KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20170417

Pangkalan TUDM Sendayan



Pangkalan TUDM Sendayan akan merancakkan lagi pembangunan ekonomi di Negeri Sembilan. Tapi perlu bersedia kerana nilai hartanah, harga rumah, harga sewa rumah akan melonjak di kawasan sekitarnya. Kalau ada tanah, rumah di sekitarnya jangan jual. Mana yang tak mampu sewa rumah yang semakin mahal perlu cari tempat yang jauh sikit.



Basikal Elektrik Cuma RM880



Basikal Elektrik Cuma RM880

Lelaki Pakistan ini Muhammad Naeem Zahid dari Peshawar tiada kelulusan dalam bidang kejuruteraan tetapi kerana minat dan keadaan amat memerlukan telah mencipta basikal elektrik yang menggunakan kebanyakannya bahan buangan dan terpakai pada kos USD200 atau RM880, dan digunakan untuk ke tempat kerja setiap hari.

Mana pergi pelajar bidang kejuruteraan kita, jurutera kita, professor kejuruteraan kita?


Beca Roda 4 Diharamkam.

Beca Roda 4 Diharamkam.

Menurut JPJ Beca bukan Beca jika lebih dari 3 tayar, tidak boleh digunakan untuk apa kegunaan sekalipun atas jalan walaupun untuk menarik pelancong.



20170412

Merokok dalam tandas boleh cetuskan letupan, kebakaran



Merokok dalam tandas boleh cetuskan letupan, kebakaran
12 April 2017


Bentong: Lelaki cedera di muka selepas berlaku letupan kecil ketika dia menyalakan api rokok dalam tandas hotel di Genting Highlands, hari ini.

Mangsa berusia dalam lingkungan 40-an yang juga kakitangan hotel itu dihantar ke Hospital Selayang, Selangor untuk menerima rawatan, dalam kejadian kira-kira 11 pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands Penguasa Kanan Bomba, Yusri Abdullah Sani, berkata pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian itu pada 11.09 pagi.

Difahamkan, mangsa masuk ke dalam tandas itu untuk menghisap rokok dan sebaik api dinyalakan, berlaku letupan kecil sehingga mencederakan mangsa.

"Kita tidak menolak kemungkinan letupan itu berlaku hasil tindak balas api dan gas yang terdapat dalam tangki septik di tandas itu.

Yusri berkata, letupan itu menyebabkan kerosakan di dinding, siling dan kawasan dalam radius lima meter dari tandas itu.

- Harian Metro

Basikal elektrik, adakah ianya berbaloi?



Adakah ini bermakna basikal elektrik ini harganya RM3,333 sebuah? Jika ya, adakah ianya berbaloi?

ENAM UNIVERSITI AWAM TERIMA BASIKAL ELEKTRIK
11 April 2017


Sebanyak 1,200 basikal elektrik diserahkan kepada enam universiti di negara ini bagi mempromosikan teknologi hijau kepada mahsiswa.

Ia diagihkan kepada Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, inisiatif itu menerusi Program Sikal 1Malaysia (SER1IM) membabitkan peruntukan RM4 juta.

“Pendedahan diberikan kepada golongan muda terhadap kenderaan elektrik dua roda dapat membentuk minda dan memberi kesedaran berhubung isu pemanasan global dan kepentingan amalan hidup yang mesra alam,” katanya.

- Harian Metro

Cina tak semestinya kaya, Melayu tak semestinya miskin

Cina tak semestinya kaya, Melayu tak semestinya miskin.
Cina tak semestinya jahat, Melayu tak semestinya baik.

Malay engineer rewards Chinese school for helping daughter
The Star, Monday, 10 April 2017

A MALAY engineer has donated school bags and stationery items to poor pupils of a Chinese primary school.

Sin Chew Daily reported that the engineer, identified only as Helmi, did so as he was grateful to the teachers of SJK(C) Kong Min in Tawar, Kedah, for being helpful to his eldest daughter, a Year Three pupil there.

Helmi, 35, also sponsored a trip to Malacca for the pupils and teachers last year.

“This year, I will sponsor another trip for them,” he said, adding that he also contributed to a national primary school in the area.

Helmi’s wife said the teachers at SJK(C) Kong Min continued to encourage their daughter even though she was struggling to catch up with the other pupils.