KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140915

Melaka berisiko kehilangan warisan Naning berusia 600 tahun




Melaka berisiko kehilangan warisan Naning berusia 600 tahun
14 September, 2014

Masa depan sejarah 637 tahun warisan Naning di Melaka menjadi persoalan dengan langkah kerajaan negeri untuk mengambil kembali dewan komuniti dan rumah rasmi penghulu itu sendiri.

Pegawai Daerah Alor Gajah Daud Hassan telah mengarahkan Naning penghulu ke-19, Datuk Abdul Latif Hashim mengosongkan kedua-dua bangunan di Simpang Ampat, Melaka esok.

Notis pengusiran bertarikh 18 Ogos telah dihantar kepada Dewan Naning pada 26 Ogos.

Daud berkata surat itu menyatakan bahawa kerajaan negeri itu mahu menukar dewan dan rumah ke muzium.

"Kami merayu kepada YAM Datuk Orang Kaya Seri Raja Merah, Datuk Abdul Latif Datuk Hj Hashim mengosongkan bangunan pada 15 Sept untuk memudahkan proses pemulihan," Daud telah menulis dalam surat itu.

Sebagai tindak balas, Abdul Latif mempersoalkan rasional menghapuskan warisan yang hidup kepada satu lagi muzium yang memaparkan objek tidak bernyawa.

"Ini adalah satu percubaan yang terang-terangan untuk menghapuskan warisan Naning itu," katanya.

"Kami telah mengekalkan budaya Adat Perpatih selama berabad-abad.

"Aktiviti istiadat diadakan di Balai (dewan). Tanpa dewan istiadat, budaya, tradisi, dan warisan akan dihapuskan, "katanya.

Kerajaan Melaka, katanya, akan membuat satu penghinaan terhadap dunia status warisan Unesco jika ia meneruskan rancangannya untuk menafikan kewujudan Naning dalam sejarah negara.

Sebahagian daripada ketua-ketua Naning, termasuk Datuk Dol Said (penghulu kesembilan) dan Datuk Othman Kering (penghulu ke-16), adalah dalam sejarah Malaysia kerana mereka berjuang dengan berani menentang penjajahan asing, kata Abdul Latif.

Utamakan anak kita jadi anak soleh, bukan 5A UPSR



Kita sebagai ibu bapa dan guru hendaklah mengutamakan anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh, bukan 5A UPSR. Kalau kita hendakkan anak kita menjadi anak yang soleh, kita sebagai ibu bapa dan guru perlulah menjadi orang yang soleh.

InsyaAllah tidak akan ada masalah kebocoran soalan UPSR.

Anak soleh yang utama, 5A UPSR adalah perkara kedua.

Anak saya ada yang mendapat 5A, ada yang 2A 3B dalam UPSR. Mereka adalah anak saya, saya sayang mereka sama saja, tak kiralah berapa A mereka dapat dalam UPSR, PT3, PMR, SPM.

20140913

Keluarga saudara baru menumpang di rumah ibadat bukan Islam

Saya mendapat panggilan telefon dari seorang lelaki saudara baru berasal bukan dari N.Sembilan, kini bekerja dan menetap di Selangor. Ayah dan ibunya pun saudara baru dari negeri luar Semenanjung Malaysia. Ayah dan ibunya mengikut anak lelakinya apabila memeluk Islam.

Tapi kini terpaksa menumpang sementara di rumah ibadat bukan Islam, agama mereka dahulu.

Lelaki tadi yang hanya bekerja biasa cuba mendapatkan rumah sewa, berhampiran tempat dia bekerja.

Tempat ibadat Islam atau masjid di Malaysia ini kebanyakannya tiada rumah atau bilik perlindungan untuk kendalikan kes sebegini.

Kepada mana-mana pihak yang ingin membantu keluarga saudara baru ini untuk keluar dari rumah ibadat bukan Islam tersebut sila Tel/Whatsapp saya 012-2267406 . Kes berlaku di Selangor.

Di sini bermulanya sebuah cinta. Cinta kerana ALLAH.

Hj Rozmal bin Malakan
Sabtu 13 September 2014, 8.15 pagi

20140912

CATUAN AIR BERMULA DI REMBAU




Marilah kita memenuhi masjid-masjid di Rembau dengan solat jemaah, memohon doa agar diturunkan hujan di empangan Gemencheh.

Pemberitahuan : Catuan air berjadual bagi Daerah Tampin dan Daerah Rembau
September 10, 2014

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan mengumumkan catuan bekalan air akan dilakukan oleh Sains di Daerah Tampin dan Rembau bermula 22 September tahun ini.

Catuan berkala ini terpaksa diaturkan oleh Sains berikutan bekalan air di Empangan Gemencheh berada dalam keadaan kritikal.

Keputusan mengurangkan kapasiti 7.5 juta galen sehari kepada 3.75 juta galen sehari bertujuan memanjangkan tempoh masa sedia bekalan air di Empangan Gemencheh, Tampin.

20140907

Nak bantu Sekolah Agama buat Pondok Menunggu?


Terdapat lebih kurang 300 orang pelajar di Sekolah Agama Rakyat Dato Abdullah, Rembau. Buat masa ini tiada pondok menunggu atau waqaf yang didirikan untuk para pelajar menunggu kenderaan atau van sekolah apabila tamat waktu persekolahan.

Sehubungan dengan itu para individu atau kontraktor yang berminat untuk menderma sebuah pondok menunggu ini adalah amat dialukan.

Kepada mereka yang berminat sila hubungi Haji Rozmal ( Tel/Whatsapp 012-2267406 )

Sekolah Agama Dato Abdullah ini terletak di pekan Rembau di belakang Balai Polis Rembau bersebelahan dengan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yuh Hua.

Program Ibadah Korban Perdana 1435 H anjuran PAS DUN Kota


Mereka yang ingin mengambil bahagian dalam program ini kos untuk sebahagian daging korban lembu termasuk kos pengurusan ialah RM450.

Agihan daging korban ini boleh dibuat sendiri oleh peserta korban atau diserahkan kepada pihak penganjur untuk diagihkan kepada penduduk kampung serta penduduk di kawasan perumahan kos rendah serta kawasan perumahan rakyat termiskin di sekitar Rembau.

Kepada mereka yang ingin menyertai ibadah korban ini sila hubungi Penasihat Program Hj Rozmal bin Malakan Tel/SMS/Whatsapp 012-2267406

HOMESTAY ANJUNG TAMU REMBAU

HOMESTAY ANJUNG TAMU REMBAU
Kedudukan yang amat strategik
Terletak depan Dewan Sri Rembau, Majlis Daerah Rembau
Berhampiran pekan Rembau, stesen komuter dan keretapi
Untuk pertanyaan atau tempahan sila hubungi Pn Zaridah 013-6040924 , 06-6851009

 

20140906

Ambil beratlah mereka di sekeliling kita


Ini gambar kaki jiran saya. Sudah setahun dia menghidap penyakit kaki yang serius menyebabkan dia tidak dapat berjalan, hanya mengensot. Anak-anak masih bersekolah, manakala isteri suri rumah sepenuh masa.

Semua pihak telah membantu beliau, sanak saudara, jiran tetangga, pihak surau, masjid, Majlis Agama Islam dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat termasuk pihak sekolah.

Sekiranya semua kita ambil berat mereka di sekeliling kita, pasti kita tidak akan dengar kisah penderitaan rakyat Malaysia terpampang di dada-dada akhbar atau disiarkan dalam program Bersama Mu TV3.

Cukup sama-sama kita ambil berat dan gunakan Whatsapp dan FB sebagai media mendapat simpati orang ramai bukan menggunakan Whatsapp dan FB untuk menyebarkan perasaan benci, hasad, dengki.

Mereka yang ada kaki yang masih sihat, gunakanlah untuk mengajak manusia kepada kebaikan, rajinkanlah diri solat di masjid, dengar kuliah dan sebagainya, sebelum nikmat kaki kita ditarik.

Sebarkanlah kemaafan dan kasih sayang.

Tawaran menaja pelajar pondok anak yatim


Banyak cara untuk kita dapat pahala. Antaranya ialah membantu membayar yuran pelajar pondok yang datang dari keluarga miskin, susah, anak yatim dan sebagainya.

Saya diberitahu di Rembau ada satu keluarga lapan beradik yang kematian bapa beberapa tahun sudah mempunyai dua orang anak yang bersekolah pondok. Seorang di Kelantan, seorang di Rembau. Ibunya bekerja sebagai penoreh getah dan mengambil upah membersih rumah dan pejabat untuk menambah pendapatan.

