KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130904

Kenaikan harga minyak, lihat dari sudut positif

Ramai yang marah harga minyak naik. Saya pun marah, tapi sabar itu lebih baik. Sabar supaya kita boleh nampak hikmah, manafaat yang boleh diperolehi apabila harga minyak naik.

Bila minyak naik, harga barang akan naik, lebih ramai rakyat akan susah.
Gunakanlah kesempatan ini untuk menggembelingkan tenaga kita, menggerakkan ahli keluarga kita, ahli jemaah kita, ahli taman kita yang berkemampuan untuk membantu mereka disekeliling kita yang ramai kesusahan tapi mereka tidak meminta-minta termasuk segelintir yang meminta-minta.

Marilah kita berlumba-lumba berbuat kebajikan, bukan untuk menunjukkan jemaah atau parti kita lebih berkebajikan, tetapi hanya mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, agar manusia kembali berharap sepenuhnya kepada Allah.

Siapa yang ada duit, beri sumbangan duit. Siapa yang ada rumah lebih yang terbiar tapi masih elok, berilah tumpang mereka yang tidak berumah. Siapa yang ada tanah lebih yang tidak diusahakan, berilah kepada mereka yang hendak mengusahakan. Siapa ada kereta lebih, berilah mereka yang perlukan kereta. Amalkan berkongsi kereta untuk menguatkan ukhuwwah, bukan untuk berjimat cermat.

Carilah rakan kongsi yang amanah, kerana Allah akan menjadi rakan kongsi kita yang ketiga.

Tiada ulasan: