KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20170714

SOAL JAWAB TANAH ADAT NEGERI SEMBILAN

SOAL JAWAB TANAH ADAT NEGERI SEMBILAN

1. Apakah yang dimaksudkan dengan tanah adat (customary land)

Tanah adat adalah merujuk kepada tanah di bawah hakmilik Pejabat Tanah yang diwartakan di bawah Enakmen Pegangan Adat, Bab 215 dan Enakmen Pegangan Adat (Tanah Lengkongan) 1960 dan ianya diwarisi secara turun temurun oleh sesuatu suku kaum secara berkelompok. Dalam sijil daftar tanah tersebut tercatit nama suku atau kaum berkenaan. Tanah adat terdapat di Negeri Sembilan dan Melaka.

2. Di daerah manakah di Negeri Sembilan dan Melaka terdapat tanah adat tersebut?

Tanah adat banyak terdapat di daerah Jelebu, Rembau, Kuala Pilah, Jempol, Tampin dan Gemas di Negeri Sembilan. Manakala di Melaka, tanah adat terdapat di daerah Alor Gajah dan Jasin. Keluasan keseluruhan tanah adat di Negeri Sembilan ialah 34,550 ekar.

3. Apakah sistem pewarisan mengikut adat ini berbeza dengan sistem pewarisan mengikut undang-undang Islam (faraid) dan sejauh manakah pemakaianya?

Terdapat perbezaan dalam sistem pewarisan tanah adat terutama dari segi waris-waris yang berhak dan bahagian waris-waris tersebut. Walaubagaimanapun, pemakaiannya hanyalah terbatas di bawah Enakmen Pegangan Adat Bab 215 dan Enakmen Pegangan Adat (Tanah Lengkongan) 1960 yang mempunyai jumlah keluasan sebanyak 13, 981 hektar.

4. Apakah peruntukan yang digunapakai dalam menyelesaikan harta pusaka tanah adat ini?

Terdapat beberapa peruntukan yang digunakan dalam menyelesaikan pembahagian pusaka tanah adat. Peruntukan -peruntukan tersebut adalah Enakmen Pemegang Tanah Adat Bab 215, Enakmen Pemegangan Adat (Tanah Lengkongan) tahun 1960 dan Enakmen Rezab.



Tiada ulasan: