KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20160211

Bantuan sambung bekalan air yang dipotong



Encik Ramli bin Ahmad dari Kg Jerang, Durian Tipus, Jelebu, N.Sembilan mengidap sakit asma, kerja kampung, tidak punya pekerjaan tetap. Beliau mempunyai 4 orang anak, turut tinggal bersama keluarga ini ialah kakak yang kematian suami yang mempunyai 3 orang anak. Kakak mereka ada mendapat bantuan JKM. Kini air rumah pusaka yang mereka diami telah dipotong kerana tunggakan lebih 9 bulan, perlukan RM226.19 untuk penyambungan semula air. Bil elektrik juga mempunyai tunggakan sebanyak RM85.55 , diberi tempoh hingga 22 Feb 2016 untuk pembayaran. Wakil kami telah menziarahi keluarga ini semalam serta menghulurkan sumbangan barangan dapur. InsyaAllah hari ini 11 Feb 2016 kami akan berusaha membuat penyambungan air ke rumah keluarga ini.





Tiada ulasan: