KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20161130

Hentikan pengambilan pekerja Myanmar, harap pihak Istana bersuara




29 Nov 2016 : Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa kerajaan menghentikan serta merta pengambilan pekerja Myanmar serta memboikot perniagaan warga negara itu sebagai tanda bantahan terhadap kekejaman ke atas etnik Rohingya. Gesaan lain termasuk menghentikan visa kemasukan pekerja Myanmar ke negara ini dan membatalkan Myanmar sebagai negara sumber. Presiden Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Dr Noorazman Mohd Samsuddin, berkata dengan pembatalan visa itu, kerajaan dicadangkan mengeluarkan pas khas kepada pelarian Rohingya di negara ini untuk bekerja. Katanya, mekanisme itu bagi memenuhi keperluan tenaga asing di negara ini dan orang pelarian akan dapat meneruskan hidup sebelum mereka dihantar pulang. Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Persatuan Anak Muda Islam Malaysia dan Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia di sini, hari ini. Noorazman berkata, seramai 143,623 warga Myanmar bekerja di negara ini sudah banyak menimbulkan pelbagai masalah sosial dan jenayah sehingga menimbulkan rasa tidak selesa rakyat tempatan. Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, pula menggesa semua pihak supaya bersatu membantu nasib rakyat Rohingya. "Saya juga berharap pihak Istana selaku ketua agama Islam campur tangan dan bersuara dalam isu ini," katanya.
- Berita Harian

Tiada ulasan: