7 Jun 2017 - Rombongan Amalnita N.Sembilan dengan kerjasama
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan, Muslimat Johol dan Muslimat Kuala
Pilah seramai 20 orang hari ini telah menyampaikan sumbangan bantuan Ramadan
kepada 36 keluarga Orang Asli di Kg Bari, Johol. Sumbangan telah disampaikan
oleh Pn Hjh Masita binti Mohamed Ali selaku Pengerusi Amalnita N.Sembilan, Sdr
Nazri Zainal selaku Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan serta
Tn Hj Rafiei Mustafa wakil Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan daerah
Pilah/Johol. Rata-rata ahli rombongan serta keluarga Orang Asli cukup teruja
dalam majlis tersebut yang diadakan dalam suasana mahabbah serta santai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan