Seorang pekerja kilang di Senawang
peringkat bawahan yang saya kenal dahulu memandu kereta buruk ke
tempat kerja serta menghantar anak ke sekolah. Beberapa bulan lalu
kerana tak mampu bayar ansuran dan senggara kereta dia lepaskan
kereta tersebut.
Kini dia hanya mampu guna motosikal
buruknya yang lama, yang telah bertahun tiada cukai jalan dan tiada
perlindungan insuran. Motosikal buruk inilah yang dia guna untuk ke
tempat kerja dan menghantar anak ke sekolah.
Ramai golongan seperti kawan saya ini
memang tidak mampu untuk memperbaharui cukai jalan yang hanya RM2,
kerana insuran atau takaful untuk motosikal buruk mencecah RM200
setahun.
RM200 mungkin bagi sesetengah kita
apalah sangat, tapi bagi kawan saya ini RM200 ini lepas belanja dapur
yang asas untuk sebulan.
Harap adalah Menteri atau Perdana
Menteri sendiri turun padang, buat kaji selidik berapa ramai mereka
yang benar-benar susah, tidak mampu memperbaharui cukai jalan yang
cuma RM2.
Oleh itu antara mekanisma yang boleh
difikirkan untuk membantu golongan seperti ini yang tiada pilihan
perlu guna motosikal ialah mengecualikan cukai jalan dan perlindungan
insuran untuk motosikal di bawah 120cc.
Itu belum lagi masuk berapa ramai
saudara saya di kampung yang menunggang motosikal tanpa lesen, kerana
RM300-RM400 untuk kursus lesen memandu boleh digunakan oleh orang
kampung untuk belanja dapur asas selama 2 bulan.
Oleh itu perlu dicadangkan agar
motosikal di bawah 120cc tidak perlu lesen memandu asalkan mereka
berumur 16 atau 17 tahun ke atas.
1 ulasan:
Di sesetengah negara, moped berkuasa rendah dianggap sama seperti basikal dan tidak perlu memiliki lesen untuk menunggangnya. Tapi, ada sekatan pula kalau begitu. Ada jalan tertentu yang moped ni tak boleh masuk. Ikut lane basikal.
Catat Ulasan