KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130413

Kisah Tok Uban Rembau dan sejarah N.Sembilan memutus tali di Johor


Sedikit kisah sejarah, untuk merehatkan otak yang tepu dengan isu politik. Bangsa yang berjaya ialah bangsa yang memulihara sejarah dan belajar dari sejarah.

Undang Rembau yang ke 5, Dato Lulinsoh atau lebih dikenali sebagai Tok Uban mempunyai anak perempuan yang jelita yang sudah bertunang dengan Si Amat. Sultan Johor pula ingin meminang anak Tok Uban. Si Amat telah mengadap Sultan Johor , tetapi telah dibunuh. Tok Uban telah mendapatkan bantuan Undang Jelebu yang ke 3, Dato Moyang Salleh.

Dato Moyang Salleh telah pergi ke istana Johor hanya dengan 4 hulubalang dari Jelebu. 4 orang hulubalang dari Jelebu ini dan Dato Moyang Salleh telah menunjukkan kegagahan mereka sehingga semua askar Sultan Johor ketakutan.

Bermula dari sinilah Johor telah melepaskan Negeri Sembilan, dan susulan dari itu Sultan dari Pagar Ruyung dipanggil menjadi Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Terdapat 2 orang Undang Rembau yang diberi gelaran Tok Uban, iaitu Undang Rembau yang ke 3 dan yang ke 5. Kedua-duanya dari Waris Jakun , suku Biduanda Lela Maharaja. Undang Rembau yang ke 5 ini atau Tok Uban telah berkahwin dengan seorang wanita Portugis dan mendapat anak yang diberi nama Dato Kusil.

Cerita di bawah ini dipetik dari Blog Persatuan Sejarah Jelebu :

Pada suatu ketika dahulu, daerah di Negeri Sembilan berada di bawah pemerintahan Sultan Johor. Datok Uban iaitu Penghulu Rembau atau Undang Rembau yang ke 5 (1750-1790) mempunyai seorang anak gadis yang cantik bernama Seri Banun. Bila Sultan Johor mendapat tahu kecantikan gadis itu maka baginda menghantar utusan tapi pinangan baginda ditolak sebab Seri Banun sudah bertunang dengan seorang pemuda bernama Si Amat.

Sultan Johor murka lalu memerintahkan Datok Penghulu Rembau datang mengadap tetapi beliau enggan sebaliknya menyuruh Si Amat iaitu tunang Seri Banun ke Johor sebagai pengganti. Baginda Sultan merasa terhina lalu bertanya kepada Si Amat kenapa hasrat baginda hendak mengahwini Seri Banun di tolak.

" Tuanku," kata Si Amat." Patik ini anak pembesar. Mengikut adat anak pembesar tidak boleh dibunuh. Tetapi kalau tuanku nak bunuh juga maka gunakan keris patik dan tikamkan ke rusuk sebelah kiri patik."

Mendengar itu lalu Sultan mencabut keris Si Amat lalu menikam rusuknya dan dengan sekali tikaman saja maka Si Amat pun mati.

Datok Penghulu Rembau merasa amat sedih dengan kematian Si Amat akibat di bunuh oleh Sultan Johor. Maka beliau pun mengadukan hal tersebut kepada Moyang Salleh Datok Penghulu Jelebu (Undang Jelebu yang ke 3).

Moyang Salleh turut merasa simpati dengan kematian Si Amat dan beliau bersetuju mengadap Sultan Johor untuk bertanya kenapa pembunuhan itu dilakukan oleh baginda.

Maka Moyang Salleh pun bertolak ke Johor dengan membawa empat orang pengiringnya iaitu Tok Gagah Lela Perkasa, Tok Laut Api, Tok Beruang Hitam, dan Tok Bauk. Dan mereka mempunyai kegagahan masing-masing.

Kemudian pengiring-pengiring Datok Moyang Salleh pula menunjukkan kehebatan masing-masing.

Sultan Johor merasa hairan melihat kejadian itu sekaligus merasa tercabar seolah Moyang Salleh dan para pengiringnya sengaja hendak menunjuk kehandalan di depan baginda.

Oleh kerana terlalu marah dan merasa terhina dengan sikap Sultan maka Moyang Salleh lupa tujuan asalnya datang ke Johor. Apa yang terlintas dalam fikirannya ialah tidak mahu bertuankan Sultan yang tidak betimbang rasa.

"Patik datang untuk memutuskan tali dengan Johor. Mulai hari ini Jelebu merdeka dari pemerintahan tuanku," kata Moyang Salleh.

Kerana bimbang dengan tindak balas Moyang Salleh dan para pengiringnya akhirnya Sultan Johor bersetuju walaupun berat hati baginda melepaskan Jelebu keluar dari tanah jajahan baginda. Baginda menganugerahkan Moyang Salleh cap mohor sebagai pemerintah "Bergajah Tunggal" dengan membawa gelaran Datuk Mendalika Akhir Zaman Sultan Jelebu.

Kemudian baginda Sultan menyuruh Datok Moyang Salleh dan para pengiringnya meninggalkan Johor dengan segera. Semasa turun dari istana Datok Moyang Salleh mencabut pedangnya lalu dicantasnya tempayan yang terletak di tepi tangga balairong. Kerana tajamnya mata pedang Datok Moyang Salleh dan tetakannya yang kuat maka tempayan itu putus dua, tetapi masih tegak seperti biasa seolah tidak nampak bekas cantasan mata pedang pada tempayan itu.

"Selagi tempayan ini putus maka selagi itulah hubungan antara Jelebu dengan Johor akan putus," kata Datok Moyang Salleh lalu meninggalkan istana Sultan Johor.


5. 1645 - 1660 Dato' Uban [Putih Kepala] (Waris Jakun), Dato' Lela Maharaja.
9. 1750 - 1790 Dato' Lulinsoh ['Uban] (Waris Jakun), Dato' Lela Maharaja and Undang Luak of Rembau. m. at Malacca, 1757, a Portuguese lady, and had issue: Y.A.M. Dato' Kusil bin Dato' Lela Maharaja Uban, Dato' Lela Maharaja and Undang Luak of Rembau.


ca. 1757 Dato’ Moyang Salleh, 3rd Dato’ Penghulu, and 1st Undang of Jelebu [Waris Jelebu]. Granted the title of Dato’ Manduleka Mentri Akhir ul-Zaman Sultan Jelebu (i.e. Dato’ Mendika Mentri Akhir ul-Zaman of the Sultan of Johor in Jelebu) by Sultan ‘Abdu’l Jalil V Mu’azzam Shah, of Johor, in 1757

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam tuan,

saya nak tahu sikit bagaimana pula dengan cerita memutus tali ke minangkabau@pagar ruyung pula , kalau tuan tahu.