KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20160801

Warga emas penoreh getah dengan 10 orang tanggungan



Warga emas Pakcik Dollah Ibrahim, 65 tahun dari No. C436, Felda Bukit Jalor, Gemencheh, N.Sembilan masih lagi bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan cuma antara RM15 ke RM25 sehari demi untuk menyara 10 orang tanggungan iaitu seorang isteri, 1 orang anak OKU, 1 orang anak perempuan, 6 orang cucu dan seorang cucu OKU walaupun Pakcik Dollah sendiri ada sakit jantung, asma serta kencing manis.

2 orang cucunya adalah merupakan anak yatim yang lain cucunya ditinggal ayah. Keluarga ini menerima bantuan JKM RM140/bulan, Baitulmal RM200/bulan serta bantuan sekolah tahunan juga bantuan pampers & susu bulanan dari JKM. Namun ianya tidak mencukupi dengan tanggunan yang ramai.

Rumah yang didiami mereka amat usang dindingnya hampir roboh, atapnya bocor, pendawaian elektrik banyak yang rosak. Pernah mendapat bantuan dari Felda untuk baiki atap satu ketika dulu kemudian rosak semula setelah dimamah usia.

3 orang cucunya bersekolah dengan beg yang usang serta koyak. Cucunya yang OKU, Pakcik Dollah hantarkan ke sekolah. Dua lagi cucu yang sekolah rendah berjalan kaki sekitar 2 km untuk ke sekolah.

Antara bantuan yang orang ramai boleh bantu untuk keluarga ini ialah barangan makanan, beg sekolah, basikal serta membaiki rumah.

Mereka yang ingin membantu keluarga ini boleh hubungi 0122267406 Rozmal atau terus hantar ke kediaman mereka.

26 Syawal 1437







Tiada ulasan: