KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20151024

Mari kita bantu keluarga di Pilin, Rembau ini baiki rumahnya yang amat usang

Sahabat saya Izamri Med telah melawat rumah Encik Kamal ini di Kg Pilin, Rembau. Memang amat usang dan uzur. Bahagian rumah kayu memang tidak selamat didiami kerana semua bahagian papan/kayu reput di makan anai-anai, serta menelan belanja yang besar jika ingin dibaiki.

InsyaAllah kita boleh bantu baiki bahagian belakang rumah yang ada dapur dan 2 bilik. Namun bahagian belakang ini hampir semua atapnya bocor. 3 daun tingkap dan 1 pintu dapurnya amat usang dan hampir roboh.

Untuk membaiki bahagian yang paling kritikal terutamanya menukar atap/pintu/tingkap ini tanpa perlu kerja kemasan atau mengecat mungkin menelan belanja antara RM 8,000 ke RM 12,000.

Sesiapa yang ingin membantu saudara Kamal kita ini samada ingin turun padang membaiki sendiri rumahnya, memberi sumbangan atap/pintu/tingkap, memberi sumbangan upah kerja bolehlah menghubungi saya 0122267406 (Rozmal)

Rumah dihuni semakin uzur
22 Oktober 2015

REMBAU – Seorang pekerja cuci kereta masih menaruh harapan agar mereka enam sekeluarga dapat memiliki rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dimohon sejak lebih lima tahun lalu. Kamal Mohammad, 49, berkata, rumah yang didiami kini adalah rumah pusaka yang berusia lebih 40 tahun.

Menurutnya, sebelum ini, dia menetap di Johor kerana bekerja di sebuah kilang di sana, namun pada 2009, dia mengambil keputusan untuk menetap di kampung memandangkan kos sara hidup di sana terlalu tinggi. "Ketika itu, anak sulung saya, Nor Syafiqah, 13, pula perlu jalani rawatan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali di hospital kerana ada masalah darah sejak kecil.

Tambah Kamal, dia tidak mempunyai wang simpanan untuk membina sendiri rumah dan terpaksa tinggal di rumah pusaka itu walaupun keadaannya sangat uzur dan atap di bahagian dapur pula bocor. Malah, katanya, walaupun rumah itumempunyai tiga buah bilik, namun ia tidak dapat digunakan berikutan papan dindingnya hampir terkopak.

"Dengan pendapatan RM40 sehari, saya perlu sara isteri dan juga empat orang anak yang berusia 4 hingga 13 tahun. Malah, Nor Syafiqah masih lagi menerima rawatan susulan dan 22 September lalu, dia baru saja jalani pembedahan membuang limpa dan hempedu.

"Anak-anak dapat bantuan bulanan persekolahan JKM sebanyak RM300 sebulan. Nor Syafiqah juga dapat bantuan perubatan Baitulmal empat bulan sekali," katanya. 




Tiada ulasan: