KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20131218

Kekosongan Jawatan Pegawai/Ahli Farmasi



Sebuah kedai farmasi di Bukit Mahkota, Bangi memerlukan seorang Pegawai/Ahli Farmasi.

1. Kelulusan – Diploma/Ijazah Farmasi atau bidang berkaitan
2. Gaji – Boleh dirunding
3. Tarikh tutup permohonan – 31 Dis 2013
4. Hubungi – Tn Hj Mohamad 019-6506540

Pemilik kerbau perlu dihadapkan ke mahkamah




Diharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap pemilik kerbau yang membiarkan haiwan ternakan mereka bebas sehingga membahayakan pengguna jalanraya serta meletakkan lebih banyak papan tanda amaran di kawasan kerbau melintas. Kerbau-kerbau perlu ada tanda pengenalan, mana-mana kerbau yang tiada tanda pengenalan perlu ditangkap dan dilelong.

PENGAWAL KESELAMATAN MAUT LANGGAR KERBAU

REMBAU: Seorang pengawal keselamatan yang baru selesai kerja lebih masa maut apabila motosikal yang ditunggangnya melanggar sekumpulan kerbau yang melintas jalan di Kilometer 6 Jalan Pedas-Kundur Linggi dekat sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, Bhari Othman, 46, yang bertugas di sebuah kolej swasta di sini, tercampak dan meninggal di tempat kejadian.

KERETA ELAK KERBAU REMPUH TIANG LAMPU

Rembau: “Saya cuba mengelak melanggar sekumpulan kerbau tiba-tiba kereta dipandu hilang kawalan lalu merempuh tiang lampu di kiri jalan,” kata guru Sekolah Kebangsaan Jelai 3, Gemas, Mohd Norzikri Roslan, 31, yang terselamat dalam kemalangan di Kilometer 12, Jalan Kundur-Linggi, malam kelmarin.

KERETA REMUK LANGGAR KERBAU MELINTAS

REMBAU –  Kereta sepasang suami isteri remuk apabila mereka merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba muncul di Kilometer 29, Jalan Seremban-Tampin, dekat Kampung Batu, malam kelmarin.

LAPAN KERBAU MATI DIGILIS KENDERAAN BERAT

REMBAU:  Lima daripada sekumpulan lapan ekor kerbau yang tidur di tepi jalan di Km 28 Jalan Seremban Tampin di Kampung Sungai Layang, di sini ditemui mati awal pagi tadi. Tiga ekor kerbau yang masih bernyawa sempat disembelih penduduk kampung di tepi jalan ini.


Mana nak cari rumah perlindungan remaja perempuan hamil?


Antara panggilan telefon yang saya terima apabila pelayar internet membaca artikel-artikel di blog saya di http://waghih.blogspot.com atau http://rozmal.blogspot.com ialah ;

1. Mana nak hantar remaja perempuan yang hamil kerana terlanjur?
2. Mana ada sekolah pondok atau maahad tahfiz swasta?
3. Apa nombor telefon pegawai pencegah maksiat?
4. Bertanyakan soalan kemusykilan agama atau perlukan kaunseling.
5. Bagaimana nak iklankan perniagaan dalam laman web usahawan Islam?
6. Mana nak hantar anak kursus semasa cuti sekolah?
7. Mana ada program ceramah di masjid atau surau setempat?

Saya harap pihak kerajaan negeri-negeri menambah peruntukan kewangan dan kakitangan untuk mengemaskini laman web Majlis Agama Islam Negeri masing-masing untuk memudahkan umat Islam di negeri tersebut mendapat semua maklumat ini.

Bagaimana kita hendak melawan dakyah ajaran sesat kalau kandungan dalam laman web Majlis Agama Islam Negeri-Negeri tidak dapat memberikan maklumat menyeluruh terutamanya pegawai kaunseling, pegawai pencegah maksiat dan sebagainya?

20131217

Ulama Syiah kata wanita berfesyen sebabkan gempa bumi


Itu bukan saya yang kata, atau abang Mat Sabu yang kata. Tetapi dikatakan oleh seorang penceramah terkenal dalam siaran agama di TV … hari ini Selasa 17 Dis 2013. Penceramah tadi menceritakan bagaimana seorang Ulama Syiah telah berkhutbah memberi amaran bahawa fesyen wanita Islam masa kini akan mengundang bala antaranya gempa bumi. Beranikah khatib kita untuk berkhutbah mengenai fesyen wanita Melayu masa kini?

Siapa penceramah yang keluar di TV tersebut, adakah penceramah tadi berfahaman Syiah? Biarlah JAKIM dan KDN yang menyiasat.

*******************

Kemaksiatan Mengundang Gempa Bumi Adalah Nyata

PADA tahun 2010, seorang pemuka Syiah Iran Hojatoleslam Kazem Sedighi melakukan sebuah pembuktian. Ia ingin membuktikan bahwa gempa bumi yang melanda Teheran, Iran disebabkan karena banyaknya kaum wanita yang tidak berpakaian layak, sehingga membuat para pria tersesat, merusak kesucian mereka, dan menyebarkan perzinaan merajalela di masyarakat.

Namun pernyataan Sedighi tentang perzinaan dan wanita tak berpakaian layak di Iran tersebut diprotes seorang pelajar di Amerika Serikat, Jen McCreight. Ia berani membuat sebuah grup di Facebook yang diberi judul ‘Boobquake.’ Tujuannya tidak lain adalah untuk membantah pendapat Sedighi itu. Ternyata, aksi ini mendapatkan dukungan dari 300 ribu Facebooker.

“Pada 26 April nanti, saya akan menggunakan pakaian yang memperlihatkan belahan dada,” ujar McCraight.

Atas kuasa Allah swt, secara tidak disangka, tepat pada hari yang dijanjikan pendukung aksi seronok untuk memperlihatkan belahan dada mereka, pada hari Senin (26/4) siang, gempa berkekuatan 6,5 Skala Richter mengguncang Taiwan sampai terasa ke Filipina.

Gejala Bunuh Diri Yang Membarah di Malaysia




Ini ialah bala, ini bukan masalah terpencil. Kajian mendapati 11.3 peratus penduduk negara ini atau 3.3 juta orang rakyat Malaysia ada masalah mental dengan 50,000 kes cuba bunuh diri setahun. Marilah kita bertaubat dan banyakkan beristighfar.

Apakah gadis ini perlu dihadapkan ke mahkamah atau diberi kaunseling gadis ini bersama keluarganya?

Pelajar cuba bunuh diri didakwa
16 Disember 2013

DUNGUN - Akibat tekanan perasaan, seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah bantuan penuh kerajaan di daerah ini nekad untuk membunuh diri dengan cuba terjun dari bangunan sekolah.

Tertuduh yang sempat ditemui Sinar Harian selepas pendakwaan dilakukan ke atasnya berkata, dia melakukan perbuatan itu kerana gagal mengawal emosi selepas menghadapi masalah pelajaran dan keluarga.

Pelajar perempuan terbabit berhadapan dakwaan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan.

Dia yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Dungun pagi semalam didapati melakukan perbuatan itu pada jam 9.10 pagi 6 Mac lalu.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Semua pihak perlu jayakan Program Kembali ke Sekolah




Alhamdulillah tempat kerja saya pun menjayakan Program Kembali Ke Sekolah. Harap semua syarikat dan agensi kerajaan, terutamanya yang orang atasannya beragama Islam lebih prihatin akan kebajikan ahli keluarga pekerja mereka sendiri. Begitu juga pihak masjid dan surau, terutama masjid dan surau yang ada wang simpanan dalam bank berpuluh ribu atau ratusan ribu ringgit juga boleh menjayakan program ini untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berkasih sayang tanpa batasan agama, bangsa dan politik.

Berikut surat edaran oleh pihak majikan saya ;

PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH

???? bercadang untuk membantu pekerja ???? yang memerlukan barangan sekolah seperti beg, buku, alat tulis dan sebagainya. Bantuan ini adalah khas untuk mereka yang tidak mampu untuk membeli barangan tersebut. Pemberian barangan tersebut adalah mengikut keperluan individu.

Jika anda memerlukan bantuan ini, anda boleh memohon secara bertulis dengan memberi maklumat yang dikehendaki di bawah. Setelah menerima ke semua permohonan, pihak kami akan menilai dan memilih mereka yang layak untuk menerima bantuan ini.

Program ini adalah khas untuk barangan sekolah sahaja.

Maklumat yang di perlukan:
1. Apakah barangan yang anda perlukan untuk anak anda?
2. Mengapa anda perlukan bantuan ini?
3. Maklumat pasangan, jika suami/isteri berkerja sila beri maklumat pekerjaan dan gaji
4. Jumlah bilangan anak & maklumat anak-anak (Jantina / umur / maklumat persekolahan)

Polis sakit mental larikan 4WD, budak 5 tahun


KUNAK 16 Dis. 2013 - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang dipercayai sedang bercuti untuk berubat kerana mempunyai masalah mental, melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) bersama seorang budak lelaki berusia lima tahun yang juga jirannya di Kampung Bagiang, dekat sini semalam.

"Hasil pemeriksaan mendapati suspek berusia 33 tahun merupakan anggota Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.


Bahaya Pemimpin Zalim

Pemimpin yang durhaka kepada Rabbnya dan bertindak zalim kepada rakyatnya menjadi sebab dihancurannya suatu negeri. Allah Ta’ala berfirman, “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya menaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” (QS. Al-Isra’: 16)


Pengawal Keselamatan Larikan RM250,000 Di Subang Jaya


16 Dis 2013 : Seorang pengawal keselamatan melarikan wang tunai berjumlah RM250,000 dari van yang dipandunya semasa dua lagi rakannya sedang memindahkan sejumlah wang ke Maybank di Wisma Consplant, Subang Jaya pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata, kejadian berlaku kira-kira 9 pagi ketika suspek yang dikenali sebagai Mohd Fahamy Mohammad Ramly, 30, yang sedang menunggu rakan-rakannya melakukan tugas mereka, tiba-tiba melarikan van yang berisi wang tersebut.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan suspek tidak mempunyai senjata dan baru sahaja berkhidmat di syarikat keselamatan itu pada 1 Oktober lepas.


Bahaya Pemimpin Zalim

Pemimpin yang durhaka kepada Rabbnya dan bertindak zalim kepada rakyatnya menjadi sebab dihancurannya suatu negeri. Allah Ta’ala berfirman, “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya menaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” (QS. Al-Isra’: 16)


Kenaikan harga tol: Pengguna boleh guna jalan biasa, kata menteri


16 Dis 2013 - Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya mengganggap kenaikan tol terlalu tinggi. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, kenaikan tol yang bakal berlaku tahun hadapan adalah munasabah.

"Bagi mereka yang fikirkannya ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut," kata Abdul Wahid di Putrajaya hari ini.

Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana.


DOA OLEH RAKYAT YANG TERTEKAN

"Ya Allah, karunikanlah untuk kami rasa takut kepadaMu yang dapat menghalangi kami dari bermaksiat kepada-Mu, dan (karuniakanlah untuk kami) ketaatan kepada-Mu yang dapat menyampaikan kami kepada surga-Mu, serta (karuniakanlah untuk kami) keyakinan hati yang dapat meringankan kami dari berbagai cobaan dunia. Jadikankan kami bisa menikmati dan memanfaatkan pendengaran, penglihatan, dan kekuatan kami selama kami hidup. Dan jadikan semua itu sebagai pewaris bagi kami (tetap ada pada kami sampai kematian). Jadikanlah kemarahan dan balas dendam kami hanya kepada orang-orang yang menganiaya kami, dan tolonglah kami terhadap orang-orang yang memusuhi kami. (Ya Allah) Janganlah Engkau jadikan musibah kami adalah yang terjadi pada dien kami, dan janganlah Engkau jadikan dunia sebagai tujuan terbesar kami dan puncak dari ilmu kami, dan janganlah Engkau kuasakan atas kami orang-orang yang tidak menyayangi kami."

(HR. Al-Tirmidzi dalam Sunannya no. 3502, al-Nasai dalam 'Amal al-Yaum wa al-Lailah no. 402, Al-Hakim 1/528, Al-Baghawi no. 1374 dari hadits Ibnu Umar. Imam al-Tirmidzi mengatakan hasan Gharib. Syaikh Al-Albani menghassankan hadits ini dalam Shahih al-Jami' al-Shaghir no. 1268) -

20131216

Program Bantuan Jom Ke Sekolah




Dengan peningkatan kos sara hidup dan kenaikan harga barangan, sebuah perkumpulan yang diberi nama “Anak Muda Islam Rembau – AMIR” telah melancarkan Program Bantuan Jom Ke Sekolah untuk membantu meringankan sedikit beban para pelajar sekolah rendah dan menengah dari golongan miskin dan kurang berkemampuan yang akan masuk ke sesi persekolahan tahun 2014 nanti.

Kepada mereka yang ingin menyumbang, antara bentuk sumbangan yang boleh disalurkan ialah :
1. Pakaian sekolah terpakai yang masih elok, bersih dan digosok atau dilipat dengan kemas.
2. Pakaian sekolah yang baru.
3. Kasut sekolah terpakai yang masih elok serta bersih.
4. Beg sekolah terpakai yang masih elok serta bersih atau beg sekolah yang baru.

Untuk sumbangan atau sebarang pertanyaan sila hubungi :
- Farhan 013-6608271
- Aliff 013-9756083
- Ikhwan 013-6350756