ARAK IBU SEGALA MAKSIAT. Malaysia perlu ada Akta Larangan
Minum Arak Di Tempat Awam seperti di Singapura. Peminum arak semakin tidak
menghormati sensitiviti kaum serta sering mengganggu ketenteraman awam di
Malaysia
Sambung gaduh di hospital
5 Jun 2017
Seremban: Suasana di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital
Tuanku Ja’afar (HTJ) bertukar kecoh apabila tiga sekawan yang parah akibat
terbabit dalam pergaduhan di sebuah kedai serbaneka di Jalan Rasah, di sini,
masih bergaduh ketika menerima rawatan di hospital berkenaan, kelmarin.
Walaupun masing-masing cedera di leher dan dada, ketiga-tiga
lelaki itu termasuk dua beradik yang tidak berpuas hati terus bertumbuk hingga
mengejutkan orang awam serta kakitangan hospital.
Sumber berkata, kejadian bermula jam 12 tengah hari apabila
semua lelaki berusia 20, 23 dan 24 tahun meneguk arak di sebuah kedai serbaneka
menyebabkan mereka berada dalam keadaan mabuk.
Menurutnya, lelaki berusia 20 tahun itu kemudian meminta
lelaki berusia 23 tahun menarik semula laporan polis dibuat berikutan dia
pernah dibelasah sebelum ini.
“Akibat berang, lelaki berusia 20 tahun itu memarahi dua
rakannya yang juga adik beradik sebelum bertindak memecahkan botol dan mengelar
leher seorang daripada mangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan