93 PERATUS RAKYAT TIADA RUMAH SENDIRI
27 Mac 2017 - Sebanyak 93 peratus rakyat Malaysia yang masih
tidak memiliki rumah sendiri dan terus-menerus menyewa rumah. Kajian turut
menunjukkan 75 peratus golongan muda yang berhasrat membeli rumah tidak
mempunyai simpanan untuk bayaran pendahuluan dan 43 peratus pula menangguhkan
hasrat itu kerana tidak mampu membeli rumah idaman.
Mengenai kekurangan tunai untuk membeli rumah, 62 peratus
golongan muda sedia mempertimbangkan bagi mengurangkan perbelanjaan untuk
aktiviti masa lapang, 41 peratus sedia membeli kediaman yang lebih kecil dan 23
peratus pula mempertimbangkan untuk membeli hartanah bersama-sama anggota
keluarga. - Bernama
80 PERATUS ARTIS TIADA RUMAH SENDIRI
15 Mei 2013 - AGAK mengejutkan juga apabila sumber daripada
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mengatakan hampir 80 peratus artis
Malaysia terutamanya golongan penyanyi, pemuzik, pelawak dan pelakon belum
memiliki rumah sendiri.
Kebanyakan daripada mereka yang tinggal di sekitar Lembah
Klang hanya setakat menyewa kerana tidak mampu membeli rumah sendiri. Terdapat
banyak sebab perkara itu berlaku, antaranya masalah pinjaman dengan pihak bank.
– Utusan Malaysia
MASIH RAMAI TIADA RUMAH SENDIRI
7 April 2017 - Bank Negara mendedahkan harga rumah di
Malaysia meningkat pada kadar lebih sederhana, namun kebanyakan isi rumah masih
belum mampu memiliki kediaman. Isi rumah berpendapatan RM4,585 hanya mampu
membeli rumah berharga di bawah RM260,000. Menurut BNM, harga rumah purata
kebangsaan ialah RM334,736 pada akhir September 2016 dan antara RM435,000
hingga RM1.1 juta di kawasan pusat bandar.
Pada separuh pertama 2016, hanya 28.6 peratus daripada
pelancaran baharu membabitkan unit perumahan berharga di bawah RM250,000
berbanding 45.1 peratus bagi unit berharga antara RM250,000 hingga RM500,000,
serta 26.3 peratus unit bernilai lebih RM500,000. – Berita Harian.
PUNCA KENAPA RAMAI ORANG TIDAK MEMILIKI RUMAH
1-Tiada Modal (Masalah Kewangan)
2-Harga Rumah Terlalu Mahal
3-Tidak Faham Proses / Tiada Ilmu Tentang Pembelian Rumah
4-Takut Ditipu Agent/Owner
5-Belum Jumpa Rumah Idaman
6-Kurang Kesedaran: Ramai yang kurang sedar betapa pentingnya
memiliki rumah sendiri. Mereka lebih gemar memiliki kereta dari memiliki rumah.
7-Umur Masih Muda
8-Takut