KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140228

Kebakaran Pejabat Daerah Rembau dipercayai perbuatan khianat


Malam tadi khabarnya telah berlaku kebakaran di Pejabat Daerah Rembau. Maklumat lanjut belum diperolehi. 78 tahun dahulu pada 21 November tahun 1936 juga telah berlaku kebakaran besar di Pejabat Daerah Rembau yang dipercayai akibat perbuatan khianat.

Semoga tiada dokumen-dokumen penting yang musnah dalam kebakaran tersebut , terutamanya geran-geran tanah penduduk kampung.

20140220

Kemarau, krisis air sepatutnya mendekatkan insan dengan Allah


Semoga dengan cuaca kering, tiada hujan dan krisis air yang melanda negara pada ketika ini akan membuatkan insan mengenal Pencipta alam ini serta mendekatkan lebih ramai umat Islam dengan masjid 5 waktu sehari semalam.

Isu air: Bilik gerakan bencana dibuka di Seremban
19 Februari 2014

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan bertindak membuka bilik gerakan bencana di Seremban sejak tiga hari lepas berikutan masalah kekeringan sumber air mentah dari Sungai Batang Benar, Pantai dekat ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata semua jabatan dan agensi kerajaan turut berganding bahu untuk memastikan bekalan air terawat dan bersih kepada pengguna dapat berjalan dengan lancar.

"Walaupun kita tidak dapat bekalkan seperti biasa melalui paip, tapi kita nak pastikan lori tangki sentiasa ada dan memenuhi tangki statik yang diletakkan di kawasan terjejas.

"Walaupun kita belum lagi mengalami secara menyeluruh, tetapi sesetengah kawasan terutamanya di Seremban, kita telah mulakan catuan air kerana beberapa isu dan masalah yang kita hadapi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohamad berkata catuan air telah dimulakan antaranya di kawasan Sendayan, Mambau dan Rasah melibatkan 7,000 pengguna.

Katanya rumah pam di situ pada hari-hari biasa mampu membekalkan air mentah sebanyak tiga juta gelen sehari tetapi kini bekalan airnya telah kering.

20140204

Kuliah Ustaz Dato Arshad 7 Feb 2014


KULIAH HADITH 40
Bersama Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad
Tarikh : 7 Feb 2014, Jumaat
Masa : 7.30 mlm, selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir