Semoga dengan cuaca kering, tiada hujan
dan krisis air yang melanda negara pada ketika ini akan membuatkan
insan mengenal Pencipta alam ini serta mendekatkan lebih ramai umat
Islam dengan masjid 5 waktu sehari semalam.
Isu air: Bilik gerakan bencana dibuka
di Seremban
19 Februari 2014
SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan
bertindak membuka bilik gerakan bencana di Seremban sejak tiga hari
lepas berikutan masalah kekeringan sumber air mentah dari Sungai
Batang Benar, Pantai dekat ini.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan
berkata semua jabatan dan agensi kerajaan turut berganding bahu untuk
memastikan bekalan air terawat dan bersih kepada pengguna dapat
berjalan dengan lancar.
"Walaupun kita tidak dapat
bekalkan seperti biasa melalui paip, tapi kita nak pastikan lori
tangki sentiasa ada dan memenuhi tangki statik yang diletakkan di
kawasan terjejas.
"Walaupun kita belum lagi
mengalami secara menyeluruh, tetapi sesetengah kawasan terutamanya di
Seremban, kita telah mulakan catuan air kerana beberapa isu dan
masalah yang kita hadapi," katanya kepada pemberita di sini,
hari ini.
Mohamad berkata catuan air telah
dimulakan antaranya di kawasan Sendayan, Mambau dan Rasah melibatkan
7,000 pengguna.
Katanya rumah pam di situ pada
hari-hari biasa mampu membekalkan air mentah sebanyak tiga juta gelen
sehari tetapi kini bekalan airnya telah kering.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan