Walaubagaimanapun pergi haji sebaiknya
pada adatnya biarlah pada usia kita masih muda, sebelum pencen,
ketika badan masih sihat, dengan wang yang secukupnya.
Itu pada adatnya, perancangan kita,
tetapi perancangan ALLAH mengatasi segala-galanya. Saya bertemu
seorang pakcik berusia 84 tahun yang datang bersendirian tanpa
anak-anak atau saudara mara lain yang menemaninya.
Pakcik Bukhari namanya, dari mula saya
jumpa dia, hingga selesai kerja haji dia sihat walafiat, berjalan
bukan main laju, mengalahkan orang muda, dengan membawa beg sebeban.
Pakcik Bukhari ini adalah antara
pembuat songkok di Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Kini dia tidak
membuat songkok lagi, kerana mata dia tak berapa tajam untuk menjahit
songkok. Kini dia hanya menjadi pemborong songkok untuk dibekalkan ke
Seremban dan Rembau.
Dia membawa songkok-songkok untuk
dibekalkan kepada peniaga di Seremban dan Rembau dengan menaiki
kereta, tetapi dia menaiki bas awam. Begitu cekal Pakcik Bukhari
menjual songkok sebagai sumber rezeki yang akhirnya dapat juga dia
pergi ke Mekah menjadi tetamu ALLAH.
Pakcik Bukhari pada usia muda pernah
menjadi anggota keselamatan sukarela menentang Jepun selama 6 tahun,
dia tidak mendapat pencen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan