KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130618

Wabak denggi dan kes malaria di Seremban





Info dari Jabatan Kesihatan N.Sembilan

Laporan 15 JUN 2013 MINGGU 23

Jumlah kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan pada tahun 2013 adalah sebanyak 253 kes iaitu 251 kes Demam Denggi dan 2 kes Demam Denggi Berdarah.

Terdapat peningkatan kes denggi sebanyak 29.7% berbanding tempoh yang sama tahun 2012. Tiada kematian akibat denggi dilaporkan sehingga minggu ke 23 tahun 2013.

LOKALITI WABAK DENGGI

Pada minggu ke 23, ada 1 lokaliti wabak baru dilaporkan di Negeri Sembilan iaitu di Taman Ampangan Seremban yang melibatkan 3 kes. Wabak yang masih aktif ialah di Bandar Seremban Selatan Fasa 3 yang melibatkan 4 kes.

MALARIA

Terdapat 1 kes Malaria dilaporkan pada minggu ke 23 di daerah Seremban. Kes tersebut diklasifikasi sebagai zoonosis iaitu jangkitan dari spesis Plasmodium knowlesi.

PENYAKIT CEGAHAN VAKSIN

Pada 4 Jun 2013, PKD Seremban telah mendapat laporan kejadian demam dan ruam di PLKN Sri Perkasa Mantin. Hasil siasatan menunjukan bahawa terdapat 7 orang pelatih (2.3%) yang semuanya lelaki telah hadir dengan gejala demam dan ruam daripada 308 pelatih. Oleh kerana kluster demam dan ruam ini melibatkan remaja, pelatih lelaki dan berlaku di institusi, kluster ini akan diklasifikasikan sebagai kluster disyaki rubella. Tindakan kawalan dan pencegahan akan dilakukan berdasarkan kluster disyaki rubella. Golongan berisiko seperti wanita mengandung akan dipastikan pendedahan yang minima kepada kes-kes dan kontak terdekat.

Tiada ulasan: