Blog bermaklumat khusus untuk warga Negeri Sembilan. "Adat Bersendikan Hukum. Hukum Bersendikan Kitab ALLAH. Syarak Mengata , Adat Menurut". ALLAH menjadikan manusia bersuku-suku dan berbangsa-bangsa untuk kita saling kenal mengenal. Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Sebarang pertanyaan hubungi : Rozmal bin Malakan , rozmal@yahoo.com , FB : Rozmal Malakan , www.facebook.com/Rozmal
KASIH SAYANG
20160726
20160720
Cermin mata sudah siap untuk adik Zulfa
Cermin mata sudah siap untuk adik Zulfa dari SK Paroi,
Seremban yang sebelum ini perlukan bantuan beli cermin mata kerana mengalami
masalah rabun teruk. Abangnya pelajar OKU di SK Tmn Paroi Jaya. Emak mereka
merupakan ibu tunggal, dulu kerja pembersihan di masjid tapi sekarang tidak
dapat bekerja sejak lutut dibedah. Keluarga ini tinggal di PPR Paroi, mendapat
bantuan JKM RM270 dan Baitulmal RM200 sebulan. Terima kasih kepada individu
yang telah memberi sumbangan untuk membantu keluarga ini.
20160716
Keluarga ini amat mengharapkan katil pesakit
Keluarga ini amat mengharapkan katil
pesakit. Encik Razali Osman, 55 tahun dari Lot 2196, Kg Puom,
Kenaboi, Titi, Jelebu, N.Sembilan telah diserang angin ahmar (stroke)
kali yang kedua dan kini peha kanan beliau patah kerana terjatuh
ketika hendak ke bilik air. Manakala isterinya Puan Norehan menghidap
kencing manis. Beliau kini tidak dapat bekerja dan bergantung
sepenuhnya kepada anak sulung yang kerja kilang untuk menanggung 6
orang anak-anak lain yang masih menuntut di universiti awam dan
bersekolah. Beliau menerima bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan. Kali
terakhir menerima bantual Baitulmal/Zakat mengikut rekod ialah pada
tahun 2014. Mereka yang ingin menyumbang katil pesakit untuk Encik
Razali sila hubungi 0122267406 Rozmal
20160712
Tidak percaya? Rumah tiga bilik semurah RM20,000 siap tidak sampai sebulan
Tidak percaya? Rumah tiga bilik semurah RM20,000 siap tidak
sampai sebulan
11 Julai 2016
Sekumpulan pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia
membuktikan mereka boleh membina rumah berkeluasan 600 kaki persegi itu pada
kos dan tempoh berkenaan.
Dengan dibantu pensyarah selain berbekalkan kemahiran,
mereka melakukan pembinaan “luar biasa” itu di daerah Besut pada akhir Mac
lepas.
Sehingga kini, sebanyak 15 rumah telah dibina untuk penduduk
miskin dan kurang berkemampuan.
Rumah pertama dibina di Kampung Padang Landak Jerteh dalam
masa 22 hari dengan kos RM19,900 melalui kaedah Sistem Pembangunan Industri
(IBS).
“Kaedah IBS dapat menjamin pembinaan rumah yang kukuh dan
memenuhi aspek pembinaan kediaman.
Program itu mendapat perhatian banyak pihak di negeri lain
kerana penjimatan kos pembinaannya berbanding Projek Pembangunan Rakyat
Termiskin (PPRT) yang memerlukan kos RM40,000 bagi sebuah rumah.
Hidup dalam ketakutan setiap hari
Inilah hakikat yang kami hadapi dalam membantu mereka yang
mendiami rumah yang daif, usang, atap bocor sana sini. Ramai yang tunggu dan
lihat. Kami tak sanggup tunggu dan lihat, biarlah kami merayu kepada mereka
yang sudi untuk menderma membantu mereka yang ramai senasib seperti keluarga
ibu tinggal ini.
‘Hidup dalam ketakutan setiap hari’
11 Julai 2016
SUNGAI BESAR - Seorang ibu tunggal hidup dalam serba
kedaifan apabila terpaksa menyara seorang ibu uzur dan dua anaknya selepas
berpisah dengan suaminya lebih dua tahun lalu.
Nazrah Japri, 44, tinggal di sebuah rumah usang di Parit 2
Timur, Sungai Besar ditemani ibunya, Timah Saman, 76, dan dua anaknya berusia
17 dan 18 tahun.
Nazrah yang bekerja sebagai tukang sapu dengan pendapatan
RM600 sebulan tidak mampu membaik pulih rumahnya itu yang dikhuatiri bakal
roboh pada bila-bila masa saja.
“Dinding dapur rumah ni hanya ditutup kanvas sebab struktur
kayu dah reput.
“Nak ganti tak ada duit...macam ni lah nasib kami empat
beranak hidup dalam ketakutan setiap hari,” katanya kepada Sinar Harian.
“Anak sulung kerja sambilan jual air lepas SPM (Sijil
Pelajaran Malaysia)...lepaslah untuk perbelanjaan dia. Lagi pun, dia kena
kumpul duit sebab nak sambung belajar.
20160704
Dasar Perumahan Islam, Satu Keluarga Satu Rumah
Dasar Perumahan Islam, Satu Keluarga Satu Rumah. Biar kecil,
asalkan ada tempat berteduh. Nak beli rumah semakin mahal, nak sewa pun makin
mahal. Di Senawang rumah lama pun sekarang sewa RM500 paling kurang, di Rembau
RM300. Nak beli rumah baru di Senawang paling kurang RM300000, di Rembau
RM250000. Mana rakyat nak tinggal, terutama orang Melayu yang dulu negara ini
dinamakan Tanah Melayu? Oleh itu perlu tindakan drastik untuk membantu keluarga
untuk membaiki rumah usang, bina rumah kecil walaupun tak ada bilik, asalkan
ada tempat berteduh, tidak hidup merempat atau hidup seperti nomad kerana
sering berpindah randah kerana tak mampu bayar sewa yang tertunggak atau sering
dinaikkan. Itu apa usaha yang kami lakukan sekarang. Kami tak mampu nak membina
rumah PPRT yang kosnya RM30000. Tapi kami mampu dengan izin Allah dan sumbangan
orang ramai membaiki beberapa rumah keluarga daif yang usang lagi atapnya bocor
sana sini hanya dengan kos RM4600 ke RM10000 satu rumah. Andaikata dengan izin
Allah, Allah gerakkan hati orang ramai untuk menyumbang, Dasar Perumahan Islam
ini akan menjadi kenyataan, tak perlu ada bilik, asalkan ada tempat berteduh,
dan tidak sering dihalau.
Langgan:
Catatan (Atom)