Sedikit kisah sejarah, untuk merehatkan
otak yang tepu dengan isu politik. Bangsa yang berjaya ialah bangsa
yang memulihara sejarah dan belajar dari sejarah.
Undang Rembau yang ke 5, Dato Lulinsoh
atau lebih dikenali sebagai Tok Uban mempunyai anak perempuan yang
jelita yang sudah bertunang dengan Si Amat. Sultan Johor pula ingin
meminang anak Tok Uban. Si Amat telah mengadap Sultan Johor , tetapi
telah dibunuh. Tok Uban telah mendapatkan bantuan Undang Jelebu yang
ke 3, Dato Moyang Salleh.
Dato Moyang Salleh telah pergi ke
istana Johor hanya dengan 4 hulubalang dari Jelebu. 4 orang
hulubalang dari Jelebu ini dan Dato Moyang Salleh telah menunjukkan
kegagahan mereka sehingga semua askar Sultan Johor ketakutan.
Bermula dari sinilah Johor telah
melepaskan Negeri Sembilan, dan susulan dari itu Sultan dari Pagar
Ruyung dipanggil menjadi Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Terdapat 2 orang Undang Rembau yang
diberi gelaran Tok Uban, iaitu Undang Rembau yang ke 3 dan yang ke 5.
Kedua-duanya dari Waris Jakun , suku Biduanda Lela Maharaja. Undang
Rembau yang ke 5 ini atau Tok Uban telah berkahwin dengan seorang
wanita Portugis dan mendapat anak yang diberi nama Dato Kusil.
Cerita di bawah ini dipetik dari Blog
Persatuan Sejarah Jelebu :
Pada suatu ketika dahulu, daerah di
Negeri Sembilan berada di bawah pemerintahan Sultan Johor. Datok Uban
iaitu Penghulu Rembau atau Undang Rembau yang ke 5 (1750-1790)
mempunyai seorang anak gadis yang cantik bernama Seri Banun. Bila
Sultan Johor mendapat tahu kecantikan gadis itu maka baginda
menghantar utusan tapi pinangan baginda ditolak sebab Seri Banun
sudah bertunang dengan seorang pemuda bernama Si Amat.
Sultan Johor murka lalu memerintahkan
Datok Penghulu Rembau datang mengadap tetapi beliau enggan sebaliknya
menyuruh Si Amat iaitu tunang Seri Banun ke Johor sebagai pengganti.
Baginda Sultan merasa terhina lalu bertanya kepada Si Amat kenapa
hasrat baginda hendak mengahwini Seri Banun di tolak.
" Tuanku," kata Si Amat."
Patik ini anak pembesar. Mengikut adat anak pembesar tidak boleh
dibunuh. Tetapi kalau tuanku nak bunuh juga maka gunakan keris patik
dan tikamkan ke rusuk sebelah kiri patik."
Mendengar itu lalu Sultan mencabut
keris Si Amat lalu menikam rusuknya dan dengan sekali tikaman saja
maka Si Amat pun mati.
Datok Penghulu Rembau merasa amat sedih
dengan kematian Si Amat akibat di bunuh oleh Sultan Johor. Maka
beliau pun mengadukan hal tersebut kepada Moyang Salleh Datok
Penghulu Jelebu (Undang Jelebu yang ke 3).
Moyang Salleh turut merasa simpati
dengan kematian Si Amat dan beliau bersetuju mengadap Sultan Johor
untuk bertanya kenapa pembunuhan itu dilakukan oleh baginda.
Maka Moyang Salleh pun bertolak ke
Johor dengan membawa empat orang pengiringnya iaitu Tok Gagah Lela
Perkasa, Tok Laut Api, Tok Beruang Hitam, dan Tok Bauk. Dan mereka
mempunyai kegagahan masing-masing.
Kemudian pengiring-pengiring Datok
Moyang Salleh pula menunjukkan kehebatan masing-masing.
Sultan Johor merasa hairan melihat
kejadian itu sekaligus merasa tercabar seolah Moyang Salleh dan para
pengiringnya sengaja hendak menunjuk kehandalan di depan baginda.
Oleh kerana terlalu marah dan merasa
terhina dengan sikap Sultan maka Moyang Salleh lupa tujuan asalnya
datang ke Johor. Apa yang terlintas dalam fikirannya ialah tidak mahu
bertuankan Sultan yang tidak betimbang rasa.
"Patik datang untuk memutuskan
tali dengan Johor. Mulai hari ini Jelebu merdeka dari pemerintahan
tuanku," kata Moyang Salleh.
Kerana bimbang dengan tindak balas
Moyang Salleh dan para pengiringnya akhirnya Sultan Johor bersetuju
walaupun berat hati baginda melepaskan Jelebu keluar dari tanah
jajahan baginda. Baginda menganugerahkan Moyang Salleh cap mohor
sebagai pemerintah "Bergajah Tunggal" dengan membawa
gelaran Datuk Mendalika Akhir Zaman Sultan Jelebu.
Kemudian baginda Sultan menyuruh Datok
Moyang Salleh dan para pengiringnya meninggalkan Johor dengan segera.
Semasa turun dari istana Datok Moyang Salleh mencabut pedangnya lalu
dicantasnya tempayan yang terletak di tepi tangga balairong. Kerana
tajamnya mata pedang Datok Moyang Salleh dan tetakannya yang kuat
maka tempayan itu putus dua, tetapi masih tegak seperti biasa seolah
tidak nampak bekas cantasan mata pedang pada tempayan itu.
"Selagi tempayan ini putus maka
selagi itulah hubungan antara Jelebu dengan Johor akan putus,"
kata Datok Moyang Salleh lalu meninggalkan istana Sultan Johor.
5. 1645 - 1660 Dato' Uban [Putih
Kepala] (Waris Jakun), Dato' Lela Maharaja.
9. 1750 - 1790 Dato' Lulinsoh ['Uban]
(Waris Jakun), Dato' Lela Maharaja and Undang Luak of Rembau. m. at
Malacca, 1757, a Portuguese lady, and had issue: Y.A.M. Dato' Kusil
bin Dato' Lela Maharaja Uban, Dato' Lela Maharaja and Undang Luak of
Rembau.
ca. 1757 Dato’ Moyang Salleh, 3rd
Dato’ Penghulu, and 1st Undang of Jelebu [Waris Jelebu]. Granted
the title of Dato’ Manduleka Mentri Akhir ul-Zaman Sultan Jelebu
(i.e. Dato’ Mendika Mentri Akhir ul-Zaman of the Sultan of Johor in
Jelebu) by Sultan ‘Abdu’l Jalil V Mu’azzam Shah, of Johor, in
1757