KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20170921

Sumbangan kerusi roda untuk pesakit kanser




Sumbangan kerusi roda untuk pesakit kanser
20 September 2017

MELAKA - Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan hari ini melalui wakilnya Tn Hj Ishak Hj Omar telah menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Pn Lydia Laranio, 48 tahun yang menghidap kanser ovari di Taman Seruling, Ayer Molek, Melaka. Suami beliau Khalid bin Abu Kasim, 49 tahun dahulu bekerja sebagai pembantu kedai kini tidak dapat bekerja kerana baru berpindah dari Kuala Lumpur dua bulan yang lalu dan perlu menjaga isterinya. Isterinya memerlukan rawatan susulan di Hospital Ampang setiap minggu selepas pembedahan baru-baru ini. Pn Lydia berasal dari Filipina manakala Khalid berasal dari Kg. Ramuan China Kecil, Masjid Tanah. Pasangan ini mempunyai seorang anak yang kini sedang menuntut di Kolej Matrikulasi. Mereka yang ingin membantu keluarga ini boleh hubungi terus Khalid 0173266420. Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun anak pasangan ini di Bank Rakyat, No akaun 220455383621

Tiada ulasan: