KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130712

Cuma dengan RM50 kita dah boleh ambil pahala puasa orang lain


Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun.(Riwayat At-Tirmidzi)

Sekarang hotel, restoran sedang mempromosi program buffet Ramadan ada yang RM25, RM50, RM100 dan seterusnya, tengok menu. Tak kiralah buffet Ramadan ke , pasar Ramadan ke, semua boleh saja asalkan tidak membazir.

Maahad Tahfiz As-Saidiyyah, Seremban pun sekarang ini sedang membuat promosi makan untuk berbuka puasa iaitu Istimewa BERIANI HUFFAZ. Cuma yang ini kita beli kupon RM50, kemudian mereka akan menghantar bungkusan makanan ini kepada mereka yang memerlukan seperti rumah anak yatim, rumah kebajikan, pesakit-pesakit di hospital serta keluarga di kawasan perumahan kos rendah dan sebagainya sekitar Seremban.

Penghantaran makanan untuk berbuka puasa ini bermula dari Ahad 21 Julai 2013 sehingga Rabu 31 Julai 2013.

Walaubagaimana pun tempahan dan bayaran boleh dibuat mulai sekarang.

Kepada mereka yang ingin menempah BERIANI HUFFAZ ini sila hubungi :
Urusetia di 06-6771232 , 06-6717643 , Emel : mtasns@yahoo.com

Maklumat lanjut di www.mtas.edu.my

Pembayaran atau sumbangan boleh dibuat melalui :
Nama Akaun : Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah
No Akaun : 5551-2610-6603
Bank : Maybank ( cawangan Senawang)

Tiada ulasan: