KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20160324

Dua jam kaut RM60



Itu sebabnya kami tidak memberi sumbangan wang ringgit. Mereka yang perlu bantuan kami tanya dulu duit itu untuk buat apa, kalau makanan, kami belikan makanan. Kalau nak bayar bil elektrik, kami sendiri pergi bayarkan bil elektrik. Elakkan memberi tunai kepada mereka yang meminta-minta. Banyakkan memberi sumbangan kepada mereka yang susah tetapi tidak meminta-minta.

Dua jam kaut RM60
23 Mac 2016


Kuala Terengganu: “Dalam tempoh dua jam saya mampu memperoleh RM60 hasil mengemis di hadapan pintu bank di bandar raya ini, dengan wang itu sebahagiannya saya gunakan untuk membeli bekalan dadah.

“Dengan hasil mengemis itu juga saya gunakan untuk membayar sewa hotel bajet yang disewa secara bulanan sebanyak RM350 sebulan,” kata Abdullah Abdul Rahman, 44, (bukan nama sebenar) yang ditahan dalam Operasi Khas dijalankan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Menurutnya, dia hanya mengemis selama satu jam pada sebelah pagi dan satu jam pada waktu malam di hadapan pintu bank.

Katanya, habuan diperoleh hasil mengemis di hadapan pintu bank akan digunakan membeli pil kuda dan morfin bagi menghilangkan ketagihan.

“Berbekalkan al-Quran ditambah fizikal saya yang mengalami kecacatan akibat terbabit kemalangan kira-kira lima tahun lalu lebih memudahkan saya untuk menarik perhatian orang ramai apabila saya mengemis di kawasan itu.

Tiada ulasan: