KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20170502

Bagaimana pula Sungai Penajis di Rembau mendapat nama?



Bagaimana pula Sungai Penajis di Rembau mendapat nama?


Bagaimana Sungai Petani mendapat nama?

2 Mei 2017 - Pengumpul sejarah lisan, Rosini Hashim berkata, pada umumnya terdapat beberapa pendapat yang dikemukakan bagaimana Sungai Petani mendapat namanya.

“Antara pendapat yang boleh dikaitkan ialah melalui aktiviti perdagangan khususnya kehadiran pedagang dari Pattani. Lama-kelamaan, perkampungan itu dikenali sebagai Sungai Pattani dan apabila dikaitkan dengan nama lokasi tersebut, disesuaikan pula dengan sebutan pada hari ini, maka ia terkenal sebagai Sungai Petani.

“Versi lainnya pula ialah dikatakan berasal dari bahasa Sanskrit Perthini iaitu nama seorang wanita yang bermaksud wanita murni, wanita ini kemudian dikaitkan dengan kisah puteri kepada Raja Merong Mahawangsa,” katanya.

- Sinar Harian

*******************
Kampung Penajis. Menurut sejarah, nama asal kampung ini ialah Kampung Penajuh bersempena nama peneroka kampung ini iaitu Datuk Najuh.

Tempat ini ialah tempat pertabalan empat orang Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan bermula dari Yamtuan Besar yang pertama iaitu Raja Melewar pada tahun 1721 H, Raja Hitam 1 pada tahun 1795 H, Raja Lenggang Laut pada tahun 1808 H dan Raja Labu atau Yamtuan Sati pada tahun 1826 H.

Menurut catatan Tun Seri Lanang ( tahun 1612), tempet ini disebut sebagai Penajuh. Resende pada sekitar tahun 1638 menamakannya sebagai Panagim. Bort, Gabenor Belanda di Melaka, dalam laporannya (tahun 1678) telah menggunakan tiga variasi ejaan kepada nama sungai ini, iaitu Panagie, Pannage dan Pannagie. Sungai Penajuh atau Panagim itu adalah nama sungai yang mengalir dari pedalaman Rembau.

Kuala Penajuh atau Kuala Linggi adalah merupakan pintu masuk peneroka Sumatera ke Rembau dan Naning sejak abad ke 12 sehingga abad ke 17. Pada sekitar tahun 1830an, nama Penajuh atau Panagim telah kepada Linggi oleh Kerajaan Inggeris.

Dalam bahasa Sanskrit Tajeh berasal dari suku kata Taj yang bermaksud mahkota. Bekemungkinan juga Penajeh bermaksud orang yang memakai mahkota atau orang yang dimahkotakan (ditabalkan).

Tiada ulasan: