KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140430

Ulamak kampung, yang hubungkan Rembau dan Siak




Terlalu amat sukar sekarang kita nak jumpa ulamak-ulamak seperti ini.

Shaykh Muhammad Harith bin Ahmad
- Dilahirkan di Kampung Nerasau, Rembau antara tahun 1905 hingga 1906, dari suku Batu Hampar, berkahwin dengan Hajjah Mariam binti Joned.
- Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Penajis.
- Mempunyai kecerdasan yang agak mengagumkan terutama dalam bidang matematik. - -- Pernah bertugas di Kendong Estate, Kota, pemilik estet yang berbangsa Inggeris.
- Beliau adalah murid tua kepada Shaykh Muhammad Said al-Linggi, pengembang Tariqat Ahmadiyyah.
- Berulang-alik ke Ampangan, Seremban untuk berguru kepada Shaykh Abdullah, anak kepada Shaykh Muhammad Said al-Linggi.
- Menyara kehidupan dengan menjalankan perniagaan membeli getah di kedai bapa mertuanya yang terletak berhampiran dengan padang Sekolah Melayu Astana Raja.
- Kelibat Shaykh dikatakan tidak setempat. Sekejap di Seremban, sekejap di Melaka. Semuanya dalam keadaan berbasikal. Menunggang sangat laju. Mendaki bukit sama seperti menurun bukit lajunya.
- Walaupun mengajar di Melaka, Shaykh tetap mengajar di kampungnya sendiri dan kampung-kampung lain yang menghilir ke Melaka seperti Kampung Sawah Raja, Kampung Titian Akar dan Kampung Titian Bintangor.
- Shaykh bersama beberapa orang anak muridnya telah menyeberang Kuala Linggi menuju ke Siak. Perahu mereka dikejar oleh kapal penjajah. Shaykh mengangkat serbannya seolah-olah memberi isyarat tertentu. Dengan tiba-tiba turun hujan ribut di sebelah kapal penjajah Belanda sedangkan perahu yang dinaiki Shaykh berada dalam keadaan cuaca sangat yang baik dengan angin semakin kencang mempercepatkan perjalanan mereka menuju ke Selat Bengkalis.
- Sebelum berpindah, Shaykh pergi menghadap Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dengan tujuan untuk mendapat surat akuan daripada baginda. Shaykh juga telah menerima surat sokongan dari Haji Ipap yang merupakan Undang Rembau. Surat-surat itu kemudiannya dipersembahkan kepada pemerintah Siak pada masa itu iaitu Sultan Sharif Kassim.
- Keberadaan Shaykh di Siak telah mewujudkan hubungan erat dua hala antara Siak dan Rembau.
- Sekitar bulan Disember 1947, Shaykh menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapan ratusan orang muridnya. Jenazahnya telah dikebumikan betul-betul di hadapan mihrab masjidnya seperti yang diwasiat kepada anak muridnya.

Tiada ulasan: