KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20170131

Bab Jual Beli Masa Solat Jumaat pun ramai yang tak lepas



Bab Jual Beli Masa Solat Jumaat pun ramai yang tak lepas

MAJIKAN TAK SOLAT JUMAAT
29 Januari 2017 – Utusan Malaysia

Apakah hukumnya jika majikan saya tidak menunaikan solat Jumaat sedangkan dia mampu dan tidak berpenyakit. Dia berniaga kedai makan seperti orang biasa ketika solat Jumaat. Apakah gaji dan makanan yang saya makan di kedai tersebut haram walaupun saya pergi menunaikan solat Jumaat?

Waiter, Kuala Lumpur.

UKE: Bagi Mazhab Syafie adalah haram ke atas orang yang diwajibkan mengerjakan sembahyang fardu Jumaat berurusan dengan urusan jual beli selepas azan kedua sembahyang fardu Jumaat dan khatib duduk di atas mimbar. Sungguhpun jual-beli itu sah, namun perbuatan demikian dilarang, malah mereka yang tidak diwajibkan sembahyang Fardu Jumaat pun berdosa apabila dia bermuamalat bersama mereka yang diwajibkan sembahyang fardu Jumaat. Maka yang berdosa ialah tauke kedai anda dan usahakanlah untuk dia bersolat Jumaat.

20170125

MEDAN SELERA TERBIAR DIJADIKAN TEMPAT TINGGAL



'Rumah' medan selera
25 Januari 2017          
           
Sepang: Bagi mereka ia sebuah ‘istana’, namun bagi orang lain ia sebuah kawasan yang tidak selamat, mudah diganggu penjenayah dan diancam binatang liar.

Itu antara risiko yang dihadapi ibu tunggal, Aizalina Ahmad, 38, bersama empat anak perempuan serta seorang cucu lelaki selepas menjadikan bangunan medan selera terbengkalai berhampiran syarikat pembinaan di Jalan Labohan Dagang-Nilai, di sini, sebagai tempat berteduh, sejak dua tahun lalu.

Bangunan terbiar itu kini umpama ‘syurga’ buat lima beranak berkenaan selepas berpindah-randah beberapa tahun lalu termasuk pernah menginap di kedai makan terbengkalai di Sungai Labu, sebuah kabin di bekas tapak pelupusan sampah Sungai Melut berhampiran Kota Warisan dan terakhir di Desa Al-Mansuriah, Kampung Semarang, Dengkil, di sini.

Aizalina ketika ditemui, semalam berkata, dia sekeluarga tiada tempat lain untuk berlindung selepas dibuang keluarga dan bercerai dengan bekas suaminya sejak lapan tahun lalu.

Menurutnya, biarpun dalam keadaan daif dan tidak selesa, dia masih mampu menanggung dua anak perempuannya yang kini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kota Warisan dengan hasil jualan barangan lusuh dan bantuan zakat RM450 sebulan.

Katanya, biarpun hidup dalam serba kedaifan dan kekurangan, namun dia sentiasa memastikan dua anak perempuan yang masih bersekolah mendapat pendidikan secukupnya.

- Harian Metro

KUPON MAKANAN BAGI MEREKA YANG KELAPARAN DI SEREMBAN



KUPON MAKANAN BAGI MEREKA YANG KELAPARAN DI SEREMBAN
24 Januari 2017


PERNAH merasai peritnya tidak cukup wang untuk membeli makanan ketika zaman belajar dahulu telah mendorong tiga beradik bersama sepupu menjayakan projek pemberian token makanan percuma.

Projek itu diusahakan oleh Muhammad Abu Mubarak Ali, 28, Muhammad Faiz, 37, Muhammad Yassin, 45  dan sepupu Qaiser Khan Khaliq Khan, 43, di Restoren KRS, Ampangan di sini, sejak setahun lalu.

Dengan menggunakan tagline ‘Anda Lapar? Tiada Wang? Sila Ambil Satu’, sesiapa sahaja tanpa mengenal kaum dan agama, tanpa segan silu boleh mengambil token tersebut yang berharga RM3.00 daripada tabung disediakan.

Bagi satu kupon setiap orang boleh menikmati dua capati atau roti canai dan secawan air teh yang disediakan hanya di restoran terbabit.

Menceritakan berkenaan projek itu lebih lanjut, Muhammad Abu Mubarak Ali, 28, berkata, idea itu tercetus hujung tahun 2015, selepas dia sering mengikuti aktiviti kesukarelawan termasuklah turun padang memberi gelandangan makan di sekitar Kuala Lumpur.

Menariknya,  sejak dari itu tabung berkenaan tidak pernah kosong bukan kerana tiada yang mengambil token disediakan, tetapi disebabkan ramai yang memberi.

“Setakat ini tidak ada yang mengambil kesempatan dan hanya mereka yang benar-benar memerlukan sahaja menggunakan token ini.

“Kadang-kadang bila saya nampak seseorang yang kelihatan susah, saya sendiri yang tawarkan token itu. Mereka boleh makan di sini atau bawa pulang.

- Sinar Harian

20170124

Maahad Tahfiz Arabic Algontory perlukan sumbangan untuk beli van




Maahad Tahfiz Arabic Algontory di Rembau memerlukan sumbangan untuk membeli van terpakai anggaran harga RM15,000 untuk kegunaan maahad dan sangat diperlukan bagi menampung pelajar seramai 115 orang untuk kegunaan membawa pelajar pergi menunaikan solat Jumaat serta aktiviti lain. Sumbangan boleh terus disalurkan ke akaun MAYBANK 562843505815 atas nama TARB AL GONTORY RESOURCES atau hubungi Ustaz Septian 0132646001

Jumlah terkumpul setakat 23 Januari 2017 ialah RM9,000

Sila sms/whatsapp jumlah yang dimasukkan dan nyatakan untuk duit van

20170119

Mampu ke JKKK baiki rumah PPRT nanti secara gotong royong?



Mampu ke JKKK baiki rumah PPRT nanti secara gotong royong? Sebelum ini, nak baiki rumah keluarga miskin contoh atap bocor kosnya sekitar RM3000 katakan. Tapi menurut cerita kena melalui Ketua Kampung, lepas tu ke Majlis Daerah, lepas tu ke ADUN, lepas tu ke mesyuarat EXCO. Kos asal yang kontraktor boleh buat dengan bayaran tunai RM3000 sudah pasti perlu dinaikkan untuk menampung kos modal yang perlu keluar dulu kemudian kena tunggu pula untuk pembayaran dan kos sampingan lain.


JKKK ambil alih kerja baiki rumah PPRT
16 Januari 2017

Kerajaan akan menyerahkan kerja pembaikan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), mulai tahun ini. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu diputuskan Kabinet pada Disember lalu dalam usaha menjimatkan kos pembaikan PPRT, selain meningkatkan kualiti pembaikan rumah berkenaan.

"Projek pembaikan rumah akan diserahkan kepada JKKK yang akan dilaksanakan secara gotong royong. Sebelum ini, kita dapati kontraktor yang dilantik mengambil marjin keuntungan yang tinggi menyebabkan projek pembaikan tidak disiapkan seperti yang sepatutnya," katanya.

20170112

YURAN PIBG TAK WAJIB BAYAR



Bayaran PIBG adalah sukarela. Ianya adalah sumbangan bukan yuran. Walaupun ibubapa kaya tetapi mereka tidak semestinya wajib membayar sumbangan (yuran) PIBG. Kepimpinan PIBG harus mewujudkan hubungan baik dengan ibubapa. Dengan hubungan yang baik, lebih ramai ibubapa yang akan secara sukarela menyumbang kepada PIBG. Pekeliling PIBG yang telah dikeluarkan sejak 1989 oleh pihak Kementerian menetapkan tidak ada mana-mana pentadbir sekolah boleh memaksa, mengarahkan atau mengenakan apa-apa hukuman kepada pelajar dan ibubapa yang tidak membayar sumbangan (yuran) PIBG. Perkara 38 (a) Di dalam AKTA PENDIDIKAN 1996,PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA & GURU) 1998 [Sub peraturan 7(2)] PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG) secara jelas melarang paksaan apalagi mengenakan hukuman seperti menahan pengagihan buku teks, penahanan keputusan peperiksaan termasuk peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM kepada pelajar yang tidak membayar sumbangan (yuran) PIBG. Laporan kepada pihak berwajib boleh dibuat oleh ibubapa jika ada mana-mana PIBG atau sekolah yang melanggar peruntukan akta ini.