KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20160104

Pujuk masuk kereta – Cubaan Culik



Pujuk masuk kereta – Cubaan Culik
Harian Metro 4 Jan 2016


Melaka: Jeritan seorang remaja menyelamatkan sepupunya daripada dilarikan lelaki tidak dikenali selepas menyedari gelagat individu berkenaan memujuk kanak-kanak itu masuk ke dalam Perodua Myvi dalam kejadian di Taman Seri Telok Emas, di sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 11.20 pagi, Muhammad Arsyad Mohd Nor, 14, menjerit dan mengarahkan Muhammad Faqih Sulaiman, 6, pulang ke rumah selepas melihat kanak-kanak itu hampir memasuki Perodua Myvi terbabit.

Bapa kanak-kanak itu, Sulaiman Kamaludin, 32, berkata, sebelum kejadian anaknya ditemani seorang lagi sepupunya, Muhammad Aizam Mohd Nor, 9, ke sebuah kedai terletak kira-kira 100 meter dari rumah mereka untuk membeli mainan.

“Selepas bangun tidur, Muhammad Faqih mengajak Aizam ke kedai untuk membeli mainan menggunakan wang diberikan datuknya, namun saya curiga selepas dia pulang dalam keadaan menangis dan ketakutan.

“Anak saudara kemudian menceritakan kejadian sebelum saya membuat laporan polis dan pergi semula ke kedai terbabit untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV),” katanya.


Tiada ulasan: