KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20170504

Kahwin jika ikut adat Melayu menyusahkan



Kahwin jika ikut syarak Islam memudahkan
Kahwin jika ikut adat Melayu menyusahkan
Nak memudahkan atau menyusahkan? Pandai kek kaulah
Syarak mengata, adat menurut
Biar papa asal bergaya

Pengantin kantoi tipu duit nikah disamun
8 Mac 2016

JEMPOL – Seorang bakal pengantin sanggup membuat laporan palsu bahawa dirinya disamun  sebagai jalan singkat untuk mencukupkan duit belanja kahwin hujung minggu ini.

Ketua polis daerah, Superintenden Noorzainy Mohd Nor berkata, lelaki berusia 30 tahun ini pada awalnya datang ke Balai Polis Rompin membuat laporan polis mengatakan dirinya disamun empat lelaki sekitar jam 11.30 pagi.

“Insiden didakwa berlaku di jalan Ladang Batang Jelai , Rompin yang mana melalui laporan berkenaan, lelaki ini dikatakan telah dilanggar dari arah sebelah kanan oleh sebuah kereta jenis Hilux.

“Dia memberhentikan kenderaan kemudian turun empat lelaki yang tidak dikenali , tiga daripadanya telah menyerangnya dengan senjata parang. Salah seorang daripada empat lelaki itu telah melibas parang ke arahnya  tetapi dapat dielak.

Noorzainy berkata, lelaki ini mendakwa dalam begnya mengandungi wang tunai RM8 000, kad pengenalan, lesen memandu dan kad bank.

“Namun segalanya terkantoi apabila kita membuat siasatan lanjut terhadapnya, dia mengaku tujuan laporan dibuat adalah disebabkan tekanan selain terpaksa kerana tidak mempunyai wang yang cukup untuk belanja majlis perkahwinannya hujung minggu ini.


Tiada ulasan: