KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20170620

Permasalahan dan penyelesaian isu Tanah Adat di Negeri Sembilan

Terima kasih kepada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Negeri Sembilan yang mengambil kira pandangan saya mengenai tanah adat di Negeri Sembilan. Semua wakil rakyat, semua ketua kampung, semua pengerusi masjid, semua imam perlu ambil tahu, ambil cakna mengenai permasalahan tanah adat di Negeri Sembilan ini agar ianya dapat dimanafaatkan oleh masyarakat masa kini serta generasi yang mendatang. Mulakan dengan meniliti kajian penuh JPPH ini.








20170608

Rumah transit untuk para gelandangan



Bangunan kerajaan yang terbiar, dewan terbiar, pusat penjaja terbiar, balairaya terbiar dan sebagainya perlu dijadikan rumah transit untuk para gelandangan, golongan fakir miskin, mereka yang merempat yang tidak mampu membayar sewa rumah yang mahal apatah lagi untuk membeli sebuah rumah atau rumah pangsa. Ianya jauh lebih murah daripada membuat projek perumahan yang baru. Kerjasama semua pihak perlu ada antara kerajaan dan NGO. Ketepikan kepentingan politik dan kepentingan peribadi untuk mengaut keuntungan atau komisyen dalam melaksanakan projek kebajikan.

************** 

Sukarelawan ubahsuai bangunan terbengkalai menjadi tempat perlindungan gelandang
Jan 5, 2016 - Sebuah pertubuhan sukarela “Iron Soup Historical Preservation” sedang mengubah bangunan-bangunan lama yang terbiar di Campbell, Ohio, untuk dijadikan apartment untuk tempat kediaman gelandangan terutama dari kalangan para veteran.

FREE MARKET EDISI RAYA



FREE MARKET EDISI RAYA

* 11 Jun 2017, Ahad
* Di Flat Seroja, Taman Tasik Jaya, Senawang
* Masa 9 am- 12.00 pm

Pakaian percuma tersedia: Baju raya, Baju sekolah, Pakaian harian dan macam-macam lagi!

Perkhidmatan kesihatan percuma turut disediakan oleh doktor kami.

Terbuka kepada semua

Anjuran oleh Amalnita N.Sembilan

Untuk pertanyaan hubungi Pn Hjh Masita 0192655059, Pengerusi Amalnita N9

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Amalnita di Bank Islam, No akaun 05067010011212


Ziarah dan sumbangan di Perkampunan Orang Asli Kg Bari, Johol

7 Jun 2017 - Rombongan Amalnita N.Sembilan dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan, Muslimat Johol dan Muslimat Kuala Pilah seramai 20 orang hari ini telah menyampaikan sumbangan bantuan Ramadan kepada 36 keluarga Orang Asli di Kg Bari, Johol. Sumbangan telah disampaikan oleh Pn Hjh Masita binti Mohamed Ali selaku Pengerusi Amalnita N.Sembilan, Sdr Nazri Zainal selaku Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan serta Tn Hj Rafiei Mustafa wakil Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan daerah Pilah/Johol. Rata-rata ahli rombongan serta keluarga Orang Asli cukup teruja dalam majlis tersebut yang diadakan dalam suasana mahabbah serta santai.


 


 













20170607

Masjid perlu berperanan bantu ahli masyarakat




Masjid perlu berperanan bantu ahli masyarakat
6 Jun 2017

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mahu masjid di negeri ini berperanan sebagai institusi yang pertama tampil membantu ahli masyarakat yang mengalami kesusahan dan kemiskinan.

Menurut beliau, ini akan menjadikan masjid lebih dihormati sekali gus memperkasakan institusi tersebut di mata masyarakat.

“Masjid mesti menjadi institusi yang mendahului di peringkat kawasan, kalau ada pelajar miskin atau orang susah, masjid perlu bantu.

“Kalau tidak ada duit masjid, itu bukan masalah kerana boleh minta pada Baitulmal dan kita bekerjasama. Ini kerana pihak masjid lebih tahu siapa yang miskin atau susah di kariah mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad turut meminta pihak pengurusan masjid supaya merancang aktiviti yang dapat membangunkan masyarakat dan memberi manfaat kepada ahli kariah.

Ujarnya, ada sesetengah masjid di negeri ini yang mempunyai kutipan yang besar sehingga mencecah RM1 juta namun tidak memanfaatkannya dan masih meminta sumbangan daripada kerajaan negeri untuk kerja baik pulih.

“Kita tidak mahu masjid besar dan duit banyak dalam akaun tetapi tidak buat apa-apa aktiviti. Saya pernah singgah di sebuah masjid tetapi berkunci dan banyak habuk. Maknanya itulah wajah masjid yang tidak dikunjungi dan sunyi sepi,” katanya

20170606

Di Rusia meminum arak di tempat awam adalah merupakan satu kesalahan



Di Rusia meminum arak di tempat awam adalah merupakan satu kesalahan. Penjualan arak di Rusia adalah diharamkan antara jam 11 malam ke 8 pagi. RUSIA BUKAN MALAYSIA!