Keluarga ini tidak meminta-minta untuk dibantu, merayu sana sini. Ada anak keluarga ini yang bekerja sebagai pembantu kedai, ada yang bekerja sebagai pembantu pasar. Mereka bersyukur dengan apa yang mereka ada.

Cuma kepada mereka yang ingin menyebarkan kasih sayang, ingin menaja yuran pengajian sekolah pondok pelajar ini atau pelajar sebegini dari keluarga lain, atau membantu sekolah pondok yang mengenakan yuran yang amat rendah kepada pelajar sebegini adakalanya tidak cukup untuk menampung kos operasi sekolah pondok berkenaan bolehlah tel/Whatsapp saya Hj Rozmal 012-2267406

Sebarkanlah kemaafan dan kasih sayang.

20140902

“Near Miss Incident”



Dalam “Safety and Health” atau JKKP ada istilah “Near Miss Incident or Accident” iaitu Kejadian atau Kemalangan yang berkemungkinan berlaku tetapi tak berlaku pun. Mengikut akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ianya mesti dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Dalam kes jenayah saya tak pasti samada PDRM ada istilah “Near Miss Crime” iaitu jenayah yang ada kemungkinan berlaku , bagaimana prosedur siasatan mereka terhadap kes sebegini?

Sudah pasti hampir mustahil untuk mengenal pasti pelaku “Near Miss Crime” tetapi ianya boleh diambil sebagai langkah berjaga-jaga oleh orang awam.

Tujuan saya bukan untuk menyusahkan PDRM tetapi untuk membantu orang awam bekerjasama dengan PDRM.

“Guys, open for discussion”

Di Rembau sepatutnya tak berlaku kes pelajar tak mampu ke IPTA



Terima kasih kepada semua pihak yang amat prihatin dengan kes seorang pelajar dari keluarga miskin di Kota, Rembau ini yang tak mampu untuk jelaskan yuran untuk masuk IPTA. Malahan pihak IPTA tersebut turut memberikan kerjasama yang amat baik.

Sepatutnya kes begini tidak berlaku di Rembau yang begitu kaya dengan adat.

Tahu tak apa makna kita ada pelbagai suku di Rembau ini? Adakah sekadar seronok-seronok untuk tontonan kebudayaan?

Sistem suku dalam Adat Perpatih ini sepatutnya adalah juga menjaga kebajikan anak buahnya. Kita ada 12 suku saja di Rembau ini, mana yang tiada suku, boleh berkedim.

12 suku kita di Rembau ini ramai di luar Rembau yang bekerja di kotaraya malahan luar negara. Kalau mereka tahu ada ahli suku mereka dalam kesusahan pasti mereka akan bantu.

Oleh itu Ketua Adat sepatutnya diberi lebih peranan atau memainkan peranan untuk membantu anak-anak buah ini. Buat rangkaian dengan semua anak buah mereka dalam dan luar negara.

Anak-anak buah kita yang di luar Rembau ramai yang nak membantu, tetapi tidak tahu caranya.

Tolonglah seperkara lagi. Dalam kita hendak membantu anak buah kita, orang Rembau, tolong ketepikan isu politik.

Selagi mereka ini perlukan bantuan, bantulah kalau kita mampu. Janganlah tanya mereka parti apa, mereka undi siapa dulu.

Oh ya, pelajar tadi mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang membantu.

Saya kata kepada pelajar tadi, ini bukan kerja saya, ini kerja ALLAH. Kita bantu hanya sebagai tanda syukur kita kepada ALLAH.

20140901

Satu lagi Pondok Tahfiz akan didirikan di Rembau


InsyaAllah sebuah lagi Pondok Tahfiz swasta yang baharu akan didirikan di Rembau. Ianya akan didirikan di atas tanah seluas 1.3 ekar hasil sumbangan orang kampung di tepi jalan.

Proses penebangan pokok dan meratakan tanah sedang dijalankan pada ketika ini.

Mereka yang ingin menyumbang untuk pembinaan Pondok Tahfiz di Rembau ini sila dapatkan maklumat lanjut di https://www.facebook.com/tahfiz.algontory

Semoga bumi Rembau akan kembali mekar dengan syiar Islam