KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20170921

Membeli Sambil Menderma



Membeli Sambil Menderma

Minuman serbuk Qamar Koko. Harga RM19.80 (sekotak ada 15 sachet).

Setiap pembelian, RM4 akan dimasukkan ke dalam tabung Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Walidaina, Taman Satria, Senawang.

Untuk pembelian sila hubungi 0136369726 Ustaz Mohd Zatullah Kamarudin



Sumbangan kerusi roda untuk pesakit kanser




Sumbangan kerusi roda untuk pesakit kanser
20 September 2017

MELAKA - Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan hari ini melalui wakilnya Tn Hj Ishak Hj Omar telah menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Pn Lydia Laranio, 48 tahun yang menghidap kanser ovari di Taman Seruling, Ayer Molek, Melaka. Suami beliau Khalid bin Abu Kasim, 49 tahun dahulu bekerja sebagai pembantu kedai kini tidak dapat bekerja kerana baru berpindah dari Kuala Lumpur dua bulan yang lalu dan perlu menjaga isterinya. Isterinya memerlukan rawatan susulan di Hospital Ampang setiap minggu selepas pembedahan baru-baru ini. Pn Lydia berasal dari Filipina manakala Khalid berasal dari Kg. Ramuan China Kecil, Masjid Tanah. Pasangan ini mempunyai seorang anak yang kini sedang menuntut di Kolej Matrikulasi. Mereka yang ingin membantu keluarga ini boleh hubungi terus Khalid 0173266420. Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun anak pasangan ini di Bank Rakyat, No akaun 220455383621

Sumbangan Alat Pemadam Api untuk Tahfiz, Madrasah

Terima kepada Sdr Virda Mohd Noor dari syarikat Pro Q Cemerlang yang membuat penghantaran tiga unit alat pemadam api 9kg ke Madrasah Az Zakirin di Rembau hasil sumbangan seorang individu yang prihatin.

Terkini ada satu sekolah tahfiz di Kuala Pilah perlukan 3 unit alat pemadam api dan satu sekolah tahfiz di Gentam perlukan 7 unit alat pemadam api.

Mereka yang ingin memberi sumbangan alat pemadam api boleh hubungi 0122267406 Rozmal atau boleh hubungi terus Sdr Virda 0122847068

Harga satu unit saiz besar 9kg ialah RM125 sudah termasuk GST. Harga istimewa untuk sekolah tahfiz sahaja.





20170907

Jom bantu makcik Zainon



Makcik Zainon umur sekitar 80 tahun walaupun sebelah mata rabun, sebelah mata tak nampak jalan meraba-raba cekal menjaga anaknya yang OKU berusia sekitar 50 tahun di Kg Titian Bintangor, Rembau. Tandas di luar rumahnya terlalu uzur dengan tanah lembut boleh mendatangkan risiko.

Kita bercadang untuk membuat tandas dalam bilik mandi dalam rumahnya yang sedia ada. Kosnya sekitar RM1500.

Mereka yang ingin membantu sila hubungi Hj Ishak 0123494041 atau Hj Rozmal 0122267406