KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20151031

Saya sedang mencari motosikal roda tiga

Saya sedang mencari motosikal roda tiga yang terpakai untuk disumbangkan kepada seorang warga OKU untuk memudahkan beliau mengerjakan urusan harian terutamanya untuk pergi ke masjid, kuliah serta ceramah.

Kalau ada yang tahu dimana boleh mendapatkannya dengan harga yang berpatutan atau ingin memberi sumbangan motosikal roda tiga yang terpakai atau baru sila hubungi saya 0122267406 (Rozmal)



20151029

Bagaimana pula dengan Tarian Sufi atau Sufi Dance?




Ramai orang Malaysia yang melancong ke Timur Tengah atau Turki pasti dihidangkan dengan Tarian Sufi ini. Apa pula hukum Tarian Sufi ini?

Tari sufi adalah karya seorang sufi dari Turki, Jalaludin Rumi. Tari ini merupakan bentuk ekspresi dari rasa cinta, kasih dan sayang seorang hamba kepada Allah Swt dan Rasul Allah Nabi Muhammad saw. Gerakan tubuh yang memutar berlawanan arah dengan jarum jam, merupakan bentuk penyatuan diri dengan Sang Pencipta.

Umumnya tarian sufi dilakukan pria Turki secara berkelompok, sebagai ekspresi seorang pencari Tuhan saat bertemu dengan sang kekasih yang maha suci dan ketika merasakan kasih meletup-letup dari dalamnya perasaan dan ditransfer menjadi energi gerak dalam bentuk tari.

Ketika penari melakukan tarian dengan cara berputar, semakin lama putaran semakin cepat dan penari mengalami ekstase. Kalangan sufi memahami keadaan ekstase tersebut sebagai tingkat pencapaian perasaan penyatuan dengan Tuhan. Gerakan tari yang tercipta diyakini bukan dari diri si penari tetapi berasal dari kelembutan jiwa yang berserah diri pada Sang Pencipta.

20151027

Pengumpulan Baju Sekolah dan Alatulis Terpakai




Sebagai persiapan untuk membantu para pelajar dari golongan kurang berkemampuan untuk kembali ke sesi persekolahan baru tahun 2016, pihak kami menerima sumbangan baju sekolah terpakai yang masih dalam keadaan baik dan bersih.

Mereka yang ingin memberi sumbangan baju sekolah terpakai untuk pelajar lelaki atau perempuan, sekolah rendah atau sekolah menengah, sila pastikan pakaian tersebut dalam keadaan baik, tidak lusuh serta bersih dan dilipat kemas.

Kami juga mengalu-alukan alatulis terpakai yang masih elok seperti pen, pensil, alat geometri serta bekas alatulis dan sebagainya.

Barangan yang dikumpulkan ini akan diagihkan kepada para pelajar yang kurang berkemampuan pada penghujung Disember 2015.

Mereka yang ingin menyumbang sila hubungi 0122267406 (Rozmal)

Sumbangan juga boleh dihantar atau diposkan ke :

TERATAK AMAL
Lot 1370, Kg Sg Layang
71300 Rembau
Negeri Sembilan Darul Khusus
(U.P. : Rozmal bin Malakan)

Orang susah perlu belajar kayuh basikal cari rezeki



Saya dimaklumkan ada seorang penoreh getah yang kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang memerlukan RM600 untuk membaiki motosikalnya yang digunakan untuk mencari rezeki. Kos membaiki motosikal semakin mahal sekarang ini, belum masuk duit minyak, senggaraan, insuran dan sebagainya. Kalau kita bantu RM600, akan datang, motosikal itu akan rosak juga. Saya memberi alternatif, adalah lebih baik kita belikan penoreh getah ini basikal yang harganya antara RM100 ke RM200, kos menjaganya pun murah.

Jarang sekarang kita tengok orang kita kayuh basikal cari rezeki. Yang ramai ialah kayuh basikal sebagai riadah, ada yang harga basikal ini beribu-ribu ringgit.

Orang kita perlu diajar semula untuk kayuh basikal pergi kerja, pergi kilang. Kalau di Senawang ini kita tengok warga asing, warga Nepal, warga Vietnam, warga Bangladesh pergi kerja kayuh basikal berkilometer jauhnya.

Adakah orang kita malu untuk kayuh basikal ke tempat kerja? Rela meminta-minta untuk dibantu?

WARGA EMAS KAYUH BASIKAL 60 KILOMETER CARI REZEKI

BALING 11 Jan. 2012 - Seorang warga emas dari Kampung Lubuk Badak, Weng dekat sini sanggup mengayuh basikal hampir 60 kilometer sehari bagi mencari rezeki untuk menyara keluarganya.

Atas rasa tanggungjawab untuk menjaga keluarga, Saad Bahadun, 64, tabah mengayuh basikal untuk mencari rezeki dengan memanjat pokok kelapa, pekerjaan yang telah dilakukan sejak berusia 15 tahun.

Warga emas ini gigih mengayuh basikal setiap hari dari rumahnya ke pekan Baling untuk memanjat pokok kelapa hanya dengan pendapatan tidak sampai RM15 sehari.


PENGAYUH BASIKAL BUTA CEKAL BERNIAGA, IPAR JADI 'MATA'


TUMPAT 4 Sept 2014 - Mohamed Yusof, 65, yang cacat penglihatan sejak berusia 7 tahun, bersama adik iparnya Rosnah Ngah, 56, yang tidak mampu berjalan, berbasikal sejauh lima hingga 15 kilometer setiap hari mengutip barangan logam selain sayur-sayuran dan menjualnya dari rumah ke rumah.

Menariknya, pengayuh basikal ialah Mohamed Yusof yang tidak dapat melihat. Namun dengan bantuan adik iparnya yang bertindak menjadi pemandu arah atau “mata”, mereka dapat bergerak dari kampung ke kampung menaiki sebuah basikal yang direka khas.

Pendapatan hasil jualan mereka tidaklah seberapa, namun memadai. Pada hari biasa, mereka mampu beroleh pendapatan antara RM30 hingga RM40 sehari.

Berurusan dengan kakitangan kerajaan tak perlu tunjuk lagak



Kalau kita hendak berurusan dengan kakitangan kerajaan sekiranya ada sesuatu yang penting tak perlulah kita tunjuk lagak, marah-marah dan sebagainya.

Jika kakitangan kerajaan tadi orang Islam, beri salam, perkenalkan diri dengan baik, cakap dengan sopan dan berbudi bahasa, apa tujuan kita telefon, kenapa kita perlukan perkhidmatannya dan minta dia bantu kita.

Apabila kita hormat mereka, insyaAllah, hati mereka akan lembut dan cair, dan interaksi antara kita dan mereka akan lebih mudah. Mereka pun akan bantu kita, tak perlu kita hendak beri tawaran macam-macam.

Budi bahasa adalah lebih mahal dari wang ringgit sekarang ini. Kerana amat susah untuk kita berbudi bahasa sekarang ini, apatah lagi bila ianya urusan kerja.

Janganlah tunjuk lagak kita ni pandai, kita ada ijazah, ada PhD. Tunjukkan budi bahasa kita.

Air boleh melembutkan batu, api hanya memecahkan batu.

20151025

Premis ini adalah milik orang Cina

Premis ini adalah milik orang Cina, dan di kawasan majoriti orang Cina. Adakah semua hotel, rumah tumpangan, motel, resort dan seumpamanya mempunyai notis yang serupa?


Nak bantu rakyat tak perlu jadi ahli politik

Nak bantu rakyat tak perlu jadi ahli politik. Tapi kalau dah jadi wakil rakyat sepatutnya bantu rakyat lebih daripada mereka yang tiada jawatan, tiada gaji, tiada elaun.


Kuliah Ustaz Mohd Fuad Othman

Kuliah Ustaz Mohd Fuad Othman, Sabtu 31 Okt selepas Maghrib di Surau Darul Hikmah, Kg Chenong, Chengkau. Jemput semua hadir



Bajet Kementerian Pendidikan Tinggi kurang RM2.4 bilion, adakah yuran IPTA akan naik?


Memanglah Kementerian Pendidikan Tinggi tak terjejas. Tetapi adakah pelajar di IPTA akan terjejas? Pengajian di IPTA akan terjejas? Adakah yuran IPTA akan naik? Pengambilan pelajar akan dikurangkan? Elaun pensyarah akan berkurangan?

Berapa IPTA ada di Malaysia? Kalau ada 20 IPTA, pukul rata 1 IPTA akan kurang RM120 Juta peruntukan untuk tahun depan. Kalau nak naik yuran IPTA tahun depan, maklum awal, biar senang yang tak mampu tak perlu belajar, biar mereka bekerja. Hentikan pengambilan pekerja asing, agar lepasan SPM, Sijil, Diploma yang tak mampu sambung belajar, galakkan mereka bekerja di ladang sawit, menjadi buruh binaan, pekerja kilang, pencuci kereta dan sebagainya.


PENGURANGAN PERUNTUKAN TIDAK JEJAS KPT: IDRIS

24 Oktober 2015 - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pengurangan peruntukan sebanyak RM2.4 bilion untuk kementerian itu tidak akan menjejaskan usaha memajukan sektor pendidikan tinggi negara.

Beliau berkata, "Memang agak berkurangan sedikit tetapi pengurangan ini untuk melatih supaya pihak universiti lebih efisien dalam pelaksanaan programnya."

Idris mengulas mengenai Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat semalam yang memperuntukkan RM13.378 bilion untuk Kementerian Pendidikan Tinggi berbanding RM15.785 bilion dalam Bajet 2015.

20151024

Mari kita bantu keluarga di Pilin, Rembau ini baiki rumahnya yang amat usang

Sahabat saya Izamri Med telah melawat rumah Encik Kamal ini di Kg Pilin, Rembau. Memang amat usang dan uzur. Bahagian rumah kayu memang tidak selamat didiami kerana semua bahagian papan/kayu reput di makan anai-anai, serta menelan belanja yang besar jika ingin dibaiki.

InsyaAllah kita boleh bantu baiki bahagian belakang rumah yang ada dapur dan 2 bilik. Namun bahagian belakang ini hampir semua atapnya bocor. 3 daun tingkap dan 1 pintu dapurnya amat usang dan hampir roboh.

Untuk membaiki bahagian yang paling kritikal terutamanya menukar atap/pintu/tingkap ini tanpa perlu kerja kemasan atau mengecat mungkin menelan belanja antara RM 8,000 ke RM 12,000.

Sesiapa yang ingin membantu saudara Kamal kita ini samada ingin turun padang membaiki sendiri rumahnya, memberi sumbangan atap/pintu/tingkap, memberi sumbangan upah kerja bolehlah menghubungi saya 0122267406 (Rozmal)

Rumah dihuni semakin uzur
22 Oktober 2015

REMBAU – Seorang pekerja cuci kereta masih menaruh harapan agar mereka enam sekeluarga dapat memiliki rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dimohon sejak lebih lima tahun lalu. Kamal Mohammad, 49, berkata, rumah yang didiami kini adalah rumah pusaka yang berusia lebih 40 tahun.

Menurutnya, sebelum ini, dia menetap di Johor kerana bekerja di sebuah kilang di sana, namun pada 2009, dia mengambil keputusan untuk menetap di kampung memandangkan kos sara hidup di sana terlalu tinggi. "Ketika itu, anak sulung saya, Nor Syafiqah, 13, pula perlu jalani rawatan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali di hospital kerana ada masalah darah sejak kecil.

Tambah Kamal, dia tidak mempunyai wang simpanan untuk membina sendiri rumah dan terpaksa tinggal di rumah pusaka itu walaupun keadaannya sangat uzur dan atap di bahagian dapur pula bocor. Malah, katanya, walaupun rumah itumempunyai tiga buah bilik, namun ia tidak dapat digunakan berikutan papan dindingnya hampir terkopak.

"Dengan pendapatan RM40 sehari, saya perlu sara isteri dan juga empat orang anak yang berusia 4 hingga 13 tahun. Malah, Nor Syafiqah masih lagi menerima rawatan susulan dan 22 September lalu, dia baru saja jalani pembedahan membuang limpa dan hempedu.

"Anak-anak dapat bantuan bulanan persekolahan JKM sebanyak RM300 sebulan. Nor Syafiqah juga dapat bantuan perubatan Baitulmal empat bulan sekali," katanya. 




20151022

Program Wakaf Peralatan Ibadah




Dalam misi bantuan kebajikan, perkara yang didahulukan ialah keperluan yang mendesak terutamanya makanan asas. Namun apabila golongan ini mula stabil, ada di antara mereka perlukan bimbingan agama, ada yang memohon dibimbing dalam bab ibadah, ada yang tidak mampu untuk membeli telekung, sejadah dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu kami kini menawarkan Program Wakaf Peralatan Ibadah seperti telekung, sejadah, kopiah, kain pelikat, rehal, muqaddam, buku panduan solat, buku panduan solat untuk orang sakit dan sebagainya.

Mereka yang ingin menyumbang dalam bentuk peralatan ibadah atau kewangan untuk membeli peralatan ibadah ini sila hubungi saya 0122267406 (Rozmal)