KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20161028

Sumbangan untuk banduan beragama Islam diperlukan



Sumbangan untuk banduan beragama Islam diperlukan. Pihak kami sedang mengumpul barangan di bawah ini untuk kegunaan kelas agama banduan di penjara :
1. Al Quran beserta terjemahan Bahasa Melayu/Inggeris , 10 naskhah tiap satu.
2. Buku panduan solat Bahasa Melayu/Inggeris
3. Bahan bacaan ilmiah Bahasa Melayu/Inggeris
4. VCD kuliah agama Bahasa Melayu/Inggeris.

Bahan yang hendak disumbangkan boleh yang baru atau terpakai yang masih elok. Mendapat kelulusan KDN serta bukan cetak rompak. Sumbangan tunai tidak diterima. Mereka yang ingin menyumbang sila hubungi Hj Rozmal 0122267406 atau Sdr Nazri Zainal 0199103431




Page Usahawan Asnaf Negeri Sembilan



Page Usahawan Asnaf Negeri Sembilan ini adalah untuk mempromosi produk dan perkhidmatan golongan asnaf di negeri ini secara percuma. Golongan asnaf yang ingin mempromosi di Page ini sila whatsapp butiran di bawah ini ke 0136096680 (Firdaus):
Nama:
No KP:
Alamat:
Tel:
Produk/Perkhidmatan:
Gambar produk/perkhidmatan

Sama-sama kita membantu golongan ini dengan membeli produk serta mendapatkan perkhidmatan mereka atau "Share" ramai-ramai

#usahawanasnafnegerisembilan

20161024

Senyum mampu kurankan stres dan baik untuk jantung



“Smiling Reduces Stress And Helps The Heart” - A new study suggests that holding a smile on one's face during periods of stress may help the heart. The study, due to be published in a forthcoming issue of Psychological Science. The study is the work of psychological scientists Tara Kraft and Sarah Pressman of the University of Kansas. They looked at how different types of smiling, and people being aware of smiling, affected their ability to recover from stressful episodes. Researchers often class smiles as being of two types: standard smiles, where only the mouth shapes the smile, and genuine or Duchenne smiles, where the muscles around the mouth and the eyes shape the smile. They found the participants who were instructed to smile, and in particular those whose faces expressed genuine or Duchenne smiles, had lower heart rates after recovery from the stress activities than the ones who held their faces in neutral expressions.

20161019

Pengumpulan Pakaian Seragam, Beg, Kasut, Perlatan Sekolah



Pengumpulan Pakaian Seragam, Beg, Kasut, Perlatan Sekolah

Pihak kami sedang mengumpul pakaian seragam, beg, tudung putih, songkok hitam, kasut, peralatan sekolah menengah/rendah samada yang baru atau pun yang terpakai yang masih dalam keadaan baik dan bersih untuk diagihkan kepada pelajar miskin untuk sesi persekolahan 2017 nanti. Kepada mereka yang ingin memberi sumbangan pakaian seragam, beg, tudung putih, songkok hitam, kasut, peralatan sekolah menengah/rendah samada yang baru atau pun yang terpakai yang masih dalam keadaan baik serta bersih sila hubungi Pn Masita 0192655059 atau Pn Rusilah 0193572101  atau boleh hantar terus ke No 93, Jalan TTJ 3/9, Taman Tuanku Jaafar, 71450 Sg Gadut, Negeri Sembilan


Sanggup nak lacur isteri akibat ketagih judi



Harian Metro 19 Okt 2016 - Akibat ketagihan judi, bukan kereta dan barang kemas sahaja yang dijual, malah wanita bergelar isteri sanggup dilacur untuk melangsaikan hutang suami kaki judi. Itu situasi malang yang dialami seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Ayu, 37, selepas suaminya yang juga bekas kakitangan kerajaan terjebak bermain judi dalam talian sejak dua tahun lalu. Ayu yang sebelum ini menetap di Port Dickson, Negeri Sembilan berkata, kehidupan rumahtangganya kian hancur selepas suaminya mula berjinak-jinak dengan permainan mesin judi di kawasan itu sehingga berubah menjadi ‘penagih’ judi. Katanya, suaminya yang dulu seorang yang bertanggungjawab dan penyayang, berubah 360 darjah menjadi seorang yang pemarah dan tamak. “Suami saya pernah berhenti main judi selepas pihak berkuasa membuat operasi besar-besaran sehingga semua pusat judi di Port Dickson ditutup. Tetapi apabila sindiket mula beroperasi semula, suami kembali berjudi.


Alangkah baiknya jika tempat ini dijadikan pondok transit



Alangkah baiknya jika tempat ini dijadikan pondok transit untuk mereka yang tidak mampu menyewa rumah

Apa nasib bazar sementara?

19 Okt. 2016  - Selepas hampir dua tahun dikosongkan, sebuah bazar sementara berhampiran Flat Uda di Ampangan, Seremban di sini terbiar tanpa pengawasan sehingga menjadi tempat tidur beberapa warga asing. Tinjauan mendapati sebanyak tiga blok yang menempatkan lebih 80 unit gerai itu tidak terurus malah ada sebahagian daripadanya dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Beberapa komponen motosikal juga ditemukan di dalam beberapa unit gerai yang dipercayai dijadikan tempat untuk membaiki motosikal. Sebelum ini juga, ada warga emas yang tidak memiliki rumah sendiri menjadikan unit gerai di pasar sementara itu sebagai tempat tinggal.