KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20141129

Keluarga dalam kesempitan menumpang di masjid


Saya dimaklumkan oleh Pengerusi Masjid Bandar Baru Senawang bahawa satu keluarga iaitu suami dan isteri beserta empat anak mereka telah menumpang teduh dan tidur di masjid tersebut sejak dua hari yang lalu.

Lalu saya hubungi Encik Adnan Abdullah, Pengerusi Kompleks Saadah, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang kemudiannya memaklumkan sukarelawan Skuad Mubaligh N.Sembilan akan datang ke masjid untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh keluarga ini.

Encik Zamri Vinoth dari Skuad Mubaligh N.Sembilan telah bertemu keluarga ini di Masjid Bandar Baru Senawang dalam tempoh sejam setelah saya mengutarakan permasalahan tersebut.

Alhamdulillah Encik Zamri Vinoth telah melakukan perundingan dengan keluarga ini dan beberapa pihak. Keluarga ini akan ditempatkan buat sementara waktu di sebuah tempat perlindungan.

Apa yang menariknya dalam kes ini ialah tiadanya karenah birokrasi oleh semua pihak dari pihak masjid, pihak MAINS hinggalah ke pihak sukarelawan dalam mengendalikan kes ini.

Sesungguhnya saban hari, banyak masalah masyarakat yang kita perlu tangani. Dan permasalahan ini perlu kita tangani bersama dengan meletak tepi kepentingan peribadi dan kepentingan politik.

Terus terang dikatakan lebih ramai sukarelawan diperlukan oleh semua persatuan serta NGO untuk membantu masyarakat sekeliling kita. Lebih ramai daripada kita melibatkan diri secara sukarela semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, insyaAllah pelbagai permasalahan masyarakat yang sering kita dengar dalam media akan berkurangan.

Sikap berpeluk tubuh, tunggu dan lihat, mengkritik tidak akan membantu.

Ayuh, mari kita sebarkan kasih sayang, semata-mata mengharapkan keredhaan Allah.

Yang menjalankan amanah,

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan
29 Nov 2014

20141128

Seorang pelajar susah di Kolej Matrikulasi Perlis perlukan laptop terpakai


Ada seorang pelajar dari keluarga yang susah amat memerlukan sebuah komputer riba (laptop) terpakai untuk melakukan tugasan. Cuma perlukan perisian Words, Excel dan Office. Kepada mereka yang sudi membantu sila hubungi saya di talian 012-2267406.

Yang menjalankan amanah,

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan

Rayuan bantuan untuk penjaja di Dataran Senawang



Pihak kami dalam usaha untuk membantu 10 orang penjaja dan peniaga kecil di Dataran Senawang untuk mendapatkan Permit Berniaga Sementara sebanyak RM85 seorang. Rata-rata mereka ini dari golongan peniaga kecil yang berpendapatan rendah, mempunyai tanggungan anak yang ramai serta masih bersekolah.

Kepada mereka yang ingin membantu para penjaja dan peniaga ini seorang, sebahagian atau keseluruhan kumpulan ini sila hubungi saya di talian 012-2267406

Yang menjalankan amanah,

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan

20141127

Kecualikan keluarga miskin bayar yuran PIBG


Mengendalikan beberapa kes keluarga yang kesempitan, keluarga kesusahan akhir-akhir ini, dan kes ini semakin bertambah hari demi hari dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, pihak kami merayu kepada semua Persatuan Ibu Bapa dan Guru seluruh Malaysia dan Kementerian Pendidikan agar mengecualikan Yuran PIBG kepada para pelajar dari golongan miskin ini terutamanya keluarga yang ada menerima bantuan JKM atau Baitul Mal, atau dalam proses memohon bantuan JKM atau Baitul Mal.

Ada kes yang pihak kami kendalikan para pelajar ini amat miskin hinggakan tidak mampu membeli cermin mata, mereka terpaksa meminjam dan menyalin nota dari rakan sekelas mereka selama bertahun-tahun. Ada pula yang keluarga mereka makan sehari sekali, itu pun sekadar mengalas perut. Ada pelajar yang malu untuk hadir ke kelas akibat kemiskinan dan sebagainya.

Dan lebih menyedihkan lagi ialah apabila ada keluarga Islam ini memohon bantuan daripada pihak gereja dan sebagainya.

Ada banyak cara lain pihak PIBG atau pihak sekolah atau Kementerian Pendidikan untuk menjana dana. Alumni setiap sekolah haruslah lebih memainkan peranan untuk membantu bekas sekolah mereka apatah lagi terdapat ramai bekas-bekas pelajar yang telah berjaya.

Sekali lagi pihak kami merayu agar golongan keluarga miskin dan kesempitan ini dikecualikan daripada membayar yuran PIBG atau yuran khas dan sebagainya.

Yang menjalankan amanah,

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan
27 Nov 2014

20141124

OKU tak mampu jelaskan bayaran kasut khas

Seorang OKU memerlukan sepasang kasut khas. Kasut sudah ditempah hampir setahun yang lalu dengan harga RM450 di sebuah kedai kasut di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, deposit telah dijelaskan sebanyak RM50, namun OKU berkenaan belum mampu untuk menjelaskan baki bayaran.

Kepada mereka yang ingin membantu sila hubungi saya di talian 012-2267406.

Boleh membuat bayaran terus ke kedai berkenaan atau boleh disalurkan sumbangan melalui Akaun Bank Islam atas nama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan no Akaun 05012010047905 atau akaun Maybank saya , no akaun 155126945930

Yang menjalankan amanah,

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan
24 Nov 2014

Tak mampu sekolahkan anak sebab kesempitan hidup

Satu keluarga di Taman Jasmin, Senawang dalam kesempitan sekarang ini. Suami tidak mampu bekerja sepenuh masa kerana mengalami masalah kesihatan. Pendapatan sebulan tidak sampai RM 1000. Mempunyai empat orang anak, salah seorang anak di sekolah rendah tidak mampu ke sekolah kerana masalah kewangan.

Anak kecil tidak lagi diberi susu, hanya diberi minum teh atau air sirap. Dapur selalu tidak berasap, suami pergi kerja berbekalkan RM3 sahaja.

Keluarga ini baru nak buat permohonan Baitul Mal untuk bantuan persekolahan. Tahun hadapan 2 orang anak keluarga ini akan bersekolah rendah.

Kepada mereka yang ingin membantu keluarga ini untuk keperluan makanan asas dan sebagainya sila hubungi saya 012-2267406.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui Akaun Bank Islam atas nama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan no Akaun 05012010047905 atau akaun Maybank saya , no akaun 155126945930

Yang menjalankan amanah,

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan
24 Nov 2014

20141123

Keluarga ini perlu bantuan ulang alik Melaka ke HKL

Encik Manan dari Melaka menghidap kanser paru-paru. Beliau merupakan seorang OKU. Beliau dan isteri berniaga makanan tradisional di hadapan rumah mereka seperti dodol, bahulu dan wajik secara kecil-kecilan. Kini mereka sukar untuk berniaga memandangkan Encik Manan perlukan rawatan lanjut di HKL. Sebelum ini beliau berulang alik ke Hospital Melaka 3 ke 5 kali sebulan, yang memerlukan perbelanjaan pengangkutan yang banyak.

Beliau mendapat bantuan JKM dan Majlis Agama Islam Melaka namun ianya masih tidak mencukupi memandangkan mereka tidak mendapat mencari rezeki secara tetap pada masa ini.

Kepada mereka yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini berulang alik dari Melaka ke HKL sila hubungi saya di talian 012-2267406, saya akan berikan nombor telefon keluarga ini beserta dengan nombor akaun mereka.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui Akaun Bank Islam atas nama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan no Akaun 05012010047905 atau akaun Maybank saya , no akaun 155126945930

Yang menjalankan amanah,

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan
23 Nov 2014

Program Bantuan Peralatan Persekolahan Pelajar Kurang Berkemampuan


Sempena sesi persekolahan yang akan dibuka pada tahun 2015, pihak kami Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan menerima banyak permintaan dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk membantu anak-anak mereka masuk ke alam persekolahan.

Antara peralatan persekolahan yang diperlukan ialah buku tulis, buku kerja serta alat tulis. Kami menganggarkan untuk seorang pelajar cuma memerlukan RM30 untuk menyiapkan peralatan asas persekolahan. Sasaran kami ialah untuk memberi bantuan persekolahan ini kepada 500 orang pelajar yang kurang berkemampuan yang berada di sekolah rendah dan menengah.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan sila hubungi Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan , Hj Rozmal 012-2267406 .

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui Akaun Bank Islam atas nama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan no Akaun 05012010047905 atau akaun Maybank saya , no akaun 155126945930


Yang menjalankan amanah,

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan
23 Nov 2014

Sumbangan Derma Untuk Pembinaan Sekolah Tahfiz di Rembau



Dimaklumkan pembinaan sebuah sekolah tahfiz berhampiran pekan Chengkau, Rembau kini sedang giat dijalankan dan kini dalam proses untuk menaikkan tingkat atas bangunan. Untuk menaikkan lantai tingkat atas bangunan ini kami memerrlukan simen konkrit berjumlah RM9,250.

Kepada mereka yang ingin menderma sila hubungi Ustaz Septian 0132646001 atau Hj Rozmal 0122267406 .

Untuk sumbangan sila salurkan ke :
Akaun Maybank 562843505815
Nama akaun : TARB ALGONTORY RESOURCES

Maklumat lanjut Sekolah Tahfiz Arabic Al Gontory di

20141120

Pengumpulan laptop terpakai untuk pelajar IPT yang susah




Terkini kami menerima permohonan laptop terpakai untuk pelajar bukan Islam yang berada di IPTA yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan. Keluarga pelajar ini memang susah, mereka tinggal di Seremban. Harap ada yang sudi memberikan sumbangan laptop terpakai yang masih elok tetapi tidak digunakan lagi.

PENGUMPULAN LAPTOP TERPAKAI UNTUK PELAJAR IPT YANG KURANG MAMPU

Pihak kami Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan dalam usaha mengumpul laptop terpakai atau laptop lama yang tidak digunakan lagi tapi masih dalam keadaan baik atau hanya perlu dilakukan format sahaja untuk diagihkan kepada para pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan yang akan melanjutkan pelajaran di IPT atau yang masih menuntut di IPT.

Kepada mereka yang ingin memberikan sumbangan laptop ini sila hubungi saya, Rozmal 012-2267406.

Yang menjalankan amanah,
Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan

20141116

Bantuan untuk bekas tentera


Encik Nazaruddin Othman 55 tahun adalah merupakan bekas tentera tanpa pencen (TLDM, servis 16 tahun) baru menjalani rawatan buah pinggang serta perlu menjalani proses dialisis sepanjang hayat. Beliau kini tidak dapat lagi menyara hidup keluarga.

Sementara menunggu proses permohonan bantuan Baitul Mal, JKM serta JHEV beliau memerlukan bantuan untuk perbelanjaan ulang alik mendapatkan rawatan serta perbelanjaan harian keluarga.

Kepada mereka yang ingin membantu bolehlah salurkan ke akaun beliau , Maybank 105130063619 .

Sumbangan untuk beliau juga boleh disalurkan melalui Akaun Bank Islam atas nama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan no Akaun 05012010047905 atau akaun Maybank saya , no akaun 155126945930


Yang menjalankan amanah,

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan
16 Nov 2014


20141110

Bantulah pelajar IPT dari keluarga susah, tiada PTPTN pula

Ini satu kisah dari terlalu banyak kisah pelajar di IPT dari keluarga yang susah, mengikat perut untuk meneruskan harapan keluarga dan survival diri. Cuba bayangkan pendapatan keluarga tersebut tidak sampai RM 1200 sebulan, mempunyai seorang anak di IPT dan beberapa anak di sekolah menengah dan sekolah rendah. Anak yang di IPT tidak mendapat pinjaman PTPTN kerana permohonan ditolak atas alasan teknikal.

Pinjaman dari beberapa agensi kerajaan pula tidak layak kerana pengajian hanya di peringkat diploma di IPT.

Semakin hari, ada saja pihak kami Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan menerima kisah sebegini. Ada yang terus mengikat perut, ada yang putus harapan memberhentikan pengajian, ada yang diperdaya untuk membuat pinjaman along, ada pelajar yang membuat kerja sampingan dan seterusnya.

Pihak kami tidak mempunyai dana yang tetap untuk membantu kes sebegini, hanya mengharapkan sumbangan orang ramai.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan kepada para pelajar di IPT dari keluarga yang susah bolehlah menghubungi saya.

Yang menjalankan amanah,

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan
10 Nov 2014


20141108

Sumbangan Untuk Bantu Perkahwinan Anak Muda


Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan dengan kerjasama beberapa pihak akan menganjurkan majlis kenduri kahwin untuk membantu pasangan anak muda. Buat permulaan majlis kenduri kahwin ini akan diadakan pada 6 Disember 2014 dengan dua pasangan anak muda di Rembau.

Sumbangan ini ditawarkan kepada orang ramai untuk menyumbang bertujuan untuk membantu pasangan muda masa kini yang berhadapan dengan pelbagai masalah gejala sosial dan kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Untuk menjimatkan kos, pihak kami menawarkan penyertaan aqiqah untuk tujuan jamuan semasa majlis kenduri kahwin ini dengan tawaran RM500 untuk satu bahagian lembu.

Mereka yang ingin membantu majlis kenduri kahwin pasangan anak muda ini boleh menaja untuk kemudahan berikut :

Khemah RM 1000 (5 khemah x RM200)
Peralatan RM 500 (Set buffet, pinggan, gelas dsbnya)

Kepada mereka yang ingin menaja khemah, peralatan atau menyertai aqiqah sila hubungi saya, Hj Rozmal 012-2267406 sebelum 1 Disember 2014.

Yang menjalankan amanah ,

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel 012-2267406
FB : Rozmal Malakan

20141107

Pasangan ini susah kerana ulang alik rawat anak Johor ke Selangor




Encik Ridzman dan isteri beliau Puan Dini Suriati dari PPR Taman Desa Mutiara, Johor Bahru, mempunyai 3 orang anak yang comel. Mereka diuji dengan 2 anak yang perlukan rawatan, seorang barah mata, seorang lagi masalah paru-paru.

Anak comel adik Diaz Diana 4 tahun yang mempunyai barah mata perlu melalui rawatan pakar di hospital kerajaan, Hospital Sg Buloh, Selangor dari masa ke semasa.

Disebabkan sibuk dengan urusan merawat anak, kini pasangan ini mungkin terpaksa keluar dari rumah jika tidak membayar tunggakan sewa rumah dan bil air serta elektrik sebelum 18 Nov 2014, tarikh yang sama untuk rawatan susulan anak mereka di Hospital Sg Buloh.

Tunggakan sewa rumah ialah RM 496 (RM124 X 4 bulan), tunggakan elektrik dan air ialah RM 171.15. Setiap kali pasangan ini membawa anak mereka untuk rawatan di Hospital Sg Buloh mereka memerlukan sekitar RM380 untuk belanja pengangkutan, makan minum serta penginapan.

Pasangan ini telah menghantar permohonan bantuan JKM tetapi belum mendapat jawapan.

Kepada mereka yang ingin membantu keluarga ini samada menjelaskan hutang sewa rumah, tunggakan elektrik serta air bolehlah menghubungi mereka di talian 017-8261894 (Ridzman/Dini Suriati).

Yang menjalankan amanah,

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan
6 Nov 2014

20141104

Rayuan Pembayaran Bahan Binaan Sekolah Tahfiz


Alhamdulillah pembinaan sekolah tahfiz di Mukim Bongek, Rembau kini sedang giat dijalankan dan kini dalam proses untuk menaikkan tingkat atas bangunan.

Berikut ialah bil dari pembekal bahan binaan yang perlu dibayar dalam tempoh sebulan ini sebelum hujung November 2014.

Kepada mereka yang ingin menderma untuk membayar sebahagian daripada kos bahan binaan ini sila hubungi Ustaz Septian 0132646001 atau Hj Rozmal 0122267406 .

Simen RM 875
Y12 RM 3,600
Plywood RM 2,080
BRC RM 4,500
R6 RM 18
MT 1x2 RM 3,304.86
R6 RM 2,400

JUMLAH RM 16,777.86

Untuk sumbangan sila salurkan ke :
Akaun Maybank 562843505815
Nama akaun : TARB ALGONTORY RESOURCES

Maklumat lanjut Sekolah Tahfiz Arabic Al Gontory di

20141102

Perlunya kita bantu surau di kawasan perumahan kos rendah




Surau Al Azim (Surau Blok J) yang terletak di Rumah Pangsa Kos Rendah, Taman Nilai Perdana, Nilai, Negeri Sembilan amat mengalu-alukan sumbangan kewangan untuk menaik taraf, membaik pulih serta membiayai program serta aktiviti surau ini antaranya majlis ilmu, kuliah maghrib, ceramah bulanan dan sebagainya.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan kewangan atau lain-lain sumbangan keperluan surau bolehlah menghubungi Setiausaha Surau Al Azim, Ustaz Hasni bin Alias di talian 012-6123474 .

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Rakyat, atas nama : SURAU Al-AZIM , No Akaun 22-103-108323-7

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui Akaun Bank Islam atas nama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan no Akaun 05012010047905 atau akaun Maybank saya , no akaun 155126945930


Yang menjalankan amanah,

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan
2 Nov 2014

Bantuan cermin mata untuk anak penoreh getah yang miskin


Susulan kisah keluarga penoreh getah yang miskin dari Kg Minching, Pedas, Rembau yang kami paparkan baru-baru ini di mana anak-anak mereka dalam keadaan rabun kerana tidak mampu membeli cermin mata, Alhamdulillah ramai pihak yang menghulurkan sumbangan. Pada 1 Nov 2014 Naib Pengerusi 2 Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan, Puan Norwani telah membawa anak-anak ini untuk diperiksa mata mereka.

Setelah diperiksa “Power” cermin mata ketiga-tiga anak ini didapati amat tinggi antara 450 ke 700. Anak-anak ini berumur antara 10 tahun ke 14 tahun. Bayangkan anak-anak ini belajar di sekolah dalam keadaan yang kabur dan tidak nampak.

Bukan main gembira anak-anak ini apabila mendapat cermin mata dan melihat dengan jelas.

Wakil kami tidak sanggup untuk mengambil gambar dan memaparkan gambar rumah keluarga ini yang begitu usang. Cukup kami katakan rumah mereka ini memang begitu usang.

Terima kasih kepada para penyumbang yang menyumbang untuk keluarga penoreh getah ini di kala harga getah begitu rendah pada ketika ini serta kos harga barangan yang semakin meningkat.

InsyaAllah baki sumbangan orang ramai akan digunakan untuk membayar hutang perbelanjaan harian keluarga ini dan lain-lain keperluan asas, kerana ianya tidak mencukupi untuk membaiki rumah mereka.

Yang menjalankan amanah,

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan

20141101

Kes pelajar yang paling rumit untuk dibantu

Saya tak pasti siapa yang boleh bantu pelajar ini, ianya hampir mustahil. Tapi sekiranya ALLAH hendak, tiada apa yang mustahil. Saya mendapat maklumat ada pelajar di Timur Tengah menghadapi masalah kewangan setelah sekian lama belajar di sana belum dapat pinjaman atau biasiswa daripada mana-mana agensi kerajaan.

Mula-mula pergi dengan belanja sendiri mengharapkan akan dapat pinjaman atau biasiswa. Namun disebabkan krisis di Timur Tengah ada pelajar yang diberi opsyen untuk pulang atau melanjutkan pelajaran di tempat lain.

Tapi pelajar ini tidak mampu untuk sambung di tempat lain kerana kos belajar di sana jauh lebih murah dari tempat lain. Pada mulanya ada juga rakan keluarga yang membantu. Kini keluarga dalam kesempitan yang amat sangat.

Pelajar yang cemerlang dengan keputusan yang cemerlang. Memang hampir mustahil untuk membantu pelajar ini tanpa biasiswa atau pinjaman dari agensi kerajaan atau swasta atau dermawan. Rayuan ke pihak menteri telah dibuat namun ditolak sebab kita faham ianya polisi kerajaan untuk tidak lagi memberikan pinjaman dan biasiswa di tempat tersebut akibat krisis di Timur Tengah.

Kepada mereka yang tahu bagaimana cara untuk membantu pelajar cemerlang dari keluarga yang susah ini sila hubungi saya, Rozmal 012-2267406. Maklumat pelajar dan keluarganya yang susah perlu dirahsiakan atas beberapa faktor. Mereka yang saya berikan maklumat keluarga pelajar ini harap berurusan terus dengan beliau tanpa menyebarkan kepada umum identiti mereka.

Hanya kepada ALLAH saya berserah.

Yang benar,
Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan

Alhamdulillah

Berikut sms dari ibu tunggal yg punyai tanggungan di IPT yg pihak kami Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan bantu hasil sumbangan orang ramai dgn izin Allah jua:

Salam. Tn hj, syukur alhmdulillah, smlm akak brjmp dgn pn... yg ingin membntu akak melalui ruangn TKO. Pn... berikn duit cash rm10k. Pn.... dn suami amat pemurah. Semoga Allah lipatgandakn rezeki buat mereka sekeluarga. Begitu juga utk tn hj. Tanpa ruangn tn hj, perkara ni xkan brlaku. Ameen3x Ya Rabbal alameen. Isnin nanti k .... akan ke pej dbkl utk urusan tunggakn sewa. Xtau brpa yg dia nak.

Alhamdulillah

Berikut ucapan dari salah seorang pelajar IPTA yg telah dibantu kerana kesempitan wang dan dari keluarga yg susah. Bantuan adalah hasil sumbangan orang ramai:

- Wsalam. Pakcik tolong smpaikan salam dan ucapan terima kasih pada yg memberi tu. Sy tk mampu nak balas tapi in sha Allah yg sy mmpu hnyaa mendoakan agar Allah bg lebih lagi kat mereka d dunia dan akhirat. Minta mreka doakan sy juga agar sy pun peroleh ksenanangan, bjaya murah rezeki agar sy pun boleh bntu org lain yg sama mmerlukan mcm sy ni satu hari nnti.