulisnya, mengatakan pada beberapa perkara, maka adat ini adalah kononnya telah tidak bersesussian lagi dengan zaman sekarang.” (CatatanA.F.Yassin).


Ulama Rembau

Haji Mohd Yatim Bin Zainal Abidin ( 1903 – 1979)

Allahyarham Haji Mohd Yatim Bin Zainal Abidin dilahirkan dalam tahun 1903 bersamaan 1320 Hijrah di Kampung Tanah Datar, Kota dalam Daerah Rembau. Bapanya dari suku Tanah Datar dan manakala ibunya orang Biduanda. Beliau anak pertama dari dua adik beradik.

Haji Mohd Yatim mula mendapatkan pendidikan di Sekolah Melayu Kota sehingga Darjah Empat. Bapanya menyimpan hasrat supaya anak lelakinya itu menjadi orang alim dalam agama. Lalu beliau menghantar Allahyarham mengaji agama di pondok- pondok dalam Negeri Kedah dan Kelantan ketika usianya menjangkau 20an.

Mengikut riwayatnya, beliau pernah berguru dengan Allahyarham Tok Kenali tokoh ulama terbilang dari Kelantan. Sekembalinya ke kampung halaman, beliau bertemu jodoh dengan Hajjah Aminah Binti Haji Tahadan ketika usianya telah 32 tahun. Mereka dikurniakan anak lelaki dalam tahun 1936.

Sekembalinya dari Mekah, Allahyarham terus menggunakan ilmu yang telah dipelajari untuk berbakti. Beliau telah menubuhkan sebuah sekolah pondok di kampungnya di Ulu Gadong. Selepas dua tiga tahun membuka pondoknya, Allahyarham Haji Mohd Yatim prihatin dengan kedhaifan anak-anak yatim dan miskin untuk mendapat pengajian agama. Dengan tekad dan sokongan penduduk-penduduk kampungnya, mereka akhirnya mendirikan Madrasah Itthihadiah Ulu Gadong dan sebuah asrama untuk dihuni oleh anak-anak yatim dan miskin secara percuma. Al

Mungkin kerana kegigihan dan kealimannya maka Dato' Haji Ipap bin Haji Abdullah, Undang Luak Rembau ketika itu telah melantik Allahyarham menjadi Kadhi Daerah Rembau bagi tahun 1954 hingga 1968.

1 Comments:

Blogger afyassin said...

Setahu kami ayah Tuan Haji Mohd. Yatim, iaitu Tuan Haji Zainal Abidin. Nama penuh Haji Zainal Abidin ialah Haji Zainal Abidin bin Lamit. Beliau adalah orang suku Biduanda Gadong. Adiknya (perempuan) bernama Lamah bte Lamit.

Lamah ini adalah mentua kepada Cikgu Abbas Bin Ali, guru sekolah King George Ke-V, Seremban. Cikgu Abbas ini pernah menterjemahkan buku sejarah Rembau karangan Parr dan Mckerry (kalau tak silap) ke dalam bahasa Melayu yang diberi tajuk "Rembau: Perlembagaan dan Adat Istiadatnya."


Rembau, Sejarah Dan Perlembagaan (Edisi Jawi)
REMBAU, SEJARAH DAN PERLEMBAGAAN
Nama : Rembau, Sejarah dan Perlembagaan
Terjemahan & Padanan : Abbas Bin Haji Ali
Tahun terbit : 1953 (Edisi Jawi)

Buku ini diterjemah, dipinda dan dpadankan oleh Abbas bin Haji Ali, Guru Kanan di sekolah menengah King George V, Seremban. Cikgu Abbas berasal dari Chengkau, Negeri Sembilan. Buku ini dipadankan daripada karangan C.W.C Parr dan W.H. Mackerry yang tersiar dalam jurnal Straits Branch Roral Asiatic Society, Bilangan 56, December tahun 1910 dan dikeluarkan oleh Jabatan Undang Dan Perlembagaan Adat dan Istiadat Melayu Rembau.

Adalah diharapkan, dengan terbitnya versi ejaan Rumi, buku ini akan mampu menyelesaikan isu berbangkit seperti yang dikatakan Cikgu Abbas dan memperbetul pandangan serong rakyat Malaysia, amnya dan warga Negeri Sembilan khasnya terhadap sistem, sejarah dan Adat Perpatih ini.

Tiada ulasan: