KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20160426

Rumah anak yatim perlukan tempat simpan beras dan makanan kering



Rumah anak yatim perlukan tempat simpan beras dan makanan kering. Dimaklumkan rumah anak yatim di Taman Desa Permai, Kundur, Rembau amat memerlukan stor untuk menyimpan beras dan makanan kering. Ruang bertutup yang diperlukan ialah seluas 13' X 20' dengan anggaran kos sekitar RM2900. Mereka yang ingin menyumbang untuk pembinaan stor rumah anak yatim ini sila hubungi 0122267406 Rozmal.


20160425

Orang susah bantu orang susah



Orang susah bantu orang susah. Ada keluarga miskin mohon barangan dapur. Ada keluarga susah mohon pinjam duit, untuk minyak kereta pergi kerja sementara dapat gaji. Lalu saya beri duit kepada yang perlu duit minyak sebagai upah dan untuk dia belikan barangan dapur lantas dihantar kepada keluarga miskin tadi. Menyelam sambil minum air, "Kill two birds with one stone"


JUALAN AMAL NASI BERIANI/BUNGKUSAN KURMA



JUALAN AMAL NASI BERIANI/BUNGKUSAN KURMA
RM20
Nasi beriani atau bungkusan kurma akan diagihkan ke rumah-rumah anak yatim serta keluarga miskin sekitar N.Sembilan oleh pihak penganjur sehingga 5 Julai 2016/30 Ramadhan 1437

Anjuran Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Darul Khusus (PEYAKIN) dengan kerjasama Al Fateh Ex Net

Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke akaun CIMB 8601033074 atas nama Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Darul Khusus (PEYAKIN). Sumbangan boleh dikecualikan cukai LHDN beserta dengan resit. No. Rujukan LHDN 01/35/42/51/179-6.6240

Hubungi :
Omar 0196955959
Hj Rozmal 0122267406
Khairil 0166669703

Diperlukan pelajar lelaki untuk menjalani Latihan Industri



Diperlukan pelajar lelaki untuk menjalani Latihan Industri, Sijil/Diploma bahagian Teknikal/Kejuruteraan/Kimpalan/Pembuatan dari ILP/IKM/Politeknik untuk ambilan Mei 2016 untuk sebuah firma di Seremban. Permohonan hanya melalui e-mel ke rozmal@yahoo.com . Sila sertakan surat untuk permohonan Latihan Industri, Resume dsbnya.

20160422

Madrasah Al-Gontory di Rembau mengalu-alukan sumbangan 4 unit pendingin hawa



Madrasah Al-Gontory di Rembau mengalu-alukan sumbangan 4 unit pendingin hawa  yang baru atau terpakai untuk kabin yang akan digunakan sebagai pondok pengajian warga emas. Mereka yang ingin menyumbang sila hubungi Ustaz Septian 0132646001 atau Hj Rozmal 0122267406 


Pendaftaran Pelajar ke Tahfiz Arabic Al-Gontory, Rembau



Pendaftaran Pelajar ke Tahfiz Arabic Al-Gontory, Rembau kini dibuka sepanjang tahun.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Ustaz Kharunnizam 0196969422