KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20160802

Bimbing warga asnaf kaedah penjimatan elektrik



Bimbing warga asnaf kaedah penjimatan elektrik. Saudara saya di kampung ada 5 anak, setiap bulan dia tak bayar bil elektrik, kerana penggunaan bawah kadar dikena caj. Rumah banglonya tiada TV. Bila malam hanya 1 atau 2 lampu dipasang. Tidur awal, lepas isya, semua lampu tutup. Saya yakin Majlis Agama Islam N.Sembilan melalui Baitulmal terlalu banyak bantu keluarga miskin yg bil elektrik mereka tertunggak, dipotong. Dan ada kes yg berulang dari keluarga yg sama. Saya cadangkan Majlis Agama keluarkan panduan kpd warga asnaf kaedah penjimatan elektrik, berapa banyak lampu perlu dipasang, TV bukan keperluan dsbnya. Buat lawatan ke rumah mereka yg mohon bantuan ini, jika mereka tidak mengamalkan kaedah penjimatan elektrik, keluarkan mereka dari senarai penerima bantuan. Cadangan je, cakap senanglah.

20160801

Warga emas penoreh getah dengan 10 orang tanggungan



Warga emas Pakcik Dollah Ibrahim, 65 tahun dari No. C436, Felda Bukit Jalor, Gemencheh, N.Sembilan masih lagi bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan cuma antara RM15 ke RM25 sehari demi untuk menyara 10 orang tanggungan iaitu seorang isteri, 1 orang anak OKU, 1 orang anak perempuan, 6 orang cucu dan seorang cucu OKU walaupun Pakcik Dollah sendiri ada sakit jantung, asma serta kencing manis.

2 orang cucunya adalah merupakan anak yatim yang lain cucunya ditinggal ayah. Keluarga ini menerima bantuan JKM RM140/bulan, Baitulmal RM200/bulan serta bantuan sekolah tahunan juga bantuan pampers & susu bulanan dari JKM. Namun ianya tidak mencukupi dengan tanggunan yang ramai.

Rumah yang didiami mereka amat usang dindingnya hampir roboh, atapnya bocor, pendawaian elektrik banyak yang rosak. Pernah mendapat bantuan dari Felda untuk baiki atap satu ketika dulu kemudian rosak semula setelah dimamah usia.

3 orang cucunya bersekolah dengan beg yang usang serta koyak. Cucunya yang OKU, Pakcik Dollah hantarkan ke sekolah. Dua lagi cucu yang sekolah rendah berjalan kaki sekitar 2 km untuk ke sekolah.

Antara bantuan yang orang ramai boleh bantu untuk keluarga ini ialah barangan makanan, beg sekolah, basikal serta membaiki rumah.

Mereka yang ingin membantu keluarga ini boleh hubungi 0122267406 Rozmal atau terus hantar ke kediaman mereka.

26 Syawal 1437







20160726

Pek Makanan Asas Kecemasan Untuk Fakir Miskin



Pek Makanan Asas Kecemasan Untuk Fakir Miskin. Cuma RM30, mengandungi, Beras 5kg, Minyak masak botol kecil, Tepung 1kg, Sardin 2 tin kecil, Biskut dlm tin. Untuk sumbangan sila hubungi 0122267406 Rozmal


20160720

Cermin mata sudah siap untuk adik Zulfa



Cermin mata sudah siap untuk adik Zulfa dari SK Paroi, Seremban yang sebelum ini perlukan bantuan beli cermin mata kerana mengalami masalah rabun teruk. Abangnya pelajar OKU di SK Tmn Paroi Jaya. Emak mereka merupakan ibu tunggal, dulu kerja pembersihan di masjid tapi sekarang tidak dapat bekerja sejak lutut dibedah. Keluarga ini tinggal di PPR Paroi, mendapat bantuan JKM RM270 dan Baitulmal RM200 sebulan. Terima kasih kepada individu yang telah memberi sumbangan untuk membantu keluarga ini.


20160716

Keluarga ini amat mengharapkan katil pesakit

Keluarga ini amat mengharapkan katil pesakit. Encik Razali Osman, 55 tahun dari Lot 2196, Kg Puom, Kenaboi, Titi, Jelebu, N.Sembilan telah diserang angin ahmar (stroke) kali yang kedua dan kini peha kanan beliau patah kerana terjatuh ketika hendak ke bilik air. Manakala isterinya Puan Norehan menghidap kencing manis. Beliau kini tidak dapat bekerja dan bergantung sepenuhnya kepada anak sulung yang kerja kilang untuk menanggung 6 orang anak-anak lain yang masih menuntut di universiti awam dan bersekolah. Beliau menerima bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan. Kali terakhir menerima bantual Baitulmal/Zakat mengikut rekod ialah pada tahun 2014. Mereka yang ingin menyumbang katil pesakit untuk Encik Razali sila hubungi 0122267406 Rozmal




20160712

Tidak percaya? Rumah tiga bilik semurah RM20,000 siap tidak sampai sebulan



Tidak percaya? Rumah tiga bilik semurah RM20,000 siap tidak sampai sebulan
11 Julai 2016

Sekumpulan pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia membuktikan mereka boleh membina rumah berkeluasan 600 kaki persegi itu pada kos dan tempoh berkenaan.

Dengan dibantu pensyarah selain berbekalkan kemahiran, mereka melakukan pembinaan “luar biasa” itu di daerah Besut pada akhir Mac lepas.

Sehingga kini, sebanyak 15 rumah telah dibina untuk penduduk miskin dan kurang berkemampuan.

Rumah pertama dibina di Kampung Padang Landak Jerteh dalam masa 22 hari dengan kos RM19,900 melalui kaedah Sistem Pembangunan Industri (IBS).

“Kaedah IBS dapat menjamin pembinaan rumah yang kukuh dan memenuhi aspek pembinaan kediaman.

Program itu mendapat perhatian banyak pihak di negeri lain kerana penjimatan kos pembinaannya berbanding Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang memerlukan kos RM40,000 bagi sebuah rumah.