KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20170412

Basikal elektrik, adakah ianya berbaloi?



Adakah ini bermakna basikal elektrik ini harganya RM3,333 sebuah? Jika ya, adakah ianya berbaloi?

ENAM UNIVERSITI AWAM TERIMA BASIKAL ELEKTRIK
11 April 2017


Sebanyak 1,200 basikal elektrik diserahkan kepada enam universiti di negara ini bagi mempromosikan teknologi hijau kepada mahsiswa.

Ia diagihkan kepada Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, inisiatif itu menerusi Program Sikal 1Malaysia (SER1IM) membabitkan peruntukan RM4 juta.

“Pendedahan diberikan kepada golongan muda terhadap kenderaan elektrik dua roda dapat membentuk minda dan memberi kesedaran berhubung isu pemanasan global dan kepentingan amalan hidup yang mesra alam,” katanya.

- Harian Metro

Tiada ulasan: