25 kali gagal temu duga
5 Jan 2014
Kuala Lumpur: "Sejak kecil saya
cuba buktikan kecacatan saya bukan penghalang untuk berjaya.
Begitupun, lain pula jadinya bila saya mahu cari kerja.
"Kebanyakan majikan yang
menemuduga saya hanya melihat kecacatan dan bukan kemampuan saya,"
kata Kamairu Azman Daud, 26, pelajar kelainan upaya (OKU) bijak yang
masih gagal mendapatkan pekerjaan meskipun menamatkan pengajian
dengan cemerlang tahun lalu.
Dilahirkan cacat tangan kiri dan kudung
kaki kiri, pelajar jurusan Ijazah Teknologi Sains Perubatan
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam itu mendapatkan purata
nilai gred (GPA) 4.00 untuk semester akhir iaitu praktikal dan tesis,
sekali gus menamatkan pengajian dengan purata nilai gred terkumpul
(CGPA) 3.57.
Sepanjang tempoh pengajian, anak
kelahiran Kelantan ini juga menerima tiga Anugerah Dekan berikutan
kecemerlangannya dalam akademik walaupun terpaksa berulang-alik ke
kuliah menggunakan kaki palsu.
Menurut Kamalru, cita-cita untuk
berjaya dalam bidang pelajaran kini tercapai, namun impian untuk
berkerja seperti individu normal tetap terhalang kerana diskriminasi
terhadap individu sepertinya.
1 ulasan:
Anak kelantan tak payah lah akhirnya membenci kerajaan umno sekarang seperti mana org kelatan yg diperantau yg semuanya penyokong kuat nik aziz.membuang masa shj akhirnya mengutuk kerajaan yg membantu mereka.
Catat Ulasan