Sdr Firdaus,
Sukarelawan Yayasan Amal menyampaikan laptop baru kepada pelajar miskin
Tingkatan 6 di Lubok Cina, Melaka pada 26 Sep 2016 sumbangan seorang hamba
Allah. Semoga Allah balas dengan ganjaran kebaikan yang berlipat ganda di dunia
serta akhirat kepada hamba Allah yg memberi sumbangan tersebut. Semoga pelajar
ini berjaya dan menjadi anak yg solehah
Blog bermaklumat khusus untuk warga Negeri Sembilan. "Adat Bersendikan Hukum. Hukum Bersendikan Kitab ALLAH. Syarak Mengata , Adat Menurut". ALLAH menjadikan manusia bersuku-suku dan berbangsa-bangsa untuk kita saling kenal mengenal. Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Sebarang pertanyaan hubungi : Rozmal bin Malakan , rozmal@yahoo.com , FB : Rozmal Malakan , www.facebook.com/Rozmal
KASIH SAYANG
20160929
20160922
Ikat perut demi anak di Mesir
Fikir banyak kali sebelum hantar anak belajar luar negara
jika tiada tajaan. Sedangkan yang ada tajaan pun sekarang ini kena keluar duit
sendiri dulu sekitar RM11,000 untuk buat Visa, Insuran, Pemeriksaan Kesihatan dan
beberapa urusan lain.
Kerajaan juga perlu siasat ejen swasta yang menguruskan
penghantaran pelajar ini ke luar negara!
IBU BAPA TERPENGARUH DENGAN EJEN SWASTA KERANA JANJI
KONONNYA ANAK MEREKA AKAN MENDAPAT TAJAAN JIKA CEMERLANG
Ikat perut demi anak di Mesir
22 September 2016
Pertubuhan Kebangsaan Ibu bapa dan Mahasiswa Perubatan Mesir
Malaysia (Muafakat Mesir) menggesa
kerajaan supaya menyediakan insentif kepada lebih 3,000 pelajar perubatan di
sana bagi meneruskan pengajian dan mengelakkan lebih ramai kandas di tengah
jalan.
Presidennya, Safian Tayib Hamidin, berkata, pihaknya
mewakili ibu bapa merayu kerajaan segera membantu pelajar melunaskan yuran
pengajian serta perbelanjaan sara hidup yang tertunggak.
“Ramai ibu bapa hantar anak ke Mesir memandangkan mereka
sudah putus asa selepas kuota di universiti tempatan penuh. Lagipun anak mereka
minat bidang perubatan dan mahu teruskan pengajian.
“Memandangkan tajaan Mara dan JPA tidak lagi ditawarkan,
ramai ibu bapa terpengaruh dengan ejen swasta kerana janji kononnya anak mereka
akan mendapat tajaan jika cemerlang,” katanya.
Padah tipu cinta doktor muda
Jika tipu RM75,000 penjara 21 tahun, adakah tipu RM150,000
penjara 42 tahun, tipu RM300,000 penjara 84 tahun dan seterusnya? Adakah
hukumannya sama untuk mereka yang mencuri, menerima rasuah dsbnya?
Padah tipu cinta doktor muda
20 Sep 2016
MELAKA – Kelicikan seorang wanita yang menyamar di aplikasi
media sosial untuk memperdaya seorang doktor muda sehingga sanggup menyerahkan
RM74,250 bagi urusan majlis perkahwinan mereka akhirnya memakan diri apabila
dia dijatuhi hukuman penjara 21 tahun oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Norina Maludin menjatuhkan hukuman tersebut dan
denda sebanyak RM10,000 ke atas Siti Latifah Mohd. Said, 29, selepas pihak
pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pendakwaan ke atas kes
yang berlaku dua tahun lalu itu.
Wanita dari Telok Mas di sini itu didakwa atas tujuh
pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara
sehingga 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.
Mengikut pertuduhan pertama hingga ketujuh, Siti Latifah
yang menyamar sebagai Khalisya Najwa didakwa memperdaya seorang lelaki berusia
28 tahun sehingga mangsa menyerahkan wang berjumlah RM74,250 yang dilakukan
sebanyak tujuh kali di tiga lokasi berasingan di Ayer Keroh antara 7 Oktober
dan 3 November 2014.
Ketika kejadian mangsa bertugas sebagai doktor di Hospital
Melaka.
Difahamkan Siti Latifah sebenarnya menyamar dengan dua watak
berbeza untuk memperdayakan doktor lelaki itu.
20160913
Langgan:
Catatan (Atom)