Kami tangkap, kami bantu
29 Jun 2016
Alor Setar: Penahanan seorang juvana kerana mencuri
motosikal di rumahnya mungkin membawa hikmah kepada keluarga remaja itu apabila
anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menghulurkan sumbangan
Aidilfitri selepas tersentuh melihat kedaifan keluarganya.
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi
Jidin berkata, pada 10 Jun lalu, anggotanya menahan remaja berusia 17 tahun di
rumahnya di Kampung Alor Tebuan kerana mencuri motosikal sebelum tersentuh
melihat kedaifan keluarga terbabit.
"Selepas melihat kedaifan mereka, kami mengambil
keputusan untuk membantu keluarga ini dengan gotong-royong membersih dan
membaiki rumah yang hampir reput serta dikelilingi reban ayam dan burung.
“Kami turut memberi sumbangan makanan dan keperluan asas
kepada mereka.
"Kami harap bantuan ini dapat mengurangkan beban mereka
dan meraikan Aidilfitri lebih selesa. Selepas ini, kami akan bantu tiga lagi
keluarga yang menghadapi masalah sama," katanya di Kampung Alor Tebuan di
sini, hari ini.
Seramai 30 anggota IPD Kota Setar membersih rumah keluarga
itu selain dibantu masyarakat setempat. Semua sumbangan bernilai hampir RM4,000
hasil sumbangan dan kutipan pegawai dan anggota IPD Kota Setar.
Bapa remaja itu, Amron Burha, 48, berkata dia bersama
isteri, Asa Ahmad, 49, serta tiga anak lelaki berumur 14 hingga 18 tahun sudah
biasa dengan kehidupan serba kekurangan namun keadaan mereka bertambah susah
apabila dia tidak dapat bekerja selepas sakit.
"Sebelum ini saya memperoleh RM12 sehari hasil menjual
ikan namun sejak enam bulan lalu, saya terlantar di rumah selepas kaki
membengkak akibat kencing manis. Kini, dua anak mengambil tugas menyara
keluarga dengan mengambil upah membuat bendang dan memotong rumput.
"Anak-anak terpaksa berhenti belajar sejak tahun lalu
kerana tidak mampu. Duit yang ada digunakan sepenuhnya untuk membeli makanan
dan keperluan keluarga namun ia tidak mencukupi walaupun menerima bantuan
bulanan RM150 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.
Amron berkata, sepanjang Ramadan ini, mereka bersahur dan
berbuka dengan apa yang ada