KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20160330

Masih ada yang tak mampu ke sekolah kerana kemiskinan



Sahabat saya Hj Hassan Tamby maklumkan malam tadi masih ada lagi beberapa keluarga fakir miskin sekitar Senawang yang anak-anak mereka ada yang tidak bersekolah kerana tidak mampu untuk ke sekolah. Kepada mereka yang memohon bantuan fikir-fikirkanlah, kalau tak kritikal tak perlulah mohon. Kerana masih ada yang kritikal untuk dibantu. Jika tidak cukup duit sambung belajar ke IPTA, bekerja sajalah. Kalau hisap rokok, berhentilah. Kalau bil elektrik tinggi, pasang lampu ruang utama saja, TV jangan tengok, jangan caj telefon selalu, belajarlah jimat elektrik dan air. Ini yang tak sekolah masih ramai, sedangkan ini yang paling asas.

Kawal atau hentikan majlis akad nikah di masjid



Telah beberapa hari berlalu kisah yang menggemparkan negara iaitu pergaduhan di masjid ketika majlis akad nikah kerana wang hantaran dari pengantin lelaki tidak cukup RM15,000. Namun tiada kenyataan atau tindakan dari pihak berkuasa berkenaan isu ini di mana majlis akad nikah di masjid perlu dikawal atau lebih baik tidak dibenarkan lagi. Masjid bukan tempat wanita memperagakan perhiasan, menunjuk fesyen, mempertontonkan bentuk tubuh badan kepada jemaah lelaki yang menunaikan solat jemaah atau beriktikaf di masjid. Isu Wahabbi kita ambil tindakan tegas, tapi isu ini sampai bertumbuk, tarik tudung, baling selipar tak ada satu suara yang berkuasa pun yang bertegas isu ini.


20160329

Laporan semasa projek bantu baiki laptop/PC pelajar miskin



Laporan semasa projek bantu baiki laptop/PC pelajar miskin. Projek ini bermula awal Februari 2016. Sehingga akhir Mac 2016 seramai 8 orang pelajar miskin yang perlukan sumbangan untuk membaiki laptop/PC mereka telah dibantu hasil sumbangan orang ramai serta rakan-rakan FB semua. Pelajar yang dibantu tersebut ialah seorang pelajar Kolej Vokasional, seorang pelajar UPSI, seorang pelajar Politeknik, 4 orang pelajar UITM dan seorang pelajar Tingkatan 6 yang melibatkan kos berjumlah RM2,896.00. Pelajar ini dipilih setelah dibuat tapisan, kerana ada yang kami fikirkan tidak layak untuk mendapat bantuan kerana keluarga mereka berkemampuan. Terima kasih sekali lagi kepada mereka yang telah membantu pelajar-pelajar ini. Program ini akan diteruskan selagi ada keperluan serta ada penyumbang. 


Kerja paling malas rezekiku



Saya sarankan suri rumah, pelajar IPTA dari keluarga miskin, sekiranya sihat, agar menawarkan perkhidmatan seperti ini. Hendak minta bantuan susah sekarang, sekarang zaman gawat, saudara mara susah nak tolong, apatah lagi jiran tetangga. Kami boleh bantu promosi insyaAllah

Kerja paling malas rezekiku



PERKHIDMATAN dobi layan diri mungkin dapat menyelesaikan kerja rumah sesetengah orang, namun bagaimana pula dengan kerja melipat kain dan menggosok baju?

Memikirkan persoalan itu telah mendorong seorang suri rumah, Mazrita Ahmad Mustafa, 38, untuk menawarkan perkhidmatan terbabit di rumahnya yang diusahakan sejak tiga bulan lalu.

Dengan mengenakan bayaran RM2 sekilogram, manakala untuk menggosok baju pula serendah RM1, dia kini sudah mampu mempunyai pelanggan sendiri.

Kaki patah

Bagi ibu kepada seorang cahaya mata ini, sama ada sikit atau banyak dia menerimanya dengan hati terbuka kerana menganggapnya itu adalah rezeki.

“Dulu saya kerja kilang, tapi sejak kaki saya patah akibat terjatuh tangga ketika pasang langsir di rumah tahun lalu, saya terpaksa berhenti kerja sebab kaki tak kuat lagi.

“Untuk bantu suami tambah pendapatan saya ambil upah jaga budak di rumah. Tapi saya tengok ada juga masa terluang dan idea untuk buat servis ini timbul.

Masalah adat biar adat selesaikan



Ungkapan “Masalah adat biar adat selesaikan” adalah tidak semestinya dibiarkan dalam situasi yang memerlukan pihak yang berkuasa luar adat mengambil jalan tengah untuk menyelasaikan konflik melibatkan kepentingan umum. Pada tahun 1909, kerajaan British telah campurtangan dalam perundangan adat Perpatih apabila British mendapati banyak tanah terbiar yang tidak diusahakan dan lelaki tidak mempunyai hak untuk mengusahakan tanah adat.



Sumbangan buku sekolah



Baru-baru ini ada rakan FB telah menghadiahkan buku-buku untuk pelajar Tingkatan 6. Hari ini sahabat kami Firdaus telah menyampaikan kepada pelajar yang memerlukan di SMK Dato Sheikh Ahmad, Seremban. Terima kasih kepada yang menyumbang dan yang sudi menerima sumbangan.