KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20160215

Perlu sumbangan katil bujang dan kipas



Pakcik Mohamad Nordin 77 tahun di Kg Tok Dagang, Paroi, Seremban yang mengidap pelbagai penyakit, kencing manis dsbnya, mengharapkan cucu-cucu serta jiran untuk mengurus diri. Anak perempuannya pula mengidap sakit buah pinggang yang perlukan rawatan. Keluarga ini bergantung sepenuhnya bantuan JKM, Baitul Mal dan Perkeso.

Katil dan tilam saiz besar yang digunakan oleh pakcik Mohamad tidak sesuai, kerana berat untuk mengangkat tilam yang perlu selalu dibasuh dan dijemur. Untuk memudahkan urusan menjaga pakcik Mohamad, kami bercadang untuk bila katil saiz bujang, manakala tilam pula akan dibalut dengan pelapik sarung khas PVC agar mudah untuk dicuci. Pakcik Mohamad juga memerlukan 1 kipas berdiri kerana rumahnya beratap zink yang rendah tanpa siling.

Pakcik Mohamad adalah merupakan abang kepada seniwati Noran Nordin (arwah) sezaman dengan P.Ramlee.

Mereka yang ingin menyumbang katil/tilam bujang, kipas berdiri bolehlah hubungi 0122267406 (Rozmal)







Tiada ulasan: