KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20151130

Latih pemuda OKU, pekak dan bisu untuk berdikari



OKU bukan cacat, mereka ialah Orang Kelainan Upaya. Mereka ada kelebihan tertentu jika digilap.

InsyaAllah, esok 1 Disember 2015 kami akan membantu seorang pemuda dari Kg Seberang Batu Hampar Hilir yang pekak dan bisu untuk menjalani latihan gunting rambut di gerai berhampiran Masjid Jamek Pekan Rembau.

Ibu dan ayah pemuda 23 tahun ini telah meninggal dunia. Dia kini dijaga oleh pakciknya yang mempunyai penyakit kencing manis di mana sebahagian anggota kakinya telah dipotong. Pakciknya mempunyai pencen sekadar cukup untuk belanja perubatan dan duit makan mereka.

Kami bercadang untuk mencari penaja dengan memberi elaun latihan sebanyak RM180 sebulan.

Mereka yang ingin menaja pemuda ini sila hubungi saya 0122267406 (Rozmal)

Lokasi ini memang kerap berlaku kemalangan



Lokasi ini memang kerap berlaku kemalangan. Di jalan Seremban-Tampin di Ladang Perhentian Tinggi, jika dari Senawang sebelum JPJ Pedas.  Sering berlaku kemalangan dan kemalangan maut di sini.

Mohon tidak memandu laju di kawasan ini. Selekohnya tidak tajam, tetapi agak merbahaya dan boleh membuang jika laju.

Mohon JKR meletakkan lebih banyak papan tanda amaran lokasi kemalangan maut di sini. 



Wakaf Katil Pesakit



Pihak kami menawarkan wakaf katil pesakit sebanyak RM50 untuk diberi kepada keluarga yang memerlukan tetapi tidak berkemampuan.

Anggaran harga katil pesakit ini ialah RM2,000 sebuah. Dana wakaf terkumpul setakat ini ialah RM500.

Mereka yang ingin menyertai wakaf ini sila hubungi 0122267406 (Rozmal)

Sumbangan katil pesakit terpakai yang masih dalam keadaan baik adalah juga dialu-alukan.

20151129

Pelik, bagaimana Tabung Haji tetapkan kriteria mereka yang dapat tawaran menunaikan haji?

Terkejut bila diberitahu emak mertua saya mendapat surat tawaran untuk menunaikan haji pada tahun 2016 atau 1437H sedangkan dia sudah pun menunaikan haji dan tak dengar pula ada buat rayuan untuk pergi haji kali kedua?

Sedangkan pakcik dan makcik saya yang buat rayuan dan beberapa rakan saya pasangan suami isteri yang tidak pernah pergi haji dan buat rayuan tak dapat pula.

Apa kriteria, apa merit, apa 'weighting system', apa 'software' yang Tabung Haji gunakan untuk memilih mereka menunaikan haji?

Atau pemilihan dibuat secara rawak atau rambang?

Apabila ada orang susah, mereka yang disekeliling juga sedang diuji.

Apabila ada orang susah, yang memang betul-betul susah, yang diuji bukan sahaja keluarga mereka. Bahkan yang sedang diuji ialah saudara mara mereka, jiran tetangga mereka, rakan taulan mereka, ahli kariah mereka dan juga pemimpin mereka di semua peringkat.

Bantulah keluarga ini yang memang dalam kesusahan. Jika tak nak berikan duit, tolong belikan ubat ini dan hantar atau poskan ke kediaman mereka di Rumah Rakyat Panchor, Seremban.



20151128

Ibu tunggal OKU ambil upah cat rumah tanggung anak di IPTA

Seorang ibu tunggal OKU mengadu, dia ada ambil upah cat rumah RM100 tapi dia belum dapat upah tersebut. Duit tersebut dia nak beri untuk duit belanja anaknya di IPTA.

Laptop terpakai sumbangan orang yang anaknya di IPTA guna pula dah rosak, tak boleh dibaiki lagi. Ibu tunggal ini mohon kalau sesiapa boleh bantu anaknya di IPTA.

Mereka yang ingin membantu boleh hubungi saya 0122267406 (Rozmal)

Zakat cuma 2.5%, sedangkan sedekah tiada had

Zakat hanyalah 2.5%, sedangkan sedekah, wakaf dan sebagainya boleh 5%, 10%, 20%, 50% atau 90%.

Zakat, sedekah, wakaf adalah harta yang kita kumpulkan untuk hari akhirat, alam kubur.

Jom perbanyakkan sedekah, wakaf.

Jual kereta kerana perlukan duit

Ada orang nak jual kereta Naza Sutera tahun 2001, manual. Tak boleh start kerana ada masalah elektronik. Cukai jalan dah lama tamat tempoh. Alat ganti susah dapat. Kereta ada di Rembau.

Kepada mereka yang berminat boleh hubungi saya 0122267406 (Rozmal).

Bantu dengan upah

Ada hamba Allah Y sebelum ni guna motosikal yang dipinjamkan untuk mencari rezeki. Kini tuan motosikal perlu guna motosikal itu. Ada kawan Y nak tolak motosikal RM1000, Y baru ada RM700.

Saya beri RM300 hasil sumbangan sahabat sebagai upah untuk Y buat khidmat pembersihan untuk 6 kali. Terima kasih semua pihak yang membantu Y.

TANGISAN SAUDARA KITA DI SYRIA

TANGISAN SAUDARA KITA DI SYRIA
Ceramah Umum
Oleh Ustaz Dr Riduan Mohamad Nor, EXCO NGO Muslim Care Malaysia
Tarikh : 2 Dis 2015, Rabu
Masa : 7.30 mlm
Tempat : Surau Taman Tasik Jaya Fasa 1, Senawang

Muslimin serta muslimat semua dijemput hadir


20151125

Pelajar universiti perlu bantuan jelaskan yuran untuk konvo pada 29 Nov 2015



Pelajar universiti perlu bantuan jelaskan yuran untuk konvo pada 29 Nov 2015

Seorang pelajar dari Pahang yang belajar di Universitas Islam Negeri, Medan, Sumatera Utara, Jurusan Syariah Islamiyah mengambil Ijazah Sarjana Muda perlukan bantuan untuk membayar yuran berikut sebelum beliau dapat konvo pada 29 Nov 2015 ini.

Antara yuran yang perlu dibayar ialah ;
- Duit perpustakaan RM100
- Baju konvo RM350
- Pembayaran sewaktu konvo  RM200
- Pembayaran yudisium (raptai konvo) RM150
- Pembayaran lecture RM100
- Pembayaran kad keluar imigrasi RM380
- Pembaharuan passport RM200

Mereka yang ingin membantu pelajar ini sila hubungi saya 0122267406 (Rozmal)

Guru Tahfiz/Warden Diperlukan



Guru Tahfiz/Warden Diperlukan

Guru Tahfiz merangkap Warden diperlukan untuk sebuah sekolah tahfiz persendirian di Rembau

Kelayakan :
- Lelaki
- Umur 20 ke 23 tahun
- Bujang

Tarikh tutup permohonan : 20 Disember 2015

Hubungi Ustaz Septian 0132646001