Cuaca sejuk yang melanda negara
seharusnya mengingatkan kita kepada kiamat. ALLAH Maha Berkuasa untuk
mengarahkan angin terbang ke mana-mana sudut di dunia ini. Adakah
masjid dan surau di Malaysia bertambah bilangan jemaahnya solat 5
waktu dan hadir ceramah selepas Fenomena Angin Sejuk ini?
“KIAMAT”
Pada satu riwayat yang lain:"Kemudian
Allah menghantar sejenis angin yang sejuk dan nyaman yang datang nya
dari arah negeri Syam, maka pada saat itu tidak tinggal di atas muka
bumi seorang pun terdapat dalam hatinya seberat zarrah kebaikan atau
iman melainkan diambil nyawanya oleh angin itu". Nabi s.a.w
bersabda lagi:"maka tinggallah sahaja orang-orang yang jahat
yang cepat bergerak melakukan maksiat dan kederhakaan seperti burung
terbang, dan yang menceroboh dan menzalimi satu sama lain seperti
binatang buas , mereka tidak suka dan tidak mengenal perkara yang
baik, dan tidak benci serta tidak melarang daripada melakukan perkara
yang buruk. Pada saat itu syaitan menyamar diri kepada mereka serta
bertanya:" Tidak mahukah kamu meninggalkan diri mendampingkan
diri kepada Allah? Tidak mahukah kamu menurut ajakan ku? Maka mereka
bertanya: "jika demikian apa yang engkau suruh kami lakukan?
Syaitan pun menyuruh mereka menyembah berhala untuk mendampingkan
diri kepada tuhan, mereka menerima ajakan syaitan itu lalu menyembah
berhala, sedang rezeki mereka mencurah-curah dan penghidupan mereka
baik dan mewah kemudian di tiup sangkakala yang pertama yang
mematikan segala yang bernyawa"
(Hadis riwayat Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan