KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140104

Warga kilang di Senawang terkejar-kejar selepas solat Jumaat



Semalam solat Jumaat di sebuah masjid di Senawang habis sekitar jam 2.15 ptg. Selesai saja imam beri salam kedua, ramai jemaah yang tak sempat doa pun, terus angkat punggung bergegas keluar masjid. Ada diantara para jemaah datang solat Jumaat dengan pakaian seragam kilang. Terdapat banyak kilang di Senawang, dan ada kilang yang waktu rehat pada hari Jumaat antara 12.45 tgh ke 2.30 ptg.

Memang terkejar-kejar dan ramai jemaah yang resah bila khatib belum habis membaca khutbah.

Masa dalam perjalanan ke masjid sebelum Jumaat, saya perhatikan ramai pelajar lelaki berbaju sekolah Melayu lengkap sedang menunggu bas untuk ke sekolah. Tak pastilah samada ribuan pelajar lelaki yang senasib dengan mereka ini.

Negeri Sembilan mempunyai hubungan kerajaan yang amat rapat dengan Johor sejak zaman selepas kejatuhan kerajaan Islam Melaka. Bermula tahun 2014, Johor cuti hari Jumaat untuk memudahkan umat Islam menunaikan solat Jumaat.

Negeri Sembilan perlu ikut langkah Johor untuk mengisythiharkan cuti pada hari Jumaat.

Tak apa gunanya kata-kata sejarah yang begitu terkenal di Negeri Sembilan yang semakin dilupai oleh orang yang mengaku Melayu di Negeri Sembilan ini iaitu “Beraja ke Johor, bertali ke Siak dan bertuan ke Minangkabau”, apa maksud kata-kata ini?

Tiada ulasan